Anak perempuan Tun Mahathir dan
kakak kepada Datuk Mukhriz ini mempunyai pendirian liberal dan tidak sehaluan
dengan pemikiran Tun Mahathir dan sebahagian besar rakyat Malaysia di dalam
perihal Lesbian, Gay Biseksual dan Transgender. (LGBT).
Amat malang sekali, penglibatan
Marina di dalam gerakan memertabatkan LBGT ini, menyedihkan Tun Mahathir dan
Tun Siti Hasmah. Marina juga terlibat di dalam perhimpuan haram Bersih 1,2 dan
3. Beliau bersengkokol dengan pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah. Amat
jelas perhubungan baik mereka ketika Nurul izzah berkunjung ke Jakarta beberapa
bulan dahulu.
Marina Tun Mahathir turut
disenaraikan sebagai salah seorang pemimpin NGO daripada 54 NGO yang bernaung
di bawah COMANGO yang telah memanjangkan gerakan memertabatkan LBGT ke
peringkat antarabangsa. Mereka terlibat di dalam proses semakan Berkala Sejagat
(UPR) di Geneva. Mereka meminta campur tangan antarabangsa untuk menekan
Malaysia supaya menerima tuntutan mereka.
Penulis amat dukacita kerana
umat Islam yang berada bersama di dalam COMANGO ini tidak menurut perintah
ALLAH yang memerangi aktiviti haram LBGT tersebut serta bertentangan dengan
Perlembagaan Malaysia.
Jesteru itu, penulis yakin
cabaran `top 5’ yang paling getir Tun Mahathir termasuklah kepesongan pemikiran
dan pegangan agama Islam anak perempuan beliau, Marina Tun Mahathir. Antara
cabaran lain yang paling getir ialah cabaran kejatuhan matawang Malaysia dan
kemerosotan ekonomi, pertandingan Presiden UMNO melawan Tengku Razaleigh,
Pengharaman UMNO dan pembangunan Negara dan memperkasakan ekonomi Bumiputera.
Kepada setia usaha UMNO Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Datuk Seri Ong Ka Chuan, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, Presiden PPP Dr. Kanagaratnam Pillai dan pemimpin-pemimpin komponen BN,
ReplyDeleteDemi kepentingan Negara kami YIP KUM FOOK (Ketua MCA GOMBAK) NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100, KL Ketua Pemuda MCA Gombak YIP JIUN HANN, No. Suite 3.43, Kompleks Desa, Jalan Kepong,, 52100, Kuala Lumpur. Jayanti B. Balaguru (Pengurusi parti gerakan Segambot) dan Ooi Ah Bah (Chia Ooi Sun & Co.) Advocates & Solicitors No. 48-1, 1st Floor Jalan Brunei Utara off Changkat Thambi Dollah, Pudu, KL.
Dengan segala hormatnya disini, harap semua pemimpin-pemimpin parti komponen BN sebulat suara menjemput bekas perdana menteri Dr. Mahathir bin Mohamad Ke Putra Jaya menolong kerajaan mentadbir Negara mencapai kejayaan lebih cemerlang
Kami yakin berkeliber dan pengalaman bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir bolih melindungi kedaulatan dan mengekalkan keamanan Negara. Harap Dr. Mahathir bin Mohamad jangan mengecewakan Rakyat Malaysia
Sekian dimaklum,
Terima Kasih