Friday 13 December 2013

PAS KETAWAKAN NAJIB KERANA GAGAL PUJUK USTAZ KAZIM ELIAS




Ahli dan penyokong PAS ketawakan Datuk Sri Najib kerana gagal mendapatkan Ustaz Kazim Elias menganggotai kerusi Majlis Tertinggi UMNO. Risau mereka ini dibuatnya apabila surat tawaran dipanjangkan kepada Ustaz. Secara otomatik, caci mencaci haki hamum mewarnai media sosial.

Pada Rabu lepas, Ustaz Kazim berjumpa dengan Datuk Sri Najib. Rupanya secara sulit dan persendirian, beliau memohon maaf kerana menolak pelawaan tersebut demi kebaikan dan keefektifan dakwah. Dakwah yang tidak berpenghulukan parti politik, dirasakan lebih baik dan melampaui batasan ideologi. Ustaz boleh memberikan nasihat kepada ahli UMNO dan juga Ahli PAS.

Petang Khamis tadi, Ustaz Kazim mengadakan sidang khas untuk mengumumkan keputusan penolakannya. Beliau huraikan sebab sebabnya dan jaminan nya untuk bersama sama UMNO berkerja memertabatkan Islam.

Pada penulis Datuk Sri Najib dan UMNO telah begitu ikhlas dan bersungguh sungguh `membuka pintu’ kepada salah seorang golongan ulama untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Ia tamparan hebat kepada PAS kerana seorang Ahli PAS yang faham tentang Islam yang sebenarnya dan berfikiran sederhana, dipelawa bersama UMNO. Rating PAS terus menurun apabila Ustaz Kazim umum keluar PAS.


Mari kita lihat seterusnya apa `Grand Chess Master’ mencaturkan langkah seterusnya di dalam politik Malaysia.

No comments:

Post a Comment