Tuesday 10 December 2013

KEJADIAN LITTLE INDIA DI SINGAPURA BOLEH BERLAKU DI CHENG, MELAKA.


Malam Ahad yang lalu, berlaku satu rusuhan di Little India, Singapura. Ia berlaku ekoran seorang pekerja asing berbangsa India terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Beliau dilanggar bas. Kemungkinan besar si mati ini sedang mabuk. Di kawasan inilah terdapat minuman keras murah terjual.

Kejadian ini menyebabkan kemarahan kekawan senegaranya. Mereka merosokkan cermin bas. Apabila polis datang untuk mereedakan keadaan, Polis diserang dan kenderaan mereka dibakar. Dikatakan seramai 400 orang awam merusuh yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan harta Polis dan Ambulan. Setakat ini 27 warga India ditahan Polis Singapura.

Rusuhan sebegini amat jarang berlaku di Singapura yang terkenal dengan undang undang ketat.

Penulis menyarankan agar pihak Polis dan agensi lain mengambil iktibar dengan kejadian tersebut. Di Cheng pun ramai pekerja asing lelaki dan perempuan. Mereka datang dari Vietnam, Nepal, Indonesia dan Bangladesh.


Di Taman Desa Cheng, terdapat sederet bangunan kedai yang dijadikan asrama pekerja asing. Pelbagai maslah sosial telah timbul sejak kehadiran mereka. Membuat bising, mabuk, mengacau anak dara perempuan tempatan dan mencuri.

Selalunya mereka akan berjalan kaki ke Tesco Cheng untuk membeli barangan dapur. Sambil berjalan, mereka petik jambu dan mangga.  Kalau untuk makan OK lah, tetapi ada yang bawa guni. Ada berlaku kehilangan ayam, anjing, kucing dan arnab penduduk Cheng.


Penulis mohon pihak YB Sazali dan JKKK memantau keadaan ini. Sekali sekala Ops Cantas kena dijalankan. Lama benar sekatan jalanraya di adakan di kawasan kubur Kristian menuju ke Tesco Cheng. Kalau ada mungkin, mereka ini rasa seram sedikit. Kalau di biarkan, mereka akan membina kekuatan dan boleh menjurus kejadian Little India di Cheng, Melaka. Bukit Rambai pun boleh dikenali sebagai` Little Bangla’.

No comments:

Post a Comment