Monday 16 December 2013

MAJLIS BANDARAYA TERUS `KAW TIN’ DENGAN PENJUAL KERETA?



Assalamulaikum Tan Sri Pesuruhjaya SPRM,

Dua minggu lepas, penulis mengulas mengenai sebuah kedai penjual kereta yang membolot 8 ruang `parking space’ untuk mempamerkan kereta jualannya tanpa membayar yuran parkir sepenuhnya. Tindakan kedai kereta terpakai ini merampas hak pengguna lain yang ingin berurusan dengan peniaga deratan kedai tersebut yang termasuklah TM Point, Kedai Komputer, Bank Muamalat, Maybank, BSN, restoren Pizza Hut dan Nasi Ayam serta tuition centre. Pendek kata, sehari suntuk, pelanggan tidak dapat `park’ kenderaan mereka di kawasan itu. Ini menyebabkan pelanggan terpaksa `double park’. Sebelum ini, jalan ini `two way’. Sekarang lebih selesa dengan sistem `one way’.

Penulis pernah mencadang MBMB melarang mengeluarkan lesen kedai kereta terpakai dan perniagaan `sewaktu dengan nya’ (kedai tayar, aksesori kereta, bengkel kereta dll) menyewa kedai lot tepi yang ada ruang letak kereta. Mereka perlu mensyaratkan pekedai memajak jangka panjang ruang tersebut, jika hendak meluluskan lesen. MBMB jangan memikirkan pendapatan dari lesen perniagaannya sahaja, ruang parking pun pendapatan. MBMB boleh masukkan terus yuran sewapajak ke dalam lesen perniagaannya.

Pekedai ini dapat berniaga dan membuat untung. Ada yang bayar cukai pendapatan dan ada juga yang mengelak cukai. Harga minyak dan tarif elektrik naik, mereka pun menaikkan caj perkhidmatan dan harga produknya. Penulis tidak mahu MBMB menambahkan keuntungan mereka dengan tidak perlu membayar apa yang patut dibayar. Semasa PRU yang lalu, besar kemungkinan mereka tidak mengundi BN? MBMB kena mengorak langkah menambah pendapatan dan melatih diri menjadi organisasi yang cekap dan bersih.

Sehingga hari ini, MBMB belum mengambil tindakan. Kereta masih dipamer dari ruang letak kereta. (Mungkin pekedai sudah memajaknya tetapi tiada tanda cat kuning rezab dan kupon parking masih diselitkan di cermin kereta yang dipamer)) Diharap dengan penulisan terbuka ini dan di `copykan kepada SPRM, sesuatu yang baik akan berlaku.


Semoga Cheng menjadi pusat kediaman yang selesa dan mengembirakan semua penduduk.

http://nasirwise.blogspot.com/2013/11/petugas-parking-majlis-perbandaran-main.html


No comments:

Post a Comment