Monday 30 December 2013

DATUK SERI HISHAM LEBIH BERNASIB BAIK DI TAHUN 2014 DAN SETERUSNYA?



Penulis menulis 4 kali mengenai Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang `kurang bernasib baik’ pabila mana menerajui sesebuah kementerian. Ketika menjadi Menteri Pelajaran, isu Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mendapat tentangan pihak tertentu sehinggakan melahirkan A Samad Said yang anti Kerajaan. Terpaksa Tan Sri Muhyiddin membetulkannya.

Bertukar ke KDN, pelbagai isu timbul, sampai ada yang mengelar beliau Menteri Amaran. Kerajaan dilihat amat lemah dan `volatile’ pada masa itu. Perhimpunan dan tunjuk perasan kerap berlaku. BERSIH 1,2 DAN 3 dan HINDRAF. Pencerohan Pengganas Sulu di Lahad Datu mencemaskan. Nasib baik PDRM mendapat sokongan kuat ATM.

Selepas PRU13, Datuk Seri Hishamuddin berpindah ke Kementerian Pertahanan dan memangku Kementerian Pengangkutan. Kementerian Pertahanan dipilih kerana ia kurang melibatkan `public’ dan isu isu besar melainkan keselamatan negara.

Pada  Selasa 17 Disember yang lalu, ada berita angin yang Penganas Sulu atau Kumpulan Abu Sayaf atau MNLF ingin `ceroboh’ Sabah sekali lagi melalui Sandakan. Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah ESSCOM mengambil maklum dan tindakan berjaga jaga walaupun berita tersebut tiada kesahihannya. Kes penculikan dan pembunuhan pelancongan asing di Pulau Pom Pom, nampaknya belum berakhir.

Datuk Seri Hishamuddin dapat mempertahankan jawatan Naib Presiden di dalam Pemilihan UMNO yang lalu, walaupun ramai ahli UMNO marah dengan beliau. Tetapi dengan sokongan terbuka Ketua Wanita dan Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishamuddin terselamat. Beliau mengalahkan Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir dengan beberapa kerusi sahaja tetapi Mukhriz menang jumlah keseluruhan undi popular. Datuk Seri Hisham kena faham apa yang tersirat dengan keputusan tersebut. Datuk Mukhriz tidak menerima sokongan dari UMNO Pahang dan Johor. Harap Datuk Mukhriz bersabar dan menerima `kekalahan dalam kemenangan’ itu. Bina sokongan dari sekarang. Pembaikan asas dan peraturan pemilihan boleh membantu kemenangan di masa hadapan.

Bencana banjir besar di Terengganu dan Pahang menguji kecekapan ramai pihak termasuk angkatan tentera. Sekurang kurangnya angkatan tentera terlibat secara langsung di dalam 3 keperluan iaitu logistik (penghantaran bantuan menggunakan helikopter), bekalan air (penapisan dan penjernihan air) dan kejuruteraan (pembinaan jambatan).

Datuk Seri terus diduga Allah apabila beliau di masukkan ke hospital swasta kerana sumbatan pada jantungnya sehari atau dua sebelum berlangsungnya Perhimpuan Agong 2013. Prosedur Angiopastry dilakukan. Beliau tidak dapat menghadiri sepanjang Perhimpuan Agong UMNO 2013 November lalu. Ada dua kemungkinan jika beliau hadir ke Perhimpunan Agong itu. Menerima tepukan atau di `belasah’ perwakilan UMNO. 

Kini, menurut The Sun bertarikh 17 Disember 2013, kemungkinan akan berlaku kelewatan tarikh operasi mula KLIA2. Cadangan pembukaan KLIA2 pada 2 Mei 2014 mungkin tidak kesempaian. Akbatnya, saham MAHB mungkin lemah dan jatuh. Tender MAHB di Filipina mungkin tidak berjaya walaupun tender bersama syarikat Filipina adalah terendah. MAHB terpaksa menangong kos pekerja RM3-RM4 juta sebulan kerana MAHB telah mengajikan mereka awal. 

Penulis ada ingatkan Kementerian Pengangkutan dan MAHB agar tiada lagi berlaku kelewatan pembukaan KLIA2 setelah beberapa kali ditanggohkan. Penulis sudah katakan, Datuk Seri tidak boleh dipersalahkan 100 peratus kerana MAHB dan kontraktor utamanya, KUB / UEM / BINA PURI (jika tidak silap) bertanggongjawab sepenuhnya. Cuma sebagai Menteri bertanggongjawab, beliau perlu memantau projek ini dengan rapi.


Penulis mendoakan beliau akan lebih bernasib baik tahun 2014. Selamat Menyambut Tahun Baru dan sejahtera dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment