Tuesday 10 December 2013

BERI MASA 2 JAM UNTUK PRESIDEN UMNO GULUNG DAN TUTUP PERHIMPUNAN

.


Hampir setiap kali Perhimpunan UMNO, para perwakilan bercakap melebihi masa yang telah ditetapkan oleh Pengerusi Mesyuarat. Ini menyebabkan Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri, Naib Presiden (3 orang) Timbalan Presiden dan Presiden terpaksa memendekkan ucapan masing masing. Sering kali apabila ucapan dipendekkan, ia tidak memberi impak penutup. Contohnya tahun lepas, ucapan pembukaan Presiden amat berapi tetapi disebabkan kekangan masa (menghampiri waktu Maghrib), ucapan penutup dan pengulangan, hampar. Jangan sesekali Presiden UMNO berucap semasa azan Maghrib berkemundang atau sudah masuk waktu. Takut ada pihak menulis dalam twitter.

Penulis hendak dengar pesanan Timbalan Presiden 1 jam dan amanat Presiden 2 jam. Jam 4ptg hingga 5 petang sepatutnya diperuntukkan kepada Timbalan Presiden. Presiden UMNO mesti memulakan pengulungan jam 5 petang. Jesteru itu, Pengerusi Tetap, Setiausaha dan Setiausaha Kerja kena `work backward’. Barulah Perhimpunan ini bermakna. Pembukaan dan penutup yang bersemangat.

Alhamdulilah, sebentar tadi, Timbalan Presiden memulakan ucapannya jam 4.20 petang dan tamat sebelum 5 petang. Presiden UMNO dapat bercakap dengan selesa dan habis bercakap jam 6 petang.


Selain daripada kawalan masa oleh Pengerusi Tetap, ramai juga pemimpin tidak berada di dewan kerana berada di kawasan mereka yang dilanda banjir. Naib Presiden Datuk Hishamuddin Tun Hussein masih di rawat di hospital swasta. Mungkin ini menjimatkan masa ucapan.

No comments:

Post a Comment