Thursday 19 December 2013

DASAR PANDANG KE TIMUR



Rakyat Malaysia bersyukur Harimau Muda (Malaysia) berjaya mengalahkan Vietnam 2-1 dan terus layak ke peringkat separuh akhir di dalam Sukan SEA 27 di Myanmar. Perjuangan seterusnya ialah untuk menundukkan Indonesia. Semoga Malaysia dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi sebanyak 2 kali terakhir Sukan SEA dianjurkan di Thailand dan Indonesia.

Penulis melihat ramai pemain yang berpotensi dan berbakat di skuad negara Asean seperti Vietnam, Thailand, Myanmar, Brunei dan Singapura. Setiap negara ada 3 atau 4 orang pemain baik.

Penulis harap Pengurusan Bolasepak Liga Perdana dan Liga FA boleh mempergiatkan pengamalan polisi `pandang ke timur’ untuk mendapatkan perkhidmatan pemain import dari negara Asean. Pada masa ini kita amat berminat membeli pemain dari benua Afrika atau `Awang Hitam’, Eropah dan Australia. Mereka patut cuba pemain dari jiran tetangga secara aktif. Selangor pernah menggunakan khidmat pemain Indonesia dahulu. Syabas JDT kerana mendapatkan perkhidmatan bekas Kapten Singapura untuk musim ini.

Jangan hanya Tun Dr Mahathir Mohamed dan PM Datuk Sri Najib Tun Razak sahaja yang memandang ke Timur. Penulis rasa pembangunan bolasepak juga boleh mencontohi Korea Selatan dan Jepun. Malaysia boleh lihat China melatih atlet muda mereka dalam semua sukan. Sejak tadika mereka di asuh. Kementerian Pendidikan ada dasar `satu murid satu sukan’ atau `minggu sukan’ atau sekolah sukan. Tetapi jika skuad Harimau Malaya adalah hasil daripada kesemua program yang disebut tadi, ia belum boleh dibanggakan. Pemain taraf dunia mesti dilahirkan. Pihak swasta seperti Telekom Malaysia mesti memperhebatkan kempen `Mencari Ramli’ dan bukan untuk dijadikan program TV Realiti. Begitu juga dengan Kem Bola Astro dan Cardiff City.


Selain daripada kesesuaian cuaca, mungkin bayarannya jauh lebih murah.   

No comments:

Post a Comment