Wednesday 4 December 2013

UMNO+NGO MELAYU DAN ISLAM WAJIB HASILKAN FORMULA SEPERTI `TAMBATAN MATAWANG’ DAN `WAKAF JCORP’ MENANGKIS ANCAMAN `AJARAN’ COMANGO.



Ketika merasmikan Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, Timbalan  Presiden UMNO berucap dengan panjang lebar mengenai Islam. Beliau memberikan sebabnya kerana Islam adalah teras perjuangan UMNO.

Tetapi Tan Sri Timbalan Presiden mengingatkan para perwakilan mengenai ancaman terangan dan terancang oleh COMANGO yang telah membawa isu `penindasan kebebasan’ oleh Kerajaan Malaysia ke Pertubuhan Hak Asasi Manusia Antarabangsa di Geneva. Mereka menuntut hak pengamalan LGBT, hak kemurtadan dari  kalangan Islam, pengunaan Kalimah ALLAH oleh agama lain, kesamarataan agama, kebebasan menyebarkan dakwah agama dan sebagainya. Penulis gelar semua ini sebagai Ajaran COMANGO. Selain isu keagamaan, mereka menuntut hak Bumiputera dan Bahasa Malaysia dihapuskan. Kesemuanya di buat atas dasar hak asasi manusia.

Tan Sri Timbalan Presiden menyeru agar semua NGO Melayu dan Islam berganding bahu dan merapatkan syaf menentang dan menangkis serangan COMANGO pada masaini dan kuasa asing tidak lama lagi. PAS dilihat macam hendak bersama tetapi belum nampak kesungguhan. PAS serba salah kerana `perkahwinan’ dengan PKR dan DAP, promoter COMANGO . Hanya dengan `bersin’ Karpal Singh, kecut Presiden PAS. Datuk Nik Aziz pun bergegas ke Pulau Pinang menjelaskan sesuatu.

Para pemimpin UMNO dan NGO mesti bertindak dari sekarang. Berilah idea idea untuk menyelesaikan dan mengekang ancaman mendatang. Tubuh think tank dan kupas sedetailnya baik buruk dan keefektifannya. Penulis harap `think tank’ ini dapat idea seperti penambatan matawang oleh Datuk Seri Dr Mahathir (kini Tun).


Penulis teringat kepada keadah penyelesaian krisis kewangan yang melanda Malaysia beberapa tahun yang lalu. Penyangak matawang George Soros memanupulasi Ringgit Malaysia sehingga merosakkan ekonomi kita. PM Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed memperkenalkan `tambatan mata wang’. Ramai pakar kewangan dan ekonomi dalam negara dan luar negara `skeptical’ dengan keadah tambatan. Ia boleh membawa implikasi perdagangan yang teruk jika tidak diuruskan dengan baik.  Matawang Malaysia tidak boleh diperdagangkan atau laku di luar Malaysia. Alhamdulilah, penambatan matawang ini berjaya menyekat campur tangan asing dan telah menstabilkan matawang Malaysia dan Malaysia terselamat.

Satu lagi contoh penyelesaian efektif ialah yang di gunakan oleh Johor Corporation ialah mewakafkan hartanya (termasuk saham) kepada Baitulmal atau institusi agama Islam untuk mengelakkan syarikatnya di `swasta’kan secara paksa. Apabila diwakafkan, tiada siapa boleh membeli atau ambilalih. Ia sudah dimiliki oleh umat Islam semua.

Suatu masa lalu penswastaan adalah popular di Malaysia. Johor Corporation mempunyai beberapa syarikat yang maju dan untung. Usahawan Bumiputera terpilih dengan `restu’ MB, akan membeli syarikat tersebut pada harga yang `berpatutan’. Biasanya dibeli pada harga `bawah pasaran’ dengan tujuan membantu Bumiputera. Pada Johor Corporation, syarikat yang untung di `swastakan’ dan terpaksa membina syarikat lain yang rugi supaya menjadi syarikat untung. Apabila syarikat di swastakan, wang penswataan tadi terpaksa di `plough back’ untuk membina syarikat lain yang mungkin di dalam`gestation period’.

Johor Corporation tidak selesa dengan penswastaan sebegini kerana apabila syarikat syarikat yang untung di jual, kekuatan kewangan akan hilang. Bank akan memandang sepi untuk menghulurkan pinjaman tanpa cagaran dan hilanglah `credit worthiness’ dan `economy of scale in operation’. Selain itu, ia boleh menimbulkan pilih kasih samada memilih Usahawan Ahmad atau Usahawan Alif kerana keduanya Melayu dan Bumiputera yang berjaya.

Apabila diwakafkan, mustahil ada pihak hendak memakan hak anak yatim dan orang Islam lain.


Semoga UMNO dapat melakukan sesuatu untuk memelihara kesucian Islam.

No comments:

Post a Comment