Tuesday 10 December 2013

IKTIBAR DARI BANGKOK



Akhirnya Kerajaan Thailand dan Yingluck tunduk kepada penunjuk perasaan. PM Yingluck membubarkan Parlimen kerana kesemua ahli Parlimen Parti Demokrat meletakkan jawatan. PM Yingluck tidak menyerahkan kerajaan kepada pembangkang tetapi kepada rakyat. Pilihanraya akan di adakan di dalam bulan Februari 2014.

Banyak iktibar yang boleh dipelajari daripada peristiwa tersebut. Kerajaan tidak wajar sewenang wenang membuat pindaan yang berbentuk `kronisme’. PM Yingluck cuba meminda undang undang pengampunan kepada Taksin, abang Yingluck.  Pembangkang telah berjaya mempergunakan isu ini untuk mengajak rakyat menunjuk perasaan dan berarak di jalanraya dan bangunan Kerajaan.

Satu lagi iktibar ialah terlalu anyaknya kerosakan ekonomi kepada Thailand. Negara ini menjadi `political unstable’ dan tentu sekali menjejaskan keyakinan pelabur luar berniaga di Thailand. Undang undang akan senantiasa berubah.


Yang menarik sekali, walaupun parti politik bergaduh sesama sendiri, tetapi mereka bersatu memberikan penghormatan kepada Raja Thai. Mereka meyambut dan merayakan hari keputeraan Raja Thai. Di Malaysia, perkara seumpama ini tidak berlaku malah semakin ramai rakyat di `asuh’ menghina Raja dan Sultan.

Ketua kumpulan penunjuk perasaan tidak bersetuju dengan pembubaran Parlimen kerana ia membenarkan PM Yingluck bertanding semula dan mungkin menang. Ketua atau Setiausaha Parti tersebut mahu Yingluck jangan bertanding. Ini tidak demokrasi.


Ada pemimpin parti politik di Malaysia berangan angan keadaan serupa berlaku di Malaysia. Mungkin orang orang mereka berada di Bangkok untuk mempelajari selok belok `perhimpunan’ yang efektif. Ada pemimpin yang `subsribe’ TV Thai untuk melihat perkembangan setiap masa. Berita Banjir dan Perhimpunan Agong 2013 tidak di ambil tahu walaupun ada isu isu yang dilemparkan kepada pembangkang.

No comments:

Post a Comment