Saturday 14 December 2013

PENIAGA DI WILAYAH PERSEKUTUAN MEMBANTAH KENAIKAN CUKAI HARTA.



Setelah 21 tahun tidak ada kenaikan cukai, DBKL bercadang untuk menaikkannya mulai 2014. Cadangan kenaikan ini sewajarlah, menerima bantahan keras daripada pemiliknya. Biasalah pembantahnya kebanyakan daripada kumpulan peniaga yang majoritinya kaum Cina. Sebanyak 35,000 bantahan bertulis (borang) telah diterima. Daripada jumlah bantahan tersebut, sebanyak 56 peratus adalah daripada sektor komersial dan 22 peratus daripada kediaman.

Sebelum melaksanakan cukai baru, DBKL memberi peluang kepada pemilik menzahirkan bantahannya serta memberikan komen dan pandangan.

Mulai 18 Disember 2013, `public hearing’ di hadapan panel ada diadakan. Keputusan mutakmad akan dibuat. Penulis ramal kenaikan cukai ini akan tertangguh perlaksanaanya kerana akan ada `tunjuk perasaan’ kecil yang didalangi oleh parti politik yang ingin dapatkan `political milage’. Ada besar kemungkinan, Mahkamah akan di gunakan untuk menghalang kenaikan cukai.

Komen penulis, kelazimannya sebanyak 56 peratus daripada 35,000 bantahan adalah pemilik hartanah komersial seperti kilang, pusat membelibelah, hotel, komplek pejabat, restoran dan lain lain. Adat resam manusia apabila ada kenaikan yang menjejaskan kewangan mereka, mereka akan membantah. Tetapi mereka suka menaikkan harga barang yang menguntungkan mereka. Tabiat peniaga yang tamak ialah kenaikan cukai (yang digunakan balik untuk memperbaiki jalanraya, pembersihan dll) 5 atau 7 ataun 10 atau 15 tahun sekali, tidak mengembirakan golongan ini. Akan tetapi apabila harga minyak atau gula (subsidi di kurangkan) dinaikkan, mereka dengan serta merta naikkan harga barangan. Tidak memerlukan kelulusan atau `public hearing’. DBKL atau Kerajaan.

Mereka ini amat bijak juga. Pemilik kilang atau premis apabila menyewakan kilang atau premis tersebut kepada peniaga lain, kenaikan sewa sebanyak minima 20 peratus daripada kadar sewa sebulan setiap 3 tahun. Ia di masukkan dalam Perjanjian Sewa Premis. DBKL pulak mencadangkan `review’ selepas belasan tahun.

Penulis kagum dengan kesepaduan kaum Cina. Jika diseru membantah kenaikan, berduyun duyun dan berpusu pusu menghantar surat bantahan. Umum tahu KL mempunyai kependudukan padat kaum Cina dan kubu kuat DAP.

Pemilik premis komersial dan kaum Cina menuduh Menteri Wilayah Persekutuan, BN dan DBKL sengaja hendak membalas dendam keatas pengundi dan penyokong DAP dan Pakatan Rakyat.

Dengan kenaikan cukai, tentunya mereka marah dan tidak mengundi BN. Tak apa tiada undi untuk BN tetapi pendapatan DBKL  meningkat. Selagi kaum Cina memenuhi KL, selagi itulah mereka menyokong DAP dan Pakatan Rakyat.

Penulis harap kenaikan cukai dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Jangan takut dengan pemilik premis kerana sudah bertahun tahun tiada kenaikan taksiran cukai.


Tengku Nan kena contohi tegas dan berani Datuk Seri Idris Haron di dalam mengendalikan masalahnya di Melaka.

No comments:

Post a Comment