Tok Guru Nik Aziz, ketika berkuliah subuh di hadapan jemaah termask Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kelantan, memohon maaf kepada rakyat Kelantan kerana `kesilapan’ semasa memerintah Kelantan sepanjang 23 tahun yang lalu. Beliau mengaitkan permohonan maaf dengan keuzuran yang sedang di alami oleh Tok Guru Nik Aziz. Seumpama balasan dari Allah. Mungkin ya tetapi penulis lebih menyatakan faktor usia daripada `balasan’.
Kelantan, mungkin kurang pembangunan fizikal tetapi keadaan tersebut adalah `acceptable’ kerana Kerajaan Negeri kekurangan dana dan rendahnya pelaburan antarabangsa (FDI). Setakat ini luas juga tanah tanah pertanian yang terpaksa dipajak oleh Kerajaan Negeri kepada Peladang Besar Singapura agar yuran pajakan dapat dikutip dan menjana pembangunan negeri. Tidak sedikit juga kawasan balak dikuasai Pedagang Cina Luar Negara.
Yang lebih merisaukan penulis ialah kesilapan mengeluarkan fatwa. Fatwa Politik seperti Undi PAS masuk syurga, Doa Membinasakan orang lain khasnya terhadap Tun Dr Mahathir dan Datuk Sri Najib dan parti BN, Memberi gelaran Mahafiraun dan sebagainya, Fatwa Menfitnah Rasuah dan Penyelewengan, Melabelkan atau mengukum Kafir kepada ahli UMNO, Allah Samseng dan Mencarut,Boleh berkawan dengan syaitan demi menjatuhkan UMNO / BN, atas alasan parti tersebut sekejam rejim Zionis. Tok Guru dan Haji Hadi merestui penggunaan Kalimah Allah untuk agama lain, menghalang keras perpaduan UMNO dan Pas kerana dendam kesumat. Juga bersetongkol dengan parti yang memusuhi Islam dan Melayu.
Secara peribadinya, penulis ingin menanya samada Tok Guru memohon maaf atas kesilapan atau kelemahan pentadbirannya semasa menjadi Menteri Besar 23 tahun atau kesalahan mengeluarkan fatwa palsu. Beliau tidak pulak mengulas mengenai Fatwa fatwa yang `political’ pulak.
Kesilapan fatwa atau fatwa palsu ini telah mengajar ahli PAS menutup minda kepada berita arus perdana. Ia juga menyebabkan beberapa pasangan suami isteri berpisah dan tidak bertegur sapa. Fatwa palsu juga mungkin telah memesongkan akidah umat Islam. Hampir semua pemesongan fatwa oleh Tok Guru Nik Aziz talah menjadi `sabda’ dan menjadi amalan kehidupan ahi PAS.
Macamana agaknya hendak memulihkan semula pemikiran ahli dan penyokong PAS yang di merata Negara.? Yang yang bersarang di akal fikiran?Yang merata corok rantau? Boleh kah permohonan maaf dan pembetulan fatwa boleh dibuat didalam kuliah subuh di Kota Bahru sahaja?
Penulis menghormati pendirian dan keberanian YAB Datuk Sri Najib yang secara terbuka memohon maaf di atas segala kesilapan dan kelemahan BN dan bagi pihak pemimpin lampau.
http://nasirwise.blogspot.com/2013/04/tok-guru-nik-aziz-kata-sembahyang-orang.html
http://nasirwise.blogspot.com/2013/02/tok-guru-nik-aziz.html
http://nasirwise.blogspot.com/2013/02/tok-guru-nik-aziz-menyambut-hari-jadi.html