Friday 20 September 2013

CADANG JASAD CHIN PENG DIKEBUMI `ALA OSAMA LADEN’.



Banyak yang diperkatakan tentang Chin Peng dan kematiannya. Ada pihak yang bersuara khasnya keluarga dan penyokongnya ingin membawa jasadnya ke Malaysia. Tentu sekali kerajaan dan warga keselamatan negara tidak bersetuju dengan hasrat mereka.

Penulis berpendapat jasad mendiang Chin Peng tidak perlu dibawa ke Malaysia ataupun dibakar di Bangkok,  tetapi terus dikebumikan di Selat Melaka persiaran antarabangsa seperti Kerajaan Amerika Syarikat kebumikan Allahyarham Osama ben Laden.

Seperti sedia maklum, kemungkinan jasadnya akan dibakar di Bangkok minggu depan.


Penulis cadangkan kepada Air Asia buat promosi khas tambang murah kepada Mat Sabu,  budak Khalid Ismeth dan penyokong PAS serta Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang juga Anwar Ibrahim untuk terbang ke Bangkok bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Chin Peng. Kalau sebuah kapal terbang 300-400 penumpang tidak cukup, Air Asia ada banyak kapal terbang. DS Anwar Ibrahim pun boleh terbang dengan jet persendirian milik kekawan.


No comments:

Post a Comment