Sunday 15 September 2013

KEMUNGKINAN UMNO JOHOR MENYAKSIKAN BANYAK MUKA BARU KETUA BAHAGIAN.


YB Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai, Johor dan Pengerusi PAC akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pulai. Desas desus mengatakan beliau akan ditentang oleh Datuk Osman Sapian, mantan ADUN Kempas. Diberitakan akan berlaku pertandingan di 8 Bahagian di Johor pada pemilihan UMNO kali ini.

Penulis suka melihat perkembangan politik UMNO Muar dimana Dato Ismail Mohd Shah tidak akan bertanding untuk memberikan laluan kepada orang lain. Beliau mencadangkan Ahli UMNO Muar memberi peluang kepada Datuk Razali Ibrahim menerajui Bahagian Muar. Harapan penulis UMNO dapat kembalikan sokongan rakyat Muar terhadap BN. Amat mustahak mereka yang berkuasa di UMNO Muar melakukan gerak kerja untuk menawan semula Bakri, Sungai Abong mahupun Maharani.

Satu lagi Bahagian yang `hot’ ialah Bahagian Batu Pahat yang kini diketuai oleh Datuk Dr Puad Sarkasi. Beliau tewas di dalam PRU13 yang lalu dan belum diberikan tanggongjawab nasional oleh PM. Beliau dijangka akan di tentang oleh calon `comback’  Saim Kasrin. Sesunggohnyanya penulis tidak dapat mengagak urus perubahan yang sedang berlaku di Bahagian Batu Pahat.  Saudara Saim ada sokongan grassroot tidak? Datuk Dr Puad telah mengumumkan untuk mempertahankan kerusi MTnya di dalam pemilihan UMNO tidak lama lagi.

Bahagian Simpang Renggam, Gelang Patah dan Bakri hampir pasti ada pertandingan. Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman, Datuk Aziz Sapian dan Datuk Saipol akan cuba mempertahankan jawatannya. Hanya Datuk Saipol dari Bakri yang secara tidak lansung mendapat restu TPM dan menjawat Pengerusi NAFAS, jawatan nasional.

Sementara itu, beberapa Ketua UMNO Bahagian telah mengumumkan keputusan mereka untuk tidak bertanding kali ini termasuk Tan Sri Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), Datuk Baderi Dasuki (Tenggara) dan Datuk Mohd. Ismail Mohd. Shah (Muar).Ketua UMNO Bahagian Ledang dan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Datuk Ahmad Zahri Jamil (Parit Sulong) juga tidak akan mempertahankan jawatan mereka kali ini.UMNO Bahagian Sri Gading pula berkemungkinan akan mempunyai ketua Bahagian yang baharu kerana Datuk Mohamad Aziz dikatakan akan memberi laluan kepada timbalannya, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan. Umno Negeri Johor mempunyai 26 bahagian

Datuk Nur Jazlan juga menawarkan diri untuk bertanding MT UMNO. Beliau memberikan sebab penawaran diri untuk kerusi MT, yang antaranya kononnya ahli UMNO muak dengan UMNO. Beliau tidak mengulas dengan detail apa yang dimuakkan oleh ahli UMNO, jesteru itu pelbagai taksiran yang boleh di andaikan.

Penulis membuat andaian yang di muakkan oleh ahli UMNO ialah mengenai Khazanah Nasional dan I Malaysia Development Berhad. Ini berdasarkan kepada tumpunan beliau yang mahu PAC ambil perhatian.

Khazanah Nasional adalah syarikat pelaburan Kerajaan Malaysia yang dikendalikan oleh Tan Sri Azman Mokhtar. Jikalau tidak silap diPengerusikan oleh mantan Menteri Tan Sri Yaakub Mohamed.

Datuk Nur Jazlan berkata rakyat dan PAC harus diberitahu perkembangan pelaburan yang menguntungkan dan yang merugikan. Antara yang rugi ialah syarikat penerbangan negara MAS. PAC diharap dapat memberikan pandangan dari sudut lain pulak.

Penulis yang bergaul dengan orang pertanian, pelaburan pertanian di Lanchang pun kerugian jutaan ringgit. Berdasarkan cakap cakap pembekal input di sana, banyak penyelewengan berlaku di sana. Jadi tidak baik menuduh penyelewengan berlaku tanpa penyiasatan forensic. BIarlah PAC membuat penilaian mereka dan beritahu sebab sebab kerugian. Kadang kadang kerugian berlaku bukan disebabkan cuai atau seleweng. Penyakit dan cuaca dan sebagainya juga menyebabkan kerugian.

Satu lagi syarikat yang kononya sering di `cempelak’ oleh pembangkang ialah 1 Malaysia Development Berhad. Baru baru ini syarikat ini membeli sebuah syarikat Independent Power Generation bernilai billion ringgit. Diharap ia adalah sebuah pelaburan yang baik dan menguntungkan tanpa ada pihak ketiga yang mendapat keuntungan.

Penulis bersetuju dengan Datuk Nur Jazlan yang ingin mencari kebenaran dengan harapan rakyat akan lebih percaya kepada Kerajaan membelanjakan wang rakyat. Malangnya ia dilakukan seolah olah dengan niat untuk menarik sempati rakyat Malaysia dan perwakilan UMNO supaya Datuk Nur Jazlan dilihat sebagai tegas berani dan membela rakyat lalu sewajarnya beliau dipilih salah seorang ahli MT UMNO.

Tiada keperluan untuk memberikan alasan yang kononnya ahli UMNO sudah muak dengan UMNO. Kalau hendak popular dan menjadi idola ahli UMNO, tidak perlu mengambil tindakan yang populis pada musim pemilihan ini. Mesra rakyat, pandai dan bijak memberikan idea yang bernas (semasa menjadi Pengerusi UDA, tiada apa kerja yang boleh dibanggakan oleh ahli UMNO dan orang Melayu), `humble’, hubungan rapat dengan ahli UMNO adalah sebahagian usaha menjadi idola UMNO. Jangan ugut ugut untuk naik dalam UMNO. Pengaruh mereka untuk memilih kita.

Teringat sikap Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat yang berjasa pada UMNO dahulu. Beliau membodek Tun Dr Mahathir kuat tetapi bila Tun Abdullah menjadi PM dan tidak sehaluan dengan Tun  Dr Mahathir, hemtam kuat kuat supaya Tun Abdullah pilih (sebagai balasan) anaknya dipromosi menjadi Ketua Bahagian dan calon pilihanraya. Ada persamaan tindak tanduk arwah bapak dan anak .

Penulis sebagai ahli UMNO, rasanya tidak pilih Datuk Nur Jazlan menganggotai MT jika beliau bersikap demikian. Mungkin esok esok kot sebab beliau muda lagi. Perlu pamerkan kewibawaan mengurus bukan mengugut.


Penulis harap bersainglah dengan sihat dan YaALLAH, berilah kemenangan kepada calon yang terbaik.

No comments:

Post a Comment