Monday 2 September 2013

KEPINCANGAN KOLEJ INSANIAH (KUIN) MENGAMBARKAN KELEMAHAN PAS DI DALAM PENGURUSAN.



Diberitakan  semalam, MB Kedah dan EXCO Kedah dibentangkan dengan status terkini KUIN.Amat sedih dan memeranjatkan. Kelemahan pengurusan kewangan Rektor KUIN lantikan Kerajaan PAS menjadikan segala pentadbirannya kucar kacir.

Sebab itu, seorang Ketua di sesebuah organisasi perlumenguruskan dasar kewangannya dengan baik. Simpanan kewangan mesti mencukupi untuk menjalankan sesebuah kolej.

Pensyarah perlu cukup untuk mengajar kursus yang ditawarkan. Kualiti pensyarah pun kena baik dan Kolej perlu membayar gaji yang di tetapkan pada skala dan taraf serta pengalaman pensyarah tersebut. Apabila aliran kewangan terganggu, Kolej terpaksa memberhentikan pensyarah yang baik atau menangguhkan bayaran gaji. Kolej terpaksa membayar gaji lambat dan kadang kadang terlepas mencarum kepada KWSP. Ia menyalahi undang undang tetapi dah terpaksa.

Apabila pensyarah yang baik telah berhenti, mutu pembelajaran semakin jatuh. ibubapa tidak akan hantar anak ke KUIN. Jumlah `intake’ pelajar akan turun. Bilangan pelajar yang `break even’ untuk sesebuah kolej tidak tercapai. Ini bermaksud, sebagai contoh, sesebuah kolej mesti mempunyai 2500 student pada suatu masa untuk menampong kos operasi. Tetapi hanya 1500 pelajar yang belajar di sana. Ini akan menyebabkan `defisit’ di dalam pendapatan Kolej.

Untuk menarik pelajar yang lebih ramai, kelayakan untuk sesebuah kursus di longgarkan. Contonnya, kursus A memerlukan 5 kredit matapelajaran SPM tetapi hanya 2 kredit sudah melayakkan pelajar tersebut. Ketua nya telah melakukan kesalahan dan boleh di denda ribuan ringgit oleh Kementerian Pelajaran.


Untuk menyelamatkan KUIN, mantan Menteri Besar harus bertindak. Beliau programkan penebangan hutan kayu balak di kawasan Tasik Pedu. Kawasan tadahan air dibersihkan dan kayu kayan dibalakkan dan dijualkan. Tindakan membalak tanpa kawalan menyebabkan gangguan ekosistem. Air sungai yang bersih bertukar warna teh tarik. Begitulah implikasinya. Satu sudut kelemahan pengurusan kewangan sahaja, seluruh rangkaiannya terganggu.


Penulis harap walau perit dan susahnya Datuk Mukhriz dan Kerajaan Kedah untuk menyelamatkan KUIN, ia perlu dilakukan demi memberikan peluang pendidikan kepada rakyat Kedah. InsyALLAH ada berkatNya.

No comments:

Post a Comment