Wednesday 11 September 2013

DATUK NUR JASLAN MENGARUT DAH.


YB Datuk Nur Jaslan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai, Johor dan Pengerusi PAC menawarkan diri untuk bertanding MT UMNO. Beliau memberikan sebab penawaran diri untuk kerusi MT, yang antaranya kononnya ahli UMNO muak dengan UMNO. Beliau tidak mengulas dengan detail apa yang dimuakkan oleh ahli UMNO, jesteru itu pelbagai taksiran yang boleh di andaikan.

Penulis membuat andaian yang di muakkan oleh ahli UMNO ialah mengenai Khazanah Nasional dan I Malaysia Development Berhad. Ini berdasarkan kepada tumpunan beliau yang mahu PAC ambil perhatian.

Khazanah Nasional adalah syarikat pelaburan Kerajaan Malaysia yang dikendalikan oleh Tan Sri Azman Mokhtar. Jikalau tidak silap diPengerusikan oleh mantan Menteri Tan Sri Yaakub Mohamed.

Datuk Nur Jazlan berkata rakyat dan PAC harus diberitahu perkembangan pelaburan yang menguntungkan dan yang merugikan. Antara yang rugi ialah syarikat penerbangan negara MAS. PAC diharap dapat memberikan pandangan dari sudut lain pulak.

Penulis yang bergaul dengan orang pertanian, pelaburan pertanian di Lanchang pun kerugian jutaan ringgit. Berdasarkan cakap cakap pembekal input di sana, banyak penyelewengan berlaku di sana. Jadi tidak baik menuduh penyelewengan berlaku tanpa penyiasatan forensic. BIarlah PAC membuat penilaian mereka dan beritahu sebab sebab kerugian. Kadang kadang kerugian berlaku bukan disebabkan cuai atau seleweng. Penyakit dan cuaca dan sebagainya juga menyebabkan kerugian.

Satu lagi syarikat yang kononya sering di `cempelak’ oleh pembangkang ialah 1 Malaysia Development Berhad. Baru baru ini syarikat ini membeli sebuah syarikat Independent Power Generation bernilai billion ringgit. Diharap ia adalah sebuah pelaburan yang baik dan menguntungkan tanpa ada pihak ketiga yang mendapat keuntungan.

Penulis bersetuju dengan Datuk Nur Jazlan yang ingin mencari kebenaran dengan harapan rakyat akan lebih percaya kepada Kerajaan membelanjakan wang rakyat. Malangnya ia dilakukan seolah olah dengan niat untuk menarik sempati rakyat Malaysia dan perwakilan UMNO supaya Datuk Nur Jazlan dilihat sebagai tegas berani dan membela rakyat lalu sewajarnya beliau dipilih salah seorang ahli MT UMNO.

Tiada keperluan untuk memberikan alasan yang kononnya ahli UMNO sudah muak dengan UMNO. Kalau hendak popular dan menjadi idola ahli UMNO, tidak perlu mengambil tindakan yang populis pada musim pemilihan ini. Mesra rakyat, pandai dan bijak memberikan idea yang bernas (semasa menjadi Pengerusi UDA, tiada apa kerja yang boleh dibanggakan oleh ahli UMNO dan orang Melayu), `humble’, hubungan rapat dengan ahli UMNO adalah sebahagian usaha menjadi idola UMNO. Jangan ugut ugut untuk naik dalam UMNO. Pengaruh mereka untuk memilih kita.


Teringat sikap Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat yang berjasa pada UMNO dahulu. Beliau membodek Tun Dr Mahathir kuat tetapi bila Tun Abdullah menjadi PM dan tidak sehaluan dengan Tun  Dr Mahathir, hemtam kuat kuat supaya Tun Abdullah pilih anaknya menjadi Ketua Bahagian dan calon pilihanraya. Ada persamaan tindak tanduknya.


Penulis sebagai ahli UMNO, rasanya tidak pilih Datuk Nur Jazlan menganggotai MT jika beliau bersikap demikian. Mungkin esok esok kot sebab muda lagi.

No comments:

Post a Comment