Tuesday 17 September 2013

UMNO SENDIRIAN MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH DAN MEMBENDUNG PENGARUH SYIAH. PAS TERIKAT DENGAN DAP & PKR?



Maltaqa Ulamak SeMalaysia menyaran Majlis Syura Ulamak agar menkajisemula `tahalul siyasi’ dengan PKR dan DAP. Selain daripada itu, jawatan Presiden PAS dan Timbalan PAS wajar dipilih dari kalangan Ulamak yang mengerti secara mendalam mengenai Islam.

Ustaz Harun Taib telah meminta pucuk pimpinan PAS untuk mengkaji semula kerjasama atau pakatan dengan PKR dan DAP kerana Majlis Syura Ulamanampak ia merugikan PAS dan Islam secara jangka panjang. PAS perlu segera mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap PAS. Berdasarkan PRU13 yang lalu PAS telah hilang dominasi dalam Pakatan menjadikan kedudukan PAS sangat lemah.

Demikian lah pendapat mereka. Bagi penulis, PAS telah berjaya memecah tradisi di Melaka dengan memenangi  DUN Bukit Baru dengan bantuan PKR dan DAP. Jika UMNO tidak bijak mengimbangai keadaan di sana, pengaruh PAS mungkin akan bertambah di Melaka. Dengan keadaan `kerilekan’ pimpinan UMNO di Bukit Katil dan Seri Negeri, ia tidak mustahil.

Seperkara lagi, UMNO tidak perlu meminta PAS bergabung dengan UMNO atau mengadakan `Kerajaan Perpaduan’ kerana PAS terlalu angkuh dan kerap menuduh UMNO yang setelah bermasalah baru hendak menyeru ke Kerajaan Perpaduan mahupun keluar daripada Pakatan Pembangkang. Penulis rasa biarkan PAS hancur bersama PKR & DAP secara senyap. Biar tahap kesedaran orang Melayu bertambah baik dan menolak PAS. UMNO kena berjuang sendirian untuk mengegak Islam termasuklah Kalimah ALLAH, pengaruh Syiah dan sebagainya.



Pada penulis, apabila PAS berkerjasama dengan PKR dan DAP,ia seumpama PAS menghampiri menerima ideologi Syiah yang akan sesat.

No comments:

Post a Comment