Tuesday 10 September 2013

DATUK HISHAMUDDIN YAKIN DAN TIDAK GENTAR MEMPERTAHANKAN JAWATAN NAIB PRESIDEN



Tahniah kepada Datuk Hisham kerana yakin akan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang akan berlangsung November ini. Beliau memberitahu para pemberita semasa Jamuan Hari Raya di Parlimen Semberong.

Beliau mengulas pertanyaan pemberita mengenai penawaran Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad untuk jawatan Naib Presiden. Beliau memberi jaminan akan bertanding secara sihat. Isu anak kepada Perdana Menteri Tun Hussein Onn dan sepupu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak akan memberikan kelebihan kepada beliau. Beliau bertawakal dan membiarkan ahli membuat pilihan.

Penulis pun ingin menasihati Datuk Hisham supaya tidak gentar untuk tewas kepada kekawan ahli UMNO. Kita bertanding bukan untuk mengalahkan seseorang tetapi memberikan pilihan kepada ahli UMNO memilih pemimpinya pada masa dan ketika ini. Mungkin pada masa akan datang, beliau layak memimpin Malaysia.

Seperti yang penulis `ramalkan’, keadaan politik negara bergolora dan baru reda sedikit. Puak pembangkang pada masa kini (pada pendapat penulis pemimpinnya dan penyokongnya) menggalakan penyokong `kurang ajar’, cakap apa saja tanpa menjaga sensitiviti orang lain, tidak menghormati undang undang serta pihak berkuasa dan menghina agama Islam. Hak orang orang Melayu dipersoalkan dan diceroboh.  Keadaan politik begini lah yang tidak mengizinkan  ke`lemah lembut’an dan kesopanan Datuk Hishamuddin menguruskan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Dalam Negeri.   


Keadaan politik negara mungkin berubah suatu hari nanti, kemungkinan selepas PRU14 atau 2018. Diharapkan BN akan menguasai semula politik negara. Undang undang sudah diperketatkan. Rakyat lebih menghormati undang undang dan hak majoriti. Kemungkinan ramai  pemimpin pembangkang sudah berusia dan bersara politik. Selamat sedikit Malaysia. Ahli kongsi dan gangster dikawal. Ajaran songsang agama dan Syiah dipantau secara rapat.

No comments:

Post a Comment