Monday 2 September 2013

TAHNIAH DATUK HAMIN. PARLIMEN LEDANG KEKAL UNTUK BN.

TAHNIAH DATUK HAMIN. PARLIMEN LEDANG KEKAL UNTUK BN.


Salam Kemerdekaan
Mahkamah Tinggi Johor Bahru, hari Jumaat, tadi memutuskan Parlimen Ledang kekal milik BN. Yang Arif telah menolak petisyen yang di failkan oleh Pakatan Rakyat. Rasanya sebab sebab teknikal walaupun tidak dilaporkan oleh TV3.

Dengan muktakmadnya keputusan tersebut, penulis harap Datuk Ir Hamin Samuri akan bekerja`tanpa was was’ siang dan malam serta dalam kawasan Parlimen dan Kementerian.

Terus rapatkan saf di kalangan ahli UMNO dan ahli BN di Parlimen Ledang. `Convert’ rakyat Parlimen Ledang yang mengundi pembangkang semasa PRU13 yang lalu. Terus `recruit’ ahli baru walaupun sibok dengan tugasan. Jangan lupa tolong Parlimen Muar dan Parlimen Bakri memenangi balik DUN Maharani dan DUN Sungai Abong.


Banyak kekeliruan tentang TPPA sejak kebelakangan ini kerana mungkin rakyat tidak tahu apa yang di bincangkan. Penulis yakin Datuk Mustapha dan Datuk Ir Hamin akan menjaga kepentingan negara disamping mengambil kira keresahan rakyat. Jadikan kemenangan di Mahkamah Petisyen sebagai `tonik’ untuk menjayakan TPPA yang baik untuk Malaysia.

No comments:

Post a Comment