Sunday 8 September 2013

DATUK SERI G. PALANIVEL `FLIP FLOP’ UBAH FIKIRAN LAGI.





Sebelum tamat hari pencalonan bagi semua jawatan dalam MIC, mesyuarat tertinggi MIC dengan kehadiran Tan Sri Samy Vellu, Datuk Seri G Palanivel dan Datuk Seri S Subramaniam dan mungkin orang lain juga, bersetuju dan menetapkan jawatan Presiden tidak dipertandingkan. Beliau akan melepaskan jawatan  selepas 2016.

Sejurus selepas tamat pencalonan, semasa di wawancara pemberita, beliau kata mungkin kena fikir semula persaraannya kerana ramai yang mencalonkan beliau. Pemerhati politik berlakunya mungkir janjidi pihak beliau.

Penulis komen para pewakilan telah bersetuju dengan pelan peralihan kuasa dari Panaviel ke Subra dan atas dasar itu, para perwakilan merestui dan memberikan 96 peratus pencalonan. Bukan soal populariti beliau.

Hari Khamis, BERNAMA melaporkan beliau tidak bertanding. Mungkin beliau baru sedar dengan janjinya.

No comments:

Post a Comment