Tuesday 3 September 2013

MALAYSIA NEGARA MERDEKA. SUKAN MASIH BELUM MERDEKA


BOLASEPAK JOHOR (JOHOR DARUL TAKZIM DAN JOHOR FA) BERTUKAR JOLOKAN HARIMAU SELATAN KEPADA KUCHING SELATAN

Minggu kemerdekaan sepatutnya menceriahkan penulis sebagai peminat sukan. Tetapi penulis sedih kerana Malaysia dan pasukan bolasepak penulis kalah di game mereka masing masing.

Malaysia kalah di dalam Kejohanan Hoki yang berlansung di Ipoh. Mula mula kalah pada India dan kalah lagi pada Pakistan 3-1 untuk tempat ke 4 kejohanan.
KOREA SELATAN menjuarai kejohanan ini menewaskan India 3-2.


Sekali lagi KOREA SELATAN menewaskan Malaysia dalam sukan Sepak Takraw yang berlansung di India. Amat kecewa sekali.

Perlu di ketahui kekawan semua dua rumusan penulis iaitu:-
1.     India sedang menempah nama di dalam penganjuran skan bertaraf antarabangsa. Mereka baru selesai Kejohanan Badmintan `India Badminton League’ yang menarik ramai pemain antarabangsa.
2.     India telah melahirkan bakat baru di dalam badminton dan Sepak Takraw.
3.     Korea Selatan sedang menuju ke kemuncak sukan. Bolasepak, Sepak Takraw dan Hoki.


Semalam JDT tewas kepada T Team 2-1di Johor Bahru manakalan Johor FA tewas teruk 4-1 kepada ATM.

Penulis menyatakan kegarangan Harimau Selatan bertukar menjadi Kuching Selatan. Harimau Malaya di harapkan masih bersifat harimau.

Sebelum ini, penulis ada memberikan pandangan yang Johor Darul Takzim sudah hilang taring dengan ketiadaan FANDI AHMAD minggu lepas. Jelas ia menjejaskan rentak permainan Johor seperti http://nasirwise.blogspot.com/2013/08/johor-darul-takzim-hilang-taring-tanpa.html

Penulis berharap pengurusan Johor (JDT dan Johor FA) melakukan sesuatu dengan segera sebagaimembalas sokongan rakyat Johor yang memberikan sokongan padu pada pasukan mereka.

Lupakan kekalahan minggu ini tetapi mencipta kemenangan minggu hadapan dan seterusnya, InsyALLAH.

No comments:

Post a Comment