Monday 16 September 2013

KENAPA PEMUDA UMNO TIDAK `ENDORSE’ DATUK KHAIRUN ASEH DAN DATUK IR IRMOHIZAN KE MT UMNO?







Penulis tertanya tanya mengapa kedua dua anak muda ini tidak menawarkan diri bertanding di Majlis Tertinggi UMNO walhal penglibatan mereka bukan di peringkat PEMUDA lagi tetapi peringkat UMNO sudah.

Datuk Irmohizan terlibat secara langsung dengan PM di dalam program 1M4U dan baru baru ini dilantik Pengerusi LKIM selain daripada Ahli Parlimen Kuala Selangor.Beliau boleh dianggap `killer’ juga kerana mengalahkanPengarah Strategi PAS dan orang kuat PAS. Berbanding dengan Tun Faisal mahupun Datuk Sohaimi,  Datuk Irmohizan adalah `blue eye boy’ PM.

Datuk Khairun di `gossip’ kan akan bertanding Naib Ketua PEMUDA dan telah melakukan persiapan. PM ternampak bakatnya membawa pulang anak gadis yang lari mengikut teman ke Lubok atau Batam Indonesia atau dilarikan oleh teman lelaki masing masing. Biro yang di pegang Datuk Khairun mendapat perhatian PM dan dipertimbangkan dilantik menjadi Setiausaha Politik PM. Ramai yang idamkan kerusi tersebut kerana ianya dekat dengan PM. Sedikit sebanyak atau langsung tidak langsung ia mencerahkan peluang naik dalam parti.

Mengapa mereka tidak mengumumkan pendirian mereka? Adakah mereka masih mahu berenang renang di sungai dan bukan di lautan gelora.? Adakah Datuk Khairun tidak digalakkan bermain politik aktif semasa memegang jawatan SUP PM kerana dikhuatiri menyalahgunakan kedudukan?. Begitu juga dengan Datuk Irmohizan yang dikhuatiri tidak efektif kerana terlalu banyak kerja.? Kita tunggu dan lihat.


No comments:

Post a Comment