Thursday 5 September 2013

PERSATUAN SEPAK TAKRAW MALAYSIA. CUKUP CUKUP SUDAH…


 PENGERUSI DAN SEMUA PEGAWAI PERSATUAN SEPAKTAKRAW MALAYSIA SEPATUT MALU DAN LETAK JAWATAN SERTA MERTA DENGAN SUKARELA. 

Sebelum ini, penulis ada menulis mengenai kekecewaan penulis terhadap pasukan Hoki dan SepakTakraw kerana tewas di permainan masing masing. Penulis memuji Korea Selatan kerana menjadi juara Kejohonan Hoki dan Sepak Takraw. Seperkara lagi, India harus mendapat pujian kerana berjaya menganjurkan dua kejohanan dunia. PUNE tempat berlansungnya badminton dan DELHI menghos kejohonan Sepak Takraw. Awas dengan `killer’ pasuan Sepak Takraw India yang berusia 16 tahun. Amat berpotensi.

Menteri Belia dan Sukan mezahirkan kekecewaannya dan kemungkinan dana atau peruntukan akan di kurangkan sebagai tanda cabaran bukanya denda. Ramai juga rakyat yang kecewa dengan mereka. Something wrong somewhere.

Penulis harap Pengerusi dan keseluruhan ahli pengurusan Persatuan Sepak Takraw meletakkan jawatan dengan sukarela sebagai tanda tanggungjawab mereka di atas maju mundurnya sukan sepak takraw Malaysia.

Beri peluang kepada orang lain buat satu penggal. Manalah tahu, ada perubahan. Teknik Malaysia dok kat situ aje. Korea Selatan telah memahirkan diri untuk menghadang rejeman pihak lawan. Kadang kadang ada dua pemain menjadi benteng.


Penulis rasa Tan Sri Muhamad Ali Hashim patut di beri peluang menjadi Pengerusi kerana beliau pernah menjadi Timbalan Pengerusi Persatuan suatu masa dahulu. Selain itu jasa beliaulah yang KFC terus menaja Sukan Sepak Takraw. Dengan perkembangan terbaru Menteri Belia dan Sukan, Persatuan harus mencari dana luar untuk mempertajamkan pasukan dan mencungkil serta melatih pemain baru.

No comments:

Post a Comment