Friday 20 September 2013

NUR JAZLAN BERI SOKONGAN PADA ZAHID. STRATEGI MENANG MT.




Umum khasnya ahli UMNO mengetahui DS Dr Zahid amat popular dan berada di slot pertama pertandinagn Naib Presiden. Jadi ramai yang cuba mengaitkan diri mereka (geng) dengan DS Dr Zahid. Jika kita tidak dapat menjadi rakan karib atau satu pasukan pun, kita boleh bersifat tegas dan berani seperti DS Dr Zahid Hamidi, dan itu memadai untuk menang kerusi. Rakyat mengukur sokongan dengan kebaeranian. Semalam, YB Nur Jazlan menyokong DS Dr Zahid menjawat jawatan Naib Presiden.

Ini merupakan strategi sempati yang dilakukan untuk meraih sokongan ahli UMNO memilih Nur Jazlan menang kerusi MT.


Sokongan terbuka ini juga memperlihatkan Ahli Parlimen Johor itu masih `muak’ dengan DS Hishamuddin, orang Johor juga.

Pada penulis YB Nur Jazlan seorang yang senantiasa berstrategi dan opportunis untuk mencapai matlamat yang telah diaturkan. Kebijaksanaan untuk melancarkan `serangan’ pada masa dan tempat yang tepat, memungkinkan kemenangan.

YB NurJazlan sudah membuat analisa `cost and benefit’ mengenai `backflash’ penyokong DS Hishamuddin yang tidak akan menyokong YB Nur Jazlan, lebih lebih lagi selepas memberikan sokongan terbuka kepada DS Dr Zahid. Mungkin dengan 150,000 ahli UMNO yang akan terlibat di dalam pemilihan, sokongan ramai mengatasi penyokong DS Hishamuddin.


Nasib baiklah belum kedengaran lagi calon Naib Presiden ke, MT ke,Pemuda, Wanita dan Puteri meng`claim’ mereka bertanding atas restu PM dan TPM.

No comments:

Post a Comment