Thursday, 11 October 2012

AHLI PAS LEBIH BERSIFAT DERMAWAN DARIPADA UMNO.? KELEMAHAN BAJET 2013

Selain daripada menulis pandangan di dalam blog, penulis dan rakan rakan turut menguruskan sebuah kelab bolasepak remaja  bawah 11, 12 dan 15 tahun. Kelab bernama SEPADU SOCCER mempunyai seramai hampir 70 orang pemain yang kesemuanya pelajar pelajar dari Gadek, Lesung Batu, Bukit Rambai, Tg Minyak dan Cheng, Melaka.
Menguruskan kelab ini memerlukan banyak dana untuk membeli keperluan kapital seperti Jersi, T Shirt latihan, peralatan latihan dan kos operasi seperti makan minum, vitamin, pengangkutan, yuran padang dan kejurulatihan. 
Pada masa ini kesemua perbelanjaan adalah di atas pengorbanan 7 orang jurulatih dan pengurusan SEPADU SOCCER dan juga sebilangan ibubapa perihatin.
Dukacitanya belum ada sumbangan sesenpun dari UMNO dan syarikat GLC Melaka. Permohonan sumbangan tidak berjawab. Kemungkinan, SEPADU SOCCER tidak pandai mencari `channel' yang sesuai, mungkin waktu akhir tahun, peruntukan habis, mungkin sumbangan kepada kelab bolasepak tidak seberat pahalanya berbanding dengan kegiatan keagamaan, mungkin orang politik tidak percaya bahawa sukan boleh mengekalkan sokongan politik mereka atau menyatupadukan masyarakat, malah kawan dan bekas kawan sepejabat juga tidak mahu menghulurkan bantuan. 
Penulis akan cuba mendapatkan sumbangan dari PR pulak jika usaha usaha ini tidak berjaya. Ahli PAS setakat ini terbukti lebih bersifat penderma berbanding dengan UMNO dan ia dibuktikan apabila parti PAS terus hidup tanpa peruntukan. DAP berjaya mengumpul dana khas nya dari kaum Cina. Kempen derma RM1 seorang ahli pun mendapat sambutan besar.
Syarikat besar seperti GLC Kerajaan dan swasta sibok dengan CSR mereka dan tidak memperdulikkan kelab kecilan seperti SEPADU SOCCER. Mereka mengutamakan program yang Perdana Menteri terlibat atau menghadir rasmikan program itu. Pada hal program sambutannya sahaja boleh membiayai kos kapital 5 hingga 10 kelab bolasepak kecilan.
Penulis rasa Bajet 2013 yang lalu tidak memberikan tumpuan kepada kelab bolasepak kecilan. Kerajaan harus mempertimbangkan pemberian geran permulaaan seperti penubuhan taska dan penubuhan persatuan penduduk sejumlah RM10K setiap satu.
Kerajaan harus menaja aktiviti sukan kerana ia aktiviti yang menyihatkan dan menambahkan kecergasan. Majlis jamuan dan kenduri kendara mesti dikurangkan tanpa mengurangkan sokongan rakyat kepada parti dan kerajaan. Jamuan hari Raya di merata tempat di sesebuah DUN telah menghabiskan peruntukan kawasan seperti DUN Paya Rumput. Cubalah dibuat analisa, berapa peratus peruntukan yang telah disalurkan kepada aktiviti berbentuak jamuan. Jamuan seperti ini selalunya di targetkan kepada orang dewasa dan remaja ditinggalkan.
RINGKASNYA, kelab bolasepak kecilan sukar diuruskan kerana kekurangan dana. Orang politik/korporat/orang perseorangan melihat bidang ini `tiada' keglamouran. Pahala menyumbang kearah kesukanan kurang berbanding dengan keagamaan. Peruntukan kemasyarakatan DUN/Parlimen, rasanya, tertumpu kepada jamuan dan kenduri kendara yang `mengemukkan'.

No comments:

Post a Comment