Monday, 29 October 2012

SELANGOR OH SELANGOR

Ketika GLC Kerajaan Pusat dan Negeri di bawah pemerintahan BN asyik mengenalpasti aset aset yang boleh dibeli sebagai pelaboran jangkapanjang, Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid dan Penasihatnya, DS Anwar, lain pula keutamaan mereka. Mereka sibok merancang menjual aset PKNS seperti Kompleks PKNS Shah Alam dan Bangi, Menara PKNS, Wisma Yakin dan Kon. Shah Alam yang diberitakan bernilai RM321 juta.
Seperti sedia maklum PNB dan KWSP sudah /sedang membeli aset strategik di London sebagai strategi meningkatkan hasil.
Tetapi, mengapakah Kerajaan Selandor ingin menjual aset tersebut? Kelazimannya, pemilik hartanah menjual aset mereka untuk meraih keuntungan. Ada juga yang menjualnya kerana berlakunya aliran wang tunai yang ketat.
Para politikus berpandangan lain. Ada yang berpendapat, Kerajaan Selangor ingin menjual aset aset kerana ingin mendapatkan lebihan (selepas tolak pinjaman bank) untuk kegunaan agenda pembangunan semasa dan sebelum PRU13. Wang lebihan boleh digunakan di dalam pelbagai bentuk untuk memenangkan hati pengundi khasnya rakyat Selangor yang puratnya bosan dengan Kerajaan sediada.
Ada pengulas kata, Kerajaan Selangor tidak perlu berbuat menjual aset kerana PKR adalah sebuah parti yang kaya hasil sumbangan Dana Asing khasnya Geogre Soros. Mereka menaja yuran bertanding di dalam PRU PRU. DS Anwar sendiri mempunyai dana yang besar dan memperuntukkan RMjuta untuk membeli Ahli Parlimen BN untuk membentuk Kerajaan. Ia selari dengan SD Dato Murad, bekas Timbalan Gabenor BNM.
Apabila keperluan kewangan tidak menjadi keutamaan PKR, mengapa Kerajaan Selangor masih ingin menjual aset. Ia bukan lagi `business decision' lagi tetapi lebih kepada `political decision'.
Ada yang mengulas Kerajaan Selangor tahu bahawa tempoh pemerintahan mereka akan tamat tidak lama lagi dan perlu `kosong'kan tabung kewangan kerajaan. Sumber sumber pendapatan negeri harus di sekat. Langkag ala sabotaj ini akan mengurangkan `kantong' perbendaharaan negeri. Apabila dana kurang, Kerajaan Selangor BN (insyALLAH selepas PRU13 ini) akan menghadapi masalah untuk merancang pembangunan. Apabila kurang pembangunan, rakyat Selangor akan marah. Projek PKNS seperti perumahan kos sederhana dan rendah tidak dapat digerakkan segara dan banyak kerana dana.
Apa apa pun BN harus waspada dengan strategi PKR Selangor ini. Jangan asyik `menyalak' sana sini minta penjelasan. Adat strategi orang berperang. PKR mesti merahsiakan tindakan mereka. BN harus melakukan sesuatu untuk melambatkan proses penjualan aset tersebut.
Ada kemungkinan ke PKR sedang memerangkap BN dengan menyuruh GLC Kerajaan Pusat/Negeri membeli aset aset tersebut. Sekurang kurangnya CLC BN terpaksa mengeluarkan duit dan PKR mendapat keuntungan. Strategi serampang dua mata PKR ini, jangan pula tidak diambil kira.


No comments:

Post a Comment