Katkala pemerintahan BN dahulu, tanah Taman Manggis ini dicadangkan dibangunkan dengan perumahan kos rendah 18 tingkat. Apabila DAP memerintah Pulau Pinang, mereka melupakan perumahan kos rendah dan bercadang menjualnya kepada syarikat swasta untuk pembangunan komersil termasuk perhotelan dan hospital pakar.
Apabila BN membantah langkah DAP tersebut, KM terus mencabar BN agar membeli tanah tersebut pada harga RM22juta sebagaimana yang ditawarkan kepada pihak swasta. KM berharap dengan cabaran tersebut, BN tidak akan dapat meneruskan bantahan tersebut.
Pemuda BN Pulau Pinang sebaliknya manyahut cabaran tersebut. Mereka mengambil langkah menubuhkan syarikat SPV dan mengumpul wang. Mereka datang dengan `earnest money' sejumlah 1 peratus ataupun RM220,000.
Kekecohan berlaku apabila usaha untuk membayarnya menimbulkan masalah. BN datang dengan bayaran tunai tetapi tidak diterima oleh pegawai bertugas. Lalu mereka mendepositkan wang tunai ke dalam akaun perbendaharan dan resitnya dilampirkan bersama dengan surat tawaran.
Rakyat Pulau Pinang harus memuji langkah BN ini yang mengutamakan perumahan kos rendah di lokasi strategik. Ringkasnya BN mementingkan rakyat daripada keuntungan semata mata.
Di dalam aspek lain, gambar tanah kosong Taman Manggis disiarkan berulang kali, dan secara tidak langsung mengiklankan TUNE HOTEL secara percuma.

No comments:
Post a Comment