Wednesday, 10 June 2015

POLITIK MALAYSIA TERKINI

Banyak juga cerita cerita politik di www.facebook.com/sekadar.pandangan

Saturday, 9 May 2015

KUALITI PERKHIDMATAN KEUTAMAAN RAKYAT-RM6 PUN NAK CURI....


Saya menulis tentang mutu perkhidmatan sebuah syarikat yg mengendalikan kebersihan termasuklah pemotongan rumput berjadual.
Sememangnya setiap syarikat bertekad memberikan perkhidmatan terbaik tetapi ia senang diluahkan tetapi sukar di laksanakan. Banyak faktor. Antaranya Ia juga berkait rapat dengan syarikat sub kontrak yg di lantik di kawasan tersebut. .
Pengurusan potong rumput di Taman Cheng Baru di kontrak kepada Rafanur Bina Enterprise. Ini andaian saya berdasarkan profile telefon penyelianya, Saudara Radzi. Saya sekali sekala berwhatsapp dengan beliau mohon potong rumput.
Potongan rumput di padang permainan amat baik. Bersih. Sampah di angkat. Potongan berjadual tepat frequency nya. Tetapi ia di cacatkan dengan keengganan pekerja sub kontrak untuk memotong rumput di dalam Projek Pertanian Bandar.
Projek Pertanian Bandar menempatkan tanaman cili sejumlah 150 polybag. Kawasan ni berukuran 30' x 30 kaki persegi. Dahulu ianya berumput. Jika diupah potong kos nya mungkin RM20-RM30 sekali potongan ( seperti upah kos memotong kawasan rumah saya).
Projek ini berpagar plastik hitam dan tidak berpintu dan mudah melakukan perkhidmatan jika mahu. Berpagar ala kadar untuk mengelakkan binatang atau manusia.
Dukacitanya walaupun di cakap dan di mohon membantu, mereka tidak lakukan. Saya mengandaikan dua sebab. Pertama mereka tidak faham Bahasa Malaysia atau keduanya mereka nakkan duit kopi.
Yang menjadi peliknya, sebaik saja saya menghantar mesej saya kepada En Radzi dan En Rosmani SWM ( nama yg di berikan oleh En Radzi) luahan dukacita saya, wakil penduduk En Syukri menelefon saya nak jumpa di Projek Pertanian Bandar. Cepat NEWS TRAVEL. Saya malas nak jumpa mereka kerana tiada isu apa lagi. Saya sudah beli racun rumput untuk selesaikan masalah rumput tidak terpotong. Sejujurnya saya sudah meracun sekali menggunskan racun rumpai SPARK dua hari lalu.
Melalui percakapan telefon tadi saya ketahui alasan alasan mengapa mereka tidak mahu atau mengelak memotong. Mereka kata khuatir merosakkan tanaman cili. Pada saya tidak mahu potong seribu alasan. Hampir setiap kali mereka memotong rumput padang, saya berada di Projek. Maklumlah 2-3 kali sehari membaja. Kena potong di luar kawasan plastik saja. Tengah tengah barisan cili tiada rumput.
Cerita cerita panas pun keluar. Kononnya jika Majlis Bandaraya atau Jabatan Pertanian tahu, masalah akan timbul. Projek ini boleh di robohkan dan arah keluar kawasan padang.
Pada saya, ia secondary. Yang mustahaknya, kerakusan pihak kerajaan melalui Majlis atau agensinya mengunakan kuasa menghalang projek kerajaan juga. Saya tiada kerugian apa cuma Ia berjaya menambah benci rakyat kepada Kerajaan sedia ada.
Ia berlaku kerana tindakan pegawai dan orang bawahannya. Mereka tidak buat kerja dan ingin mempertahankan kelemahan mereka, mereka mensasarkan rakyat.
En Radzi dari pihak swasta menghantar whatsapp kepada saya. Saya kecewa dengan pekerja Banglanya yg tidak dapat membezakan rumput dengan pokok tanaman. Murah atau mahal mahupun apa jua kegunaannya, ia tidak menjadi hak mereka menyoalnya. Beliau membalas whatsapp dengan perkataan TUAN TAK BEROTAK apabila berurusan dengan rakyat. Sila lihat whatsapp En Radzi yg di lampirkan.
Sekarang ini En Radzi sedang menghantar text text di luar masa yg sesuai. Cerita petang. Whatsapp tak sudahvsudah sehingga 7.30 mlm. Macam tidak puashati. Cakap kasar juga bila datang rumah. Beri arahan 'jangan potong rumput disini' ( hadapan rumah saya) kepada pekerjanya. Whatsapp beliau akan saya jadikan bukti.
Syabas kepada Majlis Bandaraya dan SWM kerana mendapat perkhidmatan seorang ejen yg berakhlak tinggi. Semakin ramai le rakyat benci kerajaan.
Begitu juga dengan wakil penduduk saya, En Syukri. Setahu saya saya tidak pernah memilih beliau mewakili taman ni. Dalam minit mesyuarat, tidak ada cadangan atau usul mencadangkan dua penama tu. Saya mungkin tidak tahu. Para politikus setempat kena perbaiki sistem ni.
Saya suka pemilihan wakil penduduk di pilih melalui 'pilihanraya' atau dlm mesyuarat agong persatuan penduduk. Ia lebih demokrasi dan mengikut citarasa ramai.
Akhirnya jika ia membebankan sub kontrak, pekerjanya dan SWM untuk memotong rumput tu, saya faham. Tetapi sebagai rakyat yg perihatin, kos memotong rumput di Taman Cheng Baru sepatutnya di potong RM 1 sebagai simbolik kepada permasalahan di sini.
Semoga Melaka bertambah maju dan bersih.


Thursday, 2 April 2015

SEKALI UMNO KALAH, IA TIDAK AKAN DAPAT DIPULIHKAN SEMULA

Blogger otai Tuan Syed Akhbar Ali memberikan komen bahawa jika UMNO kalah, maka ia sukar hendak di pulihkan semula. Beliau menambah bahawa kalau UMNO kalah, tak payah kita nak fikir apa yang akan berlaku. Kiamat akan tiba. Yang berkereta Mercedes akan berkereta 'Rapid KL'. Yang bermotor besar akan bermotor kapcai. 

Malay Spring tidak akan bermula. Sebaliknya kawasan mewah Melayu seperti Seksyen 7 Shah Alam, Seksyen 9 Shah Alam, Taman TAR, UKAY Heights dan sepertinya akan "berubah wajah". 

Bilangan penduduk Melayu di Kuala Pilah,  Felda Piol,  Selama, Parit Sulong dan kawasan kampong lain akan bertambah. Akan bermula lah "reverse migration".

Harga hartanah di SEMUA kawasan, terutama sekali kawasan bandar akan naik gila. 

Soalannya, berapa konfiden kekawan UMNO, Ketua-Ketua Bahagian UMNO, Bloga UMNO Prepaid dan Postpaid serta kroni-kroni UMNO bahawa UMNO dan BN akan menang PRU14?

Biar saya bagi jaminan, garenti kukuh bahawa UMNO dan BN akan kalah PRU14 selagi Najib Razak masih presiden dan Perdana Menteri. Garenti UMNO / BN akan kalah.

Beliau berkata demikian ekoran daripada tulisan Tun DrMahathir mengenai Kerajaan sediaada dan Datuk Seri Najib.
Banyak sungguh yang rakyat tertanya tanya. Tanpa penjelasan yang betul dan cepat, ia seakan akan member gambaran yang penyelewengan berlaku dengan rakus. Kelemahan pentabdiran terserlah…
Tulisan Tun Dr Mahathir adalah seperti berikut:-


UMNO dan PRU 14
 
1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes p********n Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh m******k ***i wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum b***h.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk m******h.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul di****h kerana menjalankan arahan.

6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.

12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.

17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.

Wednesday, 11 March 2015

PUSPAKOM ALOR GAJAH MELAKA





Saya ke Puspakom AlorGajah Melaka pada Jumaat 6 Mac 2015 utk memohon temujanji pemeriksaan B5 ( TukarHakMilik) kereta. Bercadang utk pindah milik kepada anak no 3.
Saya di beri tarikh 16 Mac 2015. 6 Mac memohon dan diberi tarikh 16 Mac..10 hari interval utk pemeriksaan. Ini bermakna begitu banyak kenderaan yg bertukar milik. Ada kah senario ini baik dari segi ekonomi?
Saya ingin menyentuh mengenai servis Puspakom. Melihatkan kepada senario itu, saya rumuskan ada permintaan tinggi servis periksa B5 ni.
Puspakom tidak dapat memenuhi permintaan pemeriksaan dengan pantas. Mengambil masa 10 hari. Di beritakan setiap hari lebih kurang 40-60 kenderaan diperiksa. RM30 x 60 pelanggan = ,RM1800 sehari tukar milik sahaja.
Mungkin pengurusan Puspakom mementingkan keuntungan dan tidak mahu invest more manpower. Ini mungkin salah satu punca backlog.
Kebetulan kakitangan Puspakom kaum wanita tidak dapat coup dengan permintaan. Kesilapan menaip no telefon saya pun berlaku. Bagaimana jika hendak menelefon saya jika no nya salah.?
Kerani Puspakom toiak ada masa untuk melayan orang perseorangan seperti saya. Saya bukan runner. Untuk menulis di buku tempahannya pun sukar kerana terma B2 B5 dll.
Saya rasa penambahbaikan sistem temujanji perlu di baiki. Sistem online satu option. Saya tidak perlu datang menulis dan memohon. Orang jauh mesti tidak selesa. Sebab tu runner berperanan. Cuba kurangkan aktiviti runner atau orang tengah. Mungkin rasuah dan favouritism akan berkurangan.
Saya perhatikan selepas menulis, kerani mesti masuk dalam walhal printer di kaunter. Aktiviti di sini mesti di perbaiki.
Nak jadikan cerita, no telefon offis senantiasa busy dan no telefon temujanji rosak. Cuba tel no ini untuk kepastian 013 6527535. Sepanjang hari telefon rosak.
Saya rasa tiba masanya sebuah lagi syarikat ala PUSPAKOM diberi lesen oleh Kerajaan. Macam Bank Islam. Bank Muamalat di lesenkan. Selain itu bank konvensional bolrh adakan Islamic bank nya.

Monday, 23 February 2015

JUDE: I WAS ASKED TO SUBVERT THE TRIAL


Jude Pereira
The following was written without prejudice and in the best interest of the people and Government of Malaysia
Raggie Jessy
The first part to this article is pertinent to its crux, which exposes a possible conspiracy involving the former Inspector General of Police Tan Sri Musa Hassan, MyWatch Chairman Sri Sanjeevan Ramakrishnan, and Former Deputy Prime Minister of Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
1. How Anwar disputed Jude Pereira’s credibility
The burden of proof was on the prosecuting team following fresh sodomy charges that were brought against former Deputy Prime Minister Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Anwar gained fame for all the wrong reasons when Mohd. Saiful Bukhari Azlan met Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid at Hospital Pusrawi on 28 June 2008, complaining of pains in his stomach and anus.
In his testimony on 4 February 2010, Saiful recalled how Dr. Mohamed Osman immediately stopped a medical examination of a particular nature on him after Saiful revealed that he had been sodomised.
Saiful further related how Dr. Mohamed informed him of the hospital’s incapacity to perform forensic examinations appropriate to the circumstance, and that a report from a private hospital would not constitute as evidence in a court of law.
Saiful proceeded to Hospital Kuala Lumpur on Dr. Mohamed’s advice. While there, he was met eventually by a Dr. Daniel, to whom he made known reasons for his visit. As Saiful put it, “I told him frankly that I was there for a medical examination because I had been sodomised by Datuk Seri Anwar Ibrahim. He was shocked and wrote some notes for me to be referred to the emergency ward.”
During the medical examination, Saiful made note of Deputy Superintendent of Police Jude Pereira’s presence. Jude, who attended to Saiful’s case in his capacity as investigating officer, was handed a plastic bag that comprised swabs taken as samples from Saiful’s anus using cotton buds.
Anwar’s defence team appeared to draw a bead on the storage of these samples. Circumstances that bore on DNA test results were heavily disputed by them since 2010. In an attempt at tearing apart Jude’s credibility as key witness in the Sodomy 2 trial, team Anwar invoked a High Court decision which rejected Jude’s bid at being admitted to the Malaysian Bar.
I must say that I found contentions put forth by the defence to be extraneous, though this article does not concern my personal convictions on these facets. That said, Jude’s handling of samples became the cornerstone in a failed bid to drag the former DSP into the witness stand.
Ever since sodomy charges were brought against Anwar, he remained consistent with allegations of a purported conspiracy by the Government of Malaysia to incarcerate him. In fact, prosecuting lawyer Tan Sri Mohd. Shafee Abdullah once iterated that “Anwar was again making the same kind of conspiracy claim he had made against former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.”
It is interesting to note the manner with which Anwar singled out Jude from among police personnel who were involved in his sodomy tribulations one way or the other. As Anwar would have it, Jude colluded with the Government of Malaysia in sending him (Anwar) into political oblivion.
2. How Tan Sri Musa and Sanjeevan met Jude
Many months following GE13, I travelled to Ipoh and met Jude at his residence, where he related his experience to me rather explicitly, almost as if it had happened the day before. I was shocked to learn of a possible element of complicity that seemed to involve Musa, Sanjeevan and Anwar. I then persuaded Jude to let me publish the account for the benefit of the nation.
Jude cautioned me of ongoing litigations that had to do with Sodomy 2 and another case he was involved with. Following this, I decided not to pursue the matter any further.
Then, almost as soon as the verdict on Anwar’s Sodomy 2 appeal was read out by Chief Justice Tun Arifin Zakaria some days back, Jude and I communicated with each other over the phone on prospects of an expose that would relate his (Jude’s) account to the public without fear or favour.
That said, as follows is Jude’s personal account of his encounter with Musa and Sanjeevan before GE13 (which was written down by Jude recently and agreed upon by me and Jude for publication):
“It was about a week before the last GE in 2013. I was in my house in Ipoh when I was contacted by TS Musa, the ex IGP. He asked me to meet him in his house at PJ if I was free. He did not indicate the reason why he wanted to see me but I guessed that it could have something to do with some job offer as a lecturer he wanted me to take. I told TS Musa that I could meet him the coming Wednesday at about 3 pm and he agreed.”
“Before I received this call from TS Musa, a person who introduced himself as Sanjeevan, the Crimes Watch Chairman, called me several times and requested for me to meet him at PJ Hilton. He, too, did not specify the reason why he wanted to meet me. I thought that I might as well kill two birds with one stone; first to meet TS Musa and subsequently, Sanjeevan at PJ Hilton. I did not think that the two meetings were related until I met TS Musa in his house.”
“It was about 2.30 pm when I met TS Musa at his house in Jalan Gasing, PJ. We went out for tea at Lotus restaurant, which was nearby his house. As we sat at a table over tea, TS Musa told me that he was an adviser now with Crimes Watch Malaysia of which Sanjeevan is the Chairman. According to TS Musa, Sanjeevan is closely associated with DSAI (Dato’ Seri Anwar Ibrahim) and that DSAI had indicated that he wants to be friends with him (TS Musa).
“TS Musa then asked me quite directly whether, as the investigation Officer of Sodomy 2, there was any conspiracy in my investigation against DSAI. I was quite taken aback and I told him that he (TS Musa) was the IGP at that time and that I am sure he does not think that there was any conspiracy against DSAI in my investigations. I told him that the statements from the witnesses are evident that there is not a shred of conspiracy. TS Musa said that he was satisfied with my answer. We sat for a few more minutes and talked about other things. TS Musa seemed to be aware that I was going to Hilton to meet Sanjeev and I told him that I will be meeting Sanjeev shortly at PJ Hilton. I dropped TS Musa in his house and proceeded to Hilton PJ.”
“I met Sanjeevan at the coffee house within the lobby of PJ Hilton. He was sitting at a table and looked preoccupied with some documents. As I got acquainted with him, he told me that he was assisting DSAI in the coming General Elections, and that it was going to be a sure win for PKR. He informed me that DSAI was campaigning in Ipoh at the moment. Sanjeevan was very direct. He asked me whether I would make a press statement to say that there was conspiracy in my investigations against DSAI. He told me that I would be taken care of should PKR win.”
“I told Sanjeevan that I could not make such a statement, as my investigations showed no conspiracy. Then he asked me whether I can just say that there was government interference during investigations, to which I responded in the negative too. I then suggested that if they wanted me to help out in any way, at best I could say that I respected the High Court’s decision to acquit DSAI and wished him well. Sanjeevan then proceeded to call DSAI with his hand phone and informed DSAI that I was there with him. He then gave the phone to me, requesting that I talk to DSAI. I just wished DSAI well for the elections and told him that I was not able to say what Sanjeevan had wanted me to say, but that I would just mention that I respected the Courts decision in his (DSAI’s) case. DSAI replied that it was alright and good enough for me to say just that.”
“Sanjeevan than suggested that he would write down something mild for me to say to the press in support of DSAI, and that he would call the press in the morning should I agree. He then asked me to go to a new hotel in KL Central and meet a person who would show me what he had written on my behalf, which I was to give to the press the next morning. Sanjeevan also told me that I would be well protected in the hotel and that I can stay at the hotel for the night, all on the house. Just out of curiosity I decided to go and see how far it is going to go.”
“I reached the new hotel at KL Central at about 8 pm. At the lobby, I met a bearded Indian Muslim man and another person sitting at a table. I introduced myself and said that I was with Sanjeevan earlier, and that I was to see them. They told me that they were assisting DSAI in the elections. The bearded man had already drafted a letter and asked me to read it, and that if I had agreed to it, they would call the press in the morning. I was completely shocked after reading a passage of about 100 words, which said that I was the Investigation Officer and that DSAI was innocent and was charged unreasonably, with evidence fabricated against him. The passage made me look like a fool and would have thrown my integrity down the drain after all my hard work. I refused to subscribe to their request and just walked away from the hotel.”
“I drove back to my house in Ipoh the very same night, regretting that I had ever met Sanjeevan and his friends, who intended to exploit me for their needs. Later on that same day, TS Musa texted me and asked me how my meeting went. When I told him what had happened, he texted me in reply saying that I did the right thing in safeguarding my integrity.”
3. Why now?
A friend once asked me if I had the straight dope on Anwar’s purported machinations on many issues. I told him I had some, following which he wanted to know why I hadn’t published them. Honestly, I found myself at a loss for words.
You see, it’s Anwar we’re talking about, and not just any Tom, Dick or Harry. It’s excruciatingly difficult for me to piece together an agency of approach worthy for consideration, particularly when it concerns someone I regard as the greatest among confidence tricksters to have walked the corridors of power.
It may surprise you to know that there are those who are as yet willing to suck up to Anwar, enough to stand on a window sill stark naked singing “I’ve got a lovely bunch of coconuts.” Now, that may have been figurative, but you get my point. Hardcore Anwarists will remain hardcore Anwarists, even if you pitched jaw-dropping exposes onto their desks.
And that is precisely why Nurul Izzah and Rafizi Ramli saw fit to dump a pile of horseshit into media circles some days back. They probably hoped to gain political mileage by keeping the purported ‘political conspiracy’ flame burning, a hypothesis Anwar conscientiously propagated ever since Saiful turned against his boss with allegations of sexual misconduct.
But Nurul’s and Rafizi’s balls landed right in Raja Petra’s court. And you know Petra, he’s not the type who likes to see balls lying around his turf. So Petra did what he does best; he kicked them straight back to their faces, in a trajectory that blew wide open an almost exact and minute account of events as they had unfolded. This pretty much pissed Anwarists off, putting both Nurul and Rafizi’s aspirations right down the dumps.
That’s right; as far as I am concerned, under no circumstances did Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak offer Anwar a ministerial post, or any post for that matter. In fact, Najib never even met Anwar to discuss a National Reconciliation plan.
Let me rephrase that. Under no circumstances would Najib have been dumb enough to offer Anwar a ministerial post, let alone meet him halfway on some reconciliatory overture. In fact, talks of a National Reconciliation effort surfaced as soon as Anwar kicked Kit Siang downstairs and drew up several traitorous propositions, among which was a plot to unseat Khalid and lead a PKR-PAS led Selangor Pakatan Rakyat into a unity government of sorts with BN.
But as fate had it, Anwar dragged Pakatan Rakyat and a clueless Kit Siang through the mud and right into the dump. Perchance, it’s the very dump Nurul and Rafizi got themselves into just days back. Rest assured, the dump was far from the unity government Anwar had envisioned when he found Najib to be at his weakest.
That’s right; it appears, that when Anwar found Najib to be weak, he dreamt up a plan to lure Najib into a confederacy that would have helped him regain some composure within the corridors of power and very possibly, to exculpate himself from Sodomy 2 charges. Likewise, it is all too possible that when Anwar found Jude Blacious Pereira to be at his weakest, he began ripping the former Deputy Superintendent of Police’s credibility to pieces in an attempt to regain composure over his Sodomy tribulations.
Thus, it became necessary for me to reveal the consistence with which Anwar appears to manipulate the misfortunes of others to his favour. And that is precisely what this article is all about.
Well, that’s one cat now out from my bag. Cheers.

http://www.malaysia-today.net/jude-i-was-asked-to-subvert-the-trial/


Sunday, 22 February 2015

PERBADANAN KETUA MENTERI MELAKA..KECUAIAN ATAU MALAS?






Saya tinggal di Cheng, Melaka. Hampir setiap hari melalui Taman Paya Rumput Utama ataupun TESCO CHENG utk membeli barang dapur dan kerja.
DiTaman ini terdapat banyak unit kedai 2 tingkat yang dimiliki oleh PERBADANAN KETUA MENTERI MELAKA. Melebihi 20 unit kedai.
Kedai kedai ini tidak ada penyewa mungkin kerana sukar utk mencari penyewa Bumiputera. Al maklum lah ekonomi orang Melayu masih pada paras yg rendah. Mungkin juga dasar Kerajaan iaitu keutamaan memberi peluang menyewa kepada peniaga Bumiputera, yg menyebabkan kekosongan.
Saya berpendapat Perbadanan bersikap tunggu dan lihat di dalam kes ini. Kerana lot kedai kepunyaan kaum lain, laris terjual dan tersewa. Mungkin Perbadanan tidak mempunyai semangat keusahawaan ( mengenalpasti, mendidik, memberi peluang) tetapi 'merely as a real estate agent'( mencari penyewa sahaja).
Saya harap Perbadanan mempunyai rangkaian dengan MARA, PUNB, DEWAN PERNIAGAAN, MARDI, JBT PERTANIAN, PNS, TEKUN,KEM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR dll untuk memasarkan lot kedai. Mungkin ada usaha tetapi tidak cukup.
Yang menyedihkan, walaupun tiada penyewa, biarlah lot kedai tersebut dijaga rapi. Roller shuttle di curi. Cermin di kopak. Logam Pendawaian letrik dicuri. Siling di rosakkan.
Kalau tuan puan lalu di kawasan ini, kita pasti akan dapat membezakan di antara lot swasta dengan lot Perbadanan. Lot kepunyaan golongan yg sayang harta dan penjimat berbanding dengan lot kepunyaan golongan yg cuai, malas atau yg tidak sayangkan hartabenda.
Saya harap selepas ini langkah pembaruan di laksanakan Perbadanan Ketua Menteri Melaka. CEOnya perlu bantu KM Melaka menjaga harta milik Kerajaan.




Saturday, 21 February 2015

MELAYU TERLALU HORMAT KAUM LAIN. SATU KESILAPAN

KERAJAAN MELAKUKAN KESILAPAN BESAR – TUN ABDUL HAMID

SHAH ALAM, 19 Feb – Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menyifatkan kerajaan telah melakukan kesilapan besar kerana terlalu menjaga hati bangsa lain.
image
Beliau menjelaskan, tindakan kerajaan Barisan Nasional menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang bertujuan mengambil hati bangsa lain terbukti sia-sia kerana tidak diendah.
Malah tambahnya, bangsa lain sedar kelemahan orang Melayu apabila berpecah-belah akan dengan mudah diperalatkan.
“Lagi banyak kita bagi, dia (bangsa lain) akan anggap kita memberi kerana kita lemah. Bahkan, lagi lemah kita, maka lagi banyak yang mereka akan ambil. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak akan mengucapkan terima kasih,” katanya yang menjadi panel Seminar Akta Hasutan Keselamatan Dalam Negeri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.
“Kerajaan silap, apabila ada tuntutan, kerajaan hendak ambil hati mereka, dengan cara memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan harapan mereka akan datang balik,” ujarnya yang juga merupakan panel Seminar Akta Hasutan Keselamatan Negara di UITM Shah Alam.
Katanya, beliau sendiri pernah bersuara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib TunRazak bahawa bangsa lain tidak pernah menyokong, dan tidak akan menyokong kerajaan.
“Lagi banyak kita bagi, dia (bangsa lain) akan anggap kita memberi kerana kita lemah. Bahkan, lagi lemah kita, maka lagi banyak yang mereka akan ambil. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak akan mengucapkan terima kasih,” ujarnya.
Namun sebaliknya, pemimpin Melayu lupa siapa yang menyokong mereka sehingga, ”Disebabkan tidak mengambil hati orang Melayu, maka orang Melayu tidak akan datang lagi dan akan pergi.”
Katanya, bangsa lain akan menuntut apa sahaja yang boleh dari orang Melayu sebab tambah Tun Abdul Hamid, “Kita orang Melayu ni, kita rasa berdosa kalau kita ada lebih sikit dari orang lain. Walhal, yang lebih pun orang kita. Namun, kita bagi orang lain, tetapi orang itu tidak ucap terima kasih.”
Bercakap kepada kira-kira 200 orang peserta seminar, beliau turut melontarkan pertanyaan, negara
manakah adanya bangsa yang sanggup berkongsi kuasa dengan orang lain.
“Tunjukkan pada saya, satu bangsa di dalam dunia ini yang sanggup berkongsi kuasa dengan orang lain. Pernahkan mereka (bangsa lain) fikir perasaan kita, bila mereka minta hak kita,” katanya.
SUMBER:
https://biswardihasbi.wordpress.com/2015/02/19/kerajaan-melakukan-kesilapan-besar-tun-abdul-hamid/

Friday, 20 February 2015

CERAMAH KES LIWAT OLEH TS SHAFEE PERLU DI ADAKAN DI LUAR NEGARA JUGA


Penulis terkejut membaca artikel oleh Meden Info yang mengatakan ada kemungkinan Kak Jijah menelefon Kak Mah memohon kerjasama atau campurtangan beliau agar roadshow penerangan kes Liwat Anwar Ibrahim oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di berhentikan. 
Ia mungkin  benar benar memberikan pencerahan yang sangat baik dan hadirin semakin faham dengan kedudukan sebenar kenapa Anwar didakwa dan dihukum, kredibiliti Saiful dan paling penting dalam kes ini TIDAK ADA berlakunya sebarang Konspirasi seperti yang dilaungkan oleh Anwar.

Mengapa ia harus di hentikan. Pada saya, usaha penerangan dalam negara perlu dihebatkan dan roadshow di luar negara mesti di perkenalkan. Siri penerangan Para Duta Asing di Malaysia perlu dilaksanakan. Para pelajar Malaysia juga perlu di hampiri dan di beri penerangan. Puak Anwar telah berselindung dengan fitnah dan pembohongan terlalu lama iaitu lebih 6 tahun.


http://medan-info-kita.blogspot.com/2015/02/benarkah-kak-wan-ada-whatsapp-kak-mah.html

Thursday, 19 February 2015

"HILANG" DUA PEMIMPIN UTAMA UJUD KELOMPANGAN DALAM PAKATAN PEMBANGKANG..

....
Ketiadaan dua pemimpin utama, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam parti pakatan ketika ini menimbulkan persoalan sejauh mana parti yang dibarisi PKR, DAP dan PAS berupaya mengisi kelompangan besar kepimpinan, sekali gus mendepani cabaran politik semasa dan terus menerima sokongan rakyat.
Beberapa penganalisis melihat lanskap politik gabungan pakatan itu menjadi semakin longgar kerana kekuatannya selama ini bergantung kepada kepimpinan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, selain rasa hormat yang tinggi kepada allahyarham Nik Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS.
Mereka juga berpendapat situasi yang melanda pakatan ketika ini bukan sahaja boleh mengundang kepincangan dan senario 'kawan makan kawan', bahkan turut memberi kesan terhadap sokongan pengikut yang selama ini menyokong atas tiket 'setia dan hormat' terhadap kedua-dua pemimpin utama itu.
PKR patah sayap apabila Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dihukum penjara lima tahun, manakala PAS kehilangan Nik Aziz, 84, yang meninggal dunia pada 12 Februari akibat kanser prostat.
SIAPA PENGGANTI ANWAR?
Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Prof Dr Jayum Jawan berkata ketiadaan dua tokoh pemimpin berkenaan memberi kesan kepada pakatan.
"Selama ini, Anwar berjaya meredakan perbezaan antara DAP dan PAS dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lebih abstrak untuk diperjuangkan bersama dan pastinya ketiadaan beliau menimbulkan persoalan siapakah yang boleh dan layak menggantikan ketua pembangkang.
"PAS pula secara khusus kehilangan kepimpinan 'orang lama yang bijaksana'. Generasi lama dan generasi muda akan berebut tempat dalam kepimpinan parti tanpa segan silu kerana tokoh yang disegani dan dihormati sudah tiada," katanya kepada Bernama.
Jayum berkata kepimpinan PKR pula berhadapan masalah kepimpinan ekoran belum ada 'tengku mahkota' yang dipersiapkan untuk mengambil alih tempat Anwar.
"Sekarang Anwar diberhentikan 'tiba-tiba' dan bukan berhenti secara sukarela. Persoalannya, siapakah 'tengku mahkota' itu? Sekiranya ada, apakah 'tengku mahkota' itu sudah bersedia?," katanya.
PEMIMPIN BERPENGALAMAN
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata ketiadaan pemimpin berpengalaman dalam PKR dan PAS dan memiliki kekuatan personaliti seperti Anwar dan Nik Aziz, melemahkan kedudukan pakatan buat masa ini.
"Anwar berjaya mendamaikan perbalahan sesama parti dalam pakatan, yang akhir-akhir ini menyaksikan PAS dan DAP tidak mahu berkompromi dalam perkara dasar yang melibatkan ideologi dan perjuangan parti masing-masing seperti pelaksanaan hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan," katanya.
Kelompangan kepimpinan ini dilihat memberi kesan kepada kesinambungan hubungan antara parti dalam pakatan.
Merujuk ketokohan Nik Aziz, Ahmad Martadha berkata kewibawaan allahyarham amat dihormati dan bekas Menteri Besar Kelantan itu merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada kestabilan dalam pakatan.
"Bukan sahaja PAS bahkan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya merasai ketiadaan beliau (Nik Aziz) dan kini berhadapan kesukaran untuk mencari pengganti sepertinya," katanya.
PELUANG DAP
Apakah DAP akan menggunakan kelompangan ini untuk melebarkan sayap dan pengaruh mereka dalam pakatan?
Mengulas persolan itu, Ahmad Martadha berkata DAP pastinya akan menjadi lebih vokal dalam pelbagai isu ekoran ketiadaan kedua-dua pemimpin itu.
"Sebelum ini, DAP tidak begitu lantang kerana menghormati pemimpin seperti Nik Aziz dalam isu seperti hudud. Namun, ketiadaan Tok Guru (Nik Aziz) memberi peluang dan ruang lebih besar kepada DAP untuk melontarkan pandangan tanpa rasa takut atau gusar terhadap komen daripada sekutunya, PAS," katanya.
Pensyarah kanan Sains Politik, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia Dr Low Yong San pula berpendapat adalah tidak bijak sekiranya DAP berbuat demikiankerana politik dalam sistem demokrasi adalah suatu permainan berkenaan dengan angka, di mana orang yang mendapat undi terbanyak akan menjadi pemenang.
"Asas sokongan DAP kebanyakannya berasal daripada masyarakat Cina yang merupakan golongan minoriti dan para pemimpin DAP harus sedar bahawa tanpa sokongan kaum lain terutamanya Melayu, mereka tidak mungkin boleh menjadi parti pemerintah sama ada di peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan. Saya rasa pemimpin-pemimpin DAP sedar akan realiti politik ini," katanya.
JEJAS HUBUNGAN
Secara umum, akan terjejaskah hubungan PAS-DAP dan kerjasama gabungan pakatan berikutan ketiadaan Anwar dan Nik Aziz?
Membincangkan hal ini, Low tidak menolak kemungkinan ketiadaan Nik Aziz akan memberi kesan kepada hubungan PAS dan DAP.
Begitu juga ketiadaan Anwar yang berperanan sebagai perantara antara PAS dan DAP terutama apabila timbul konflik atau perbalahan antara kedua-dua parti komponen itu.
"Namun begitu, saya berpendapat masa depan pakatan bukanlah semata-mata bergantung kepada mana-mana individu pemimpin, tetapi bergantung kepada soal fundamental yang melibatkan perbezaan ideologi politik antara PAS dan DAP.
"Sekiranya isu (kerjasama politik) ini tidak diselesaikan, tidak sukar untuk kita membayangkan keadaan kelam kabut yang akan timbul sekiranya PR memerintah di peringkat persekutuan dengan PAS kekal dengan agenda negara Islamnya, DAP sibuk dengan bantahannya, sementara PKR sibuk dengan peranannya sebagai orang tengah menyelesaikan konflik," katanya.
SOKONGAN BERDASARKAN SIMPATI
Apakah keputusan mahkamah terhadap Anwar kali ini berupaya menarik lebih ramai menyokong parti pakatan pada pilihan raya umum akan datang berikutan elemen simpati?
Berbanding peristiwa tahun 1998/1999 yang memperlihatkan peralihan sokongan masyarakat Melayu daripada BN kepada pembangkang, Low berpendapat isu Anwar dipenjara pada kali ini tidak memberi impak besar seperti sebelum ini.
"Sokongan politik berasaskan simpati terhadap individu atau keluarga individu tertentu tidak akan bertahan lama, sebaliknya ia bergantung kepada keberkesanan PKR untuk menyakinkan rakyat bahawa kes Anwar adalah konspirasi politik yang melibatkan integriti institusi politik di negara ini.
"Untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar dianiaya oleh institusi politik sebanyak dua kali berturut-turut dan seterusnya memobilisasikan sokongan massa, ia merupakan satu cabaran besar bagi PKR," katanya.
Jayum pula berpendapat bukanlah semudah pilihan raya sebelum ini untuk parti pakatan mempertahankan kedudukan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.
"Kedua-dua pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang sama bergantung kepada pakej yang ditawarkan kepada pengundi yang sudah bijak memilih," katanya.
Dari: Hambali Abdullah melalui blog Tuah Bertuah

Tuesday, 13 January 2015

DI SEBALIK NAMA AIR ASIA YANG HARUM


AIR ASIA adalah sebuah nama yang terkenal di dalam industry penerbangan. AIR ASIA bergerak global dan amat berkaitan rapat dengan penerbangan tambang murah terbaik dunia. Saya mempercayainya, mungkin anda juga.
Saya telah membuat tempahan penerbangan pada 26 Hb Disember, 2 hari selepas AIR ASIA QZ8501 terhempas di Lautan Jawa. Jika belum di booking, kemungkinan business trip ini di batalkan atau menggunakan MAS.

Namum ia tidak seindah cerita dan kenyataan..

Penerbangan saya ke Chennai AK13 pada 5 Januari yang lalu membuktikan sesuatu yang tambangnya tidak semestinya  murah dan perkhidmatannya tidak semestinya terbaik.

Para penumpang kena bijak merencana perjalanan. Hand Lubbage mesti 7 kg kebawah tetapi oleh kerana saiznya melebihi , saya di kenakan RM105 untuk dijadikan check in baggage. Ini pengajaran pertama.

AIR ASIA berangkat ke Chennai mengikut jadual. Tahniah. Tepat masanya dan tiada delay. Lazimnya penerbangan terakhir dari Sibu Kuala Lumpur terlewat. Uniknya penerbangan ini ialah ia di pandu oleh 2 pilot wanita, Nadira dan Sarah. Tiada perbezaan pilot lelaki mahupun wanita. Seperkara lagi mungkin penumpang akan merasa risau jika di beritahu pilotnya seorang wanita. Persepsi ` pemandu kereta wanita  kurang cekap’  senantiasa di minda pemandu di Malaysia.

Setelah berterbangan hampir hamper 4.30 jam, pesawat sampai Chennai waktu 5.30 petang waktu Chennai. Tetapi malangnya, luggage saya dan 48-50 penumpang lain tidak berada di dalam pesawat ini. Maka berlakulah kekecohan yang amat besar dan panic kerana ada penumpang akan meneruskan perjalanannya ke Abu Dhabi, Mumbai dan destinasi lain.

Di sini nampak SOP luggage hilang tidak di praktikkan atau di latihkan oleh kakitangan Chennai  atau tiada SOP langsung. Kakitangan AIR ASIA yang beruniform hitam, tidak dapat menjawab pertanyaan. Jam 5.30 petang mendarat di Chennnai, jam 10 malam tidak selesai merekod nama penumpang dan keterangan tentang luggage seperti warna, brandname, isi kandungan, no telefon dan sebagainya.

Kami semua di maklumkan yang luggage luggage tersebut akan diterbangkan penerbangan esok paginya Selasa. Setiap kami akan di maklumkan dan luggage akan di hantar ke alamat dan destinasi yang tertulis di Borang Aduan Luggage.

Sekali lagi AIR ASIA di Chennai gagal berbuat demikan. Numbor telefon yang dibekalkan kadang kala di angkat kadangkala tidak berangkat. Daripada 4 kali panggilan, hanya 2 kali berangkat. Kakitangan AIR ASIA berjanji untuk menelefon kembali tetapi janji kosong. Ramai penumpang yang `transit’ di Chennai untuk perjalanan selanjutnya ke Mumbai termasuklah Abu Dhabi. Staf AIRASIA berjanji menghantar luggage ke destinasi masing masing.

Saya dan rakan niaga dari Chennai mengambil keputusan untuk pergi ke Airport dan menuntut bagassi pada keesokan petang kerana tiada maklumat tertentu diberikan kepada saya .  Alhamdulilah, bagasse tersusun di Setor Baggassi. Saya pergi ke kaunter  crew AIRASIA dan di bawa ke Tingkat 2 atau tingkat 2 Pejabat Operasi untuk mengisi borang atau tuntutan kali kedua. Selesai itu, kami turun semula ke ground floor ke Setor Luggage untuk mengutip luggage kita.

Ada dua anak muda India yang bertugas. Kami bekal surat pelepasan dan dikeluarkan luggage yang tersimpan. Prosedurnya, luggage perlu mendapat tandatangan 2 pegawai Kastam. Kedua pekeja setor seakan seakan mahu duit pelincir daripada saya. Oleh kerana tidak melayan `body language’ mereka, meminta saya pergi mendapatkan cop dan tandatangan pegawai kastam.  Mereka tidak bantu langsung. Saya meninggikan suara dan salah seorang kakitangan Setor Luggage mengadu pada pegawai kastam. Pegawai kastam meminta saya minta maaf kepada beliau kerana `mengugut’.  Saya menjawab mereka tidak membantu dan minta wang dan mengapa harus minta maaf. Apabila saya berlakon hendak menelefon kawan tempatan, mereka memberikan kerjasama dan luggage dapat di bawa keluar.

Pada 10 Januari adalah hari penerbangan balik. Flight AK10 sepatutnya berlepas 8 pagi tetapi tertanggoh berlepas jam 9.35 pagi. Saya ada menerima sms dari AIRASIA awal pagi. Mula mula gate 18 kemudian tukar gate 11. Jarak antara satu gate hampir 20 minit berjalan kaki.












Inilah AIRASIA yang dikatakan penerbangaan  tambang murah termurah dan perkhidmatan terbaik.