Sunday 5 January 2014

BN WAJAR MEMPERTIMBANGKAN DR AHMAD SOHAIMI LAZIM SEBAGAI CALON BN DI DUN SG LIMAU UNTUK PRU14.



Betul calon BN tewas di DUN Sg Limau semasa PRK yang lalu. Beliau dan BN berjaya mengurangkan majoriti undi kemenangan PAS kepada 1084 daripada 2734 ketika PRU13 yang lalu. 

Penulis harap Datuk Sri Najib dan BN / UMNO memberi peluang kedua kepada  Dr Ahmad Sohaimi sebagai calon BN di PRU14 akan datang. Walaupun tewas, beliau terus menjalankan tugasnya di Sg Limau.  

Penetapan awal bakal calon akan memberikan kelebihan kepada Dr Ahmad Sohaimi dan BN untuk merancang gerak kerja mulai sekarang. Penulis merasa BN kerap memilih calonnya terlalu lewat. Ada yang dilantik tidak dikenali oleh penduduk. Ada calon tidak bekerja keras kerana peluang menjadi calon amat tipis. Ini salah satu sebab BN tewas di dalam pilihanraya. 

Kempen beberapa hari telah memberi peluang penduduk mengenali Dr Ahmad Sohaimi. Tentunya apabila sudah dikenali, ia mudahkan kempen dan murah kos pengenalannya. 

BN kena teruskan usaha dan gerak kerja yang telah dijalankan semasa kempen PRK yang lalu. Kunjungan ke rumah rumah perlu diteruskan, bantuan dan pertolongan dipertingkatkan, janji Pilihanraya diperturunkan dan dilaksanakan dan sukan rakyat diadakan secara bulanan. Kenduri kesyukuran wajar diaturkan di setiap kampong mengikut giliran.

Penulis ingin sarankan bahawa jika BN ingin berjaya cemerlang di dalam PRU14 nanti, gerak kerja mesti bermula serta merta.

Melalui keputusan PRK yang lalu, BN sudah dapat mengagak kawasan hitam yang perlu usaha keras dan kawasan putih yang perlu terus diberi perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment