Wednesday 15 January 2014

KLINIK KESIHATAN CHENG SELESA DAN BERTAMBAH BAIK PERKHIDMATANNYA KECUALI…..



Pada 3 Disember 2013, penulis dan anak lelaki 11 tahun berkunjung ke Klinik Kesihatan Cheng. Anak penulis mendapatkan rawatan `luka berkhatan’ 

Dari masa kesemasa bangunan Klinik ini ditambahbaik. Dulu tidak berhawa dingin tetapi sekarang ini `sejuk mejuk’. Klinik ini sudah dilengkapi dengan WiFi  kerana menuruti zaman moden. Ada kemungkinan masa dulu dulu, perkhidmatan Klinik Cheng agak lambat kerana terlalu ramai pesakit dan kekurangan doktor. Tadi, penulis perhatikan ada 2 bilik doktor yang menempatkan 3 atau 4 orang doktor.

Bangunan Klinik ini juga memberikan kemudahan letak kereta berbumbung. Parkir pesakit luar pun telah bertambah. Pakaian pembantu perubatannya pun baru  berwarna biru.

Pesakit akan membuat pendaftaran dengan meninggalkan MyKad di dalam kotak. 5 minit kemudian, nama anak penulis dipanggil, dan diberikan numbor giliran. Yuran RM1 dikenakan ke atas anak penulis yang berumur 11 tahun tadi.

Melalui pemerhatian penulis, memang berlaku kelewatan pada perkhidmatan kesihatan.

Penulis ingin memaklumkan yang `sistem simpanan dan `retrival’ rekod kesihatan’ yang menyebabkan kelewatan perkhidmatan tersebut. Ini bermaksud selepas membayar yuran RM1, kad rekod kesihatan mesti di cari untuk di buat pra pemeriksaan oleh pembantu perubatan. Di sini atau seksyen ini yang menjadi `bottleneck’ perkhidmatan kesihatan di Klinik Kesihatan Cheng. Pra pemeriksaan bermaksud pemeriksaan tekanan darah, berat badan dan pertanyaan lisan.

Perjumpaan atau konsultasi dengan doktor sangat ringkas dan pantas. Waktu menunggu mengambil ubat di farmasi pun amat cepat. Jika penulis memerlukan 1 jam di Klinik Kesihatan, masa menunggu `retrieve’ rekod kesihatan mengambil masa 35 minit. Pemeriksaan pra doktor, konsultasi dengan doktor dan mengambil bekalan ubat pun memakan masa tidak lebih 20 minit,


Penulis ingin cadangkan kepada Kementerian Kesihatan khasnya Ketua Pegawai Perubatan Klinik Cheng di `permudahkan `retrival’ sistem rekod kesihatan’. Penulis harap secepat mungkin Klinik Kesihatan Cheng dan Klinik Kesihatan lain mencontohi Hospital Serdang (Hospital moden yang lain juga) yang segala urusan dibuat atas talian. Para doktor pun merekod pemerhatian di dalam talian/computer. Selepas pemeriksaan, keperluan ubatan terus diposkan ke farmasi.

Jika masalah `bottleneck’ di bilik rekod diperbaiki, perkhidmatan Klinik Kesihatan Cheng adalah sestandard `world class hospital’.


No comments:

Post a Comment