Wednesday 8 January 2014

TUN Dr MAHATHIR DAN TUN SITI HASMAH `PENING KEPALA’ DAN MALU DENGAN KEGEMARAN BARU ANAKNYA, MARINA.


Penulis amat sempati dengan ayahanda Tun Dr Mahathir dan bonda Tun Siti Hasmah di atas pendirian anak perempuannya, Marina Tun Dr Mahathir. Terkini Marina, penyokong kuat Sister In Islam (SIS), hadir di perhimpunan Kristian dan mempamerkan pendirian beliau iaitu (lebih kurang) `GOD IS ALLAH IS GOD' dan ALLAH IS FOR ALL’. Dari segi bahasa, ayat tersebut meng`confirm’kan yang ALLAH mencipta manusia dan wajid di sembah oleh manusia sejagat.

Pada hemat penulis, penganut agama Kristian khasnya, mengiktiraf bahawa Allah adalah `creator’ dan telah mengcipta dan menghidupkan mereka dan manusia tetapi mereka tidak menyembah `the creator’. Jika mereka mahu menggunakan Kallimah Allah, anutilah agama Islam. Anda boleh menggunakannya setiap saat.

Setahu penulis Tun Dr Mahathir berpendirian Allah adalah Tuhan untuk orang Islam sahaja selari dengan keputusan Mahkamah Rayuan juga berpendapat penggunaan Kalimah Allah adalah mendasari (integral part) dalam agama Islam dan TIDAK mendasari agama Kristian. Tambah Tun, tiada penggunaan Kalimah Allah tidak mencederaan atau mencatatkan agama Kristian.


Sebagai selingan, Penulis suka dengan penulisan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar di dalam rencananya `Hentikan polemik sakiti umat Islam’ di Mingguan Malaysia pada Ahad 5 Januari 2014. Contoh yang diberikan memahamkan lagi maksud mendasari atau `integral part’ sesuatu agama.

Di dalam kes In The State of West Bengal v Ashutosh Lahiri AIR 1996, SC 464, Mahkamah India memutuskan bahawa penyembelihan semasa Aidiladha adalah suatu yang mendasar kepada umat Islam namum menyembelih lembu bukanlah suatu yang mendasar kerana lembu tersebut boleh diganti dengan kambing atau unta. Oleh hal yang demikian melarang orang Islam menyembelih lembu di India sempena Aidiladha tidak menafikan hak beragama orang Islam.

Satu lagi contoh yang baik ialah kes Meor Atiqurrahman bin Ishak v Fatimah Sihi (2006) 4AMR 577 di mana Mahkamah Persekutuan Malaysia pula memutuskan memakai serban bukanlah suatu yang dasar di dalam Islam kerana ia tidak diwajibkan.

Ini lah antara dugaan besar yang dihadapi oleh Tun Dr Mahathir. Selain dugaan anak perempuan beliau, Datin Paduka Marina, dugaan terbesar yang lain ialah masalah ekonomi dan kewangan yang dihadapi oleh negara Malaysia sehinggakan Ringgit Malaysia ditambat nilainya.

Dugaan ketiga ialah rancangan DS Anwar Ibrahim dan geng memporak  perandakan Malaysia dan hasrat menumbangkan BN serta mempromosi aktiviti yang bercanggah dengan Islam.

Dugaan keempat ialah kesihatan jantung yang kebelakangan ini sering melanda Tun Dr Mahathir. Tahun lepas, tidak silap 2 kali dimasukkan dan dirujuk di IJN kerana jangkitan kuman. Beliau melepaskan jawatan Penasihat Petronas.

Seterusnya dugaan yang lebih sulit ialah mengenai anak anak. Datuk Mukhriz telah dilantik ke jawatan Menteri Besar Kedah dan tanggongjawabnya amat berat. Expectation rakyat Kedah adalah tinggi memandangkan Datuk Mukhriz adalah anak kepada Bapa Perindustrian Malaysia. Walaupun tidak mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Kedah, letih juga memerhatikan dari jauh supaya Datuk Mukhriz berada di landasan yang betul.


Kesimpulannya, Datin Paduka Marina Tun Dr Mahathir, lebih memeningkan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah.  Anak perempuan ini semakin `too liberal’ dan jika tidak di kekang, beliau boleh tersesat. Sekarang ini beliau dilihat aktif bersama kumpulan BERSIH dan aktiviti Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment