Wednesday 8 January 2014

PERAGUT MELAKA PUN MENYAMBUT TMM2014



Diberitakan sepasang suami isteri Jerman di ragut di Kampung Pantai Melaka semalam. Yang mencemaskan ialah barangan yang diragut termasuk sekali `backup’ bateri untuk `pace’ yang dipasang di dalam jantung si isteri pelancong. Nasib baik pelancong ini panjang akal dan menelefon pembekal bateri di Amerika Syarikat. Pembekal telah meminta pelancong tersebut menghubungi IJN. Alhamdulilah IJN dapat membantu pelancong Jerman itu. Selamat satu nyawa. Ringkasnya IJN dapat nama baik dan Melaka mendapat nama buruk sedikit.

Kerajaan melancarkan program menarik pelancong bukan untuk diragut barang milik pelancong tetapi untuk mereka menikmati tempat tempat bersejarah, makanan yang enak, pantai, pulau dan hutan tropika yang cantik, mempelajari kebudayaan dan membelibelah. Kesemuanya dilakukan di dalam keadaan selamat dan bebas.

Malaysia mensasarkan kemasukan pelancong seramai 28 juta sepanjang tahun 2014 dengan anggaran pendapatan negara RM78 bilion ataupun 12 peratus daripada KDNK. Setiap negeri perlu memainkan peranan masing masing mempromosi negeri masing dan negeri lain juga.

Malangnya, rupa rupanya apabila kita merayakan Tahun Melawat Malaysia, si peragut dan penjenayah akan mengaktif aktiviti mereka.


Semoga semua pihak mengambil tindakan yang sesuai untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia dan pelancong terpelihara.

No comments:

Post a Comment