Thursday 16 January 2014

BUKAN SULTAN LAGI....BUKAN TUHAN LAGI




Berita Utama TV1 16 Januari 2014 memberitakan Ketua Menteri Melaka mengumumkan bahawa Sijil Pengiktirafan ICJ Sultan Melaka kepada Noor Jan bin Tuah adalah palsu. Ini sangat memalukan Noor Jan kerana ingin menipu Kerajaan Negeri Melaka, pengikutnya dan orang ramai untuk mempercayai beliau adalah waris Sultan Melaka.

Pada penulis,tanpa prejudis, cukup sekadar `claim’ sebagai kaum keluarga Sultan Mahmud untuk keseronakan diri sendiri tanpa `overdo’ dengan meminta kerajaan Melaka dan orang ramai mengiktiraf beliau sebagai Sultan Melaka yang sah. Kerajaan Melaka dan orang ramai tidak boleh dilibat langsung. Penulis rasa ada pengikutnya yang `sponsor’ ide dan wang untuk menjadi Sultan. Rasanya ada pengikut yang rapat dan taat berangan angan diangkat menjadi Bendahara, Laksamana dll gelaran penting dalam Istana.

Orang yang sewaras beliau kini sah sebenarnya seorang yang hilang pertimbangan atau gila. Jesteru itu wajarlah beliau di tangkap, di reman, dibicara dan dihukum denda atau penjara. Kepada pengikutnya, wajarlah buka mata dan hati.

Sementara itu, Tuhan Harun dan pengikut dibawa ke 2 Mahkamah berasingan untuk menghadapi kes ajaran sesat dan kes membunuh/bersubahat membunuh Pegawai Penguatkuasa JAIP. Semasa di bawa ke mahkamah berkerusi roda, jelas sekali keuzuran beliau. Beliau diserang angin ahmar sejurus selepas ditangkap di Tangkak, Johor. Tangan kanannya bergetaran (seperti tangan sedang berzikir) dan air liur keluar dari mulut melelir. Kelihatan juga beliau cuba memimpin isteri beliau tetapi ia menyukarkan perjalanan mereka ke kamar. Jelas sekali Harun bukan Tuhan yang Maha Kuat dan Berkuasa. Penulis tidak berniat menghina Tuhan dan agama lain, tetapi Harun mungkin Tuhan agama yang baru. Jauh sekali zat dan sifat ALLAH SWT.


Di dalam pada itu, 3 pengikut Tuhan Harun menukar pengakuan dari bersalah kepada tidak bersalah di dalam kes  ajaran sesat, mungkin di dalam kes membunuh juga. 

No comments:

Post a Comment