Wednesday 8 January 2014

PUTRAJAYA LARANG BISNES YANG MENYEDIAKAN MINUMAN KERAS, RUMAH URUT DAN PUSAT HIBURAN. SYABAS.



Penulis terkejut yang Putrajaya mempunyai satu dasar Islamik di mana bisnes yang menjamukan minuman keras dan menawarkan perkhidmatan urut dan seks tidak dibenarkan. Syabas.

Mungkin larangan ini terpakai kepada rumah kedai sahaja. Adakah Kedai rangkaian 7-elevan dan kedai serbanika 24jam di beroperasi di Putrajaya  tidak menjual minuman keras juga.?

Bagaimana pulak dengan hotel hotel 5 bintang yang beroperasi di Putrajaya? Penulis tidak pasti hotel hotel (Shagrilla Putrajaya dan Alamanda) tersebut menjual minuman keras kerana penulis tidak pernah ke hotel tersebut?

Putrajaya ini sama seperti Shah Alam sebelum 2008 di mana aktiviti bisnes tidak Islamik ini tidak dibenarkan. Apabila Pakatan Rakyat memerintah, dasar ini berubah 100 peratus. Kes 7 elevan di Shah Alam yang menjual arak pernah di jadikan isu nasional oleh Ahli  Parlimen bukan Islam dan lebih menyedihkan Ahli Parlimen PAS pun menyokong penjualan arak.

Mungkinkah Putrajaya akan menjadi Shah Alam seperti hari ini? Anda semua yang menentukannya.

Dasar Islamik Putrajaya menjadi perhatian ramai kerana ada cadangan Hard Rock Cafe dibuka di sana. Kedatangan orang berkenaan dengan Hard Rock dari Singapura dan Malaysia, berbincang dengan Perbadanan Putrajaya, mengimplikasikan Hard Rock akan di buka tidak lama lagi.

Suasana Putrajaya di waktu malam adalah malap dan `mati’. Mungkin Putrajaya sedang merancang menghidupkan Putrajaya di waktu malam dengan meluluskan restoran Hard Rock Cafe. Cubalah cari program atau aktiviti terdahulu untuk menghidupkan Putrajaya. You can do it!.

Penulis tidak menyangka pulak `cerita minuman keras’ timbul seiring dengan cerita lama perlaksanaan projek Puteri Pan Pacific Johor Bahru oleh JCorp. Seperti yang penulis tuliskan, ramai juga anggota pekerja PKENJ (sekarang JCorp) yang menyokong dan menentang projek ini, malah ada yang menuntut jualan arak tidak dijual di hotel ini. Hukum mengenai arak ini jelas.
http://nasirwise.blogspot.com/2014/01/teringat-haji-mahmud-yang-di-peti-sejuk.html

Ahli Parlimen Putrajaya, Ku Nan telah `responded’ bahawa Hard Rock Cafe boleh dibuka di Putrajaya tetapi kena patuhi peraturan. Ku nan meminta para blogger jangan buat  spekulasi.

Tahniah kepada TH Hotel yang menjalankan bisnes perhotelan tanpa menjual arak.  http://nasirwise.blogspot.com/2013/08/th-hotel-alor-setar-tersergam-indah.html


1 comment:

  1. 24 to 26th October 2015 Moto GP Sepang

    Pakej Marc Marquez, Valentino Rossi, Jorge Lorenzo, Dani Pedrosa
    Menonton Moto GP Sepang International Circuit & Lawatan Putrajaya
    “ Tak Perlu Bayar Minyak / Tol / Parking”
    Pick-up di Airport KLIA / Putrajaya Sentral

    Day 1 - Pick-up di KLIA / Putrajaya Sentral
    - Lawatan Putrajaya :
    1. Kediaman Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri
    2. Putrajaya International Convention Centre (PICC)
    3. Masjid Putra & Masjid Besi (Sultan Mizan)
    4. Millenium Monumen
    - Transfer to Apartment / Hotel

    Day 2 - Menonton Moto GP Sepang International Circuit
    - Transfer to Apartment / Hotel

    Day 3 - Transfer to KLIA / Putrajaya Sentral

    Pakej Termasuk :

    1. Penginapan selama 2 malam
    2. Kenderaan dan Pemandu selama 3 hari
    3. Tiket Hillstand C2 selama 1 hari

    • MYRinggit 500 / Pax * SGDollar 200 / Pax
    • IRupiah 2,000,000 / pax * BruneiDollar 200 / Pax
    • TBaht 5000 / pax
    • Pakej Muslim Dengan Harga Termurah, Tiada Kos Terselindung
    • Booking Fees – RM 50 before 15 September 2015

    Hubungi
    Everplus Tours
    No.1 Jalan P11E/1
    62300 Presint 11, Putrajaya
    Tel : 03-88610284
    HP : SMS : Whatsapp – 0166603469
    CIMB : 80-0159374-5

    ReplyDelete