Thursday 9 January 2014

PAS AKAN HILANG IDENTITINYA JIKA PAKATAN RAKYAT DIDAFTARKAN


Penulis teringat kronologi timbulnya cerita celaru ini. Ia bermula di Parlimen apabila wakil PAS YB Dr Mohd Hatta Ramli bertanya mengenai sistem simple majority (once past the post) berbanding dengan undi popular semasa PRU. PAS mencadangkan Malaysia menggunakan sistem undi popular untuk menentukan kemenangan PRU dan bukannya bilangan kerusi.

Sistem simple majority ini telah digunapakai sejak merdeka 56 tahun yang lalu dan di majoriti negara kommenwel. Pada masa itu, parti PAS atau DAP kalah teruk dari segi bilangan kerusi dan tidak mendapat undi popular, tidak mempersoalkan sistem ini. Baru kali ini di PRU13, yang `gabungan haram Pakatan Rakyat’ mendapat undi popular, mereka minta sistem simple majority (once past the post) di tukar kepada undi popular. YB Menteri Datuk Shahidan Kassim berhujah, di PRU 13 yang lalu, mereka bertanding mengikut parti masing masing (logo masing masing) bukan gabungan. Mereka hanya bermuafakat mengelakkan pertembungan diantara mereka di kebanyakan kawasan.

Datuk Seri Shahidan sarankan mereka mendaftarkan `Pakatan Rakyat’ dahulu tetapi YB Azmin kata Kerajaan tidak meluluskan pendaftarannya. Yang penulis tahu parti parti dalam Pakatan Rakyat belum bersetuju dengan manifesto umum yang menyebabkan Pakatan Rakyat masih belum didaftarkan. Penulis percaya ROS bersedia meluluskan pendaftaran jika menepati kelayakan dan syarat berpasukan.

Sebenarnya ada parti yang gusar dan kuatir yang parti mereka akan hilang kepopularitinya jika bergabung. Matlamat parti mereka akan di `neutralise’kan dan hilang identiti.

YB Datuk Seri Noh Omar menyampuk bagaimana parti parti tersebut boleh bergabung kerana di PRU13 yang lalu, di beberapa kawasan parti parti mereka bertanding sesama mereka.


Mereka hendak Kerajaan BN ikut kerenah dan rentak mereka. Andai kata besok sistem diubah dan mereka kalah undi popular tetapi menang bilangan kerusi, Pakatan Rakyat minta ubah balik sistem lama. Itulah tabiat buruk Anwar Ibrahim dan geng.

1 comment: