Saturday 11 January 2014

KETIDAK`SEPADU’AN MEMBENTERAS CETI HARAM DAN PINJAMAN WANG


Penulis menonton TV yang mempamerkan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berkerja keras menurunkan banner Ah Long atau Pinjaman Wang Berlesen yang di gantong atau di paku dipokok atau di gam di tiang telefon dan elektrik di sekitar Bandaraya Ipoh. Penulis harap bukan sahaja MBI yang ingin membenteras aktiviti haram ini. Jesteru itu seluruh jentera Kerajaan perlu bekerjasama dengan agensi berkenaan di seluruh negara untuk membenteras kegiatan ceti haram. Umum tahu banyak permasalahan yang berlaku kerana meminjam daripada ceti haram.


Malangnya, jika kita membaca Harian METRO dan akhbar lain di bahagian iklan, iklan penawaran pinjaman wang melambak lambak dan bermuka muka. Nampak macam tiada pen`sepadu’an di dalam tindakan membenteras pinjaman haram. Dalam pada MBI dan agensi penguatkuasa lain menentang ceti haram, Surat akhbar pulak menjadikan iklan tersebut sebagai sebahagian daripada sumber pendapatan akhbar tersebut.

Penulis pohon akhbar arus perdana membuat ketetapan untuk memberhentikan  ruang iklan `pinjaman wang berlesen’ secara berperingkat mengikut kontrak. Ada pengiklan telah membayar selama setahun atau 6 bulan.



No comments:

Post a Comment