Friday 3 January 2014

RAFIZI RAMLI SEDANG MEMBINA SOKONGAN DALAM PKR...



Rafizi Ramli lebih menonjol daripada Azmin Ali dari segi publisiti. Rasanya beliau sedang berstrategi untuk diri sendiri walaupun atas platform PKR. Beliau melakukan pendedahan berani di dalam beberapa kes penyelewengan (ada kes di dalam pendakwaan dan ada kes sedang di siasat kesahihannya) seperti National Feedlot Corporation (NFC), Kes penyelewengan Peguam Negara di dalam kes Batu Putih, Pelupusan Aset Negara untuk Menambah Pendapatan Negara dan terkini emel mengenai penggunaan bom semasa Sambutan Tahun Baru dan Perhimpunan Guling Kerajaan.

Beliau sedang di soalsiasat atau dirakam percakapannya mengenai penghantaran dan penerimaan emel daripada Saudara Rahim Ghouse, rakan baik DS Anwar Ibrahim yang erada di luar negara, yang isi kandongan emel tersebut mengandungi penggunaan bom  di lokasi tertentu dan penggunaan huruf C atau choas atau huru hara.

Momentum huruhara yang berlaku di Thailand, Mesir, Syria, Libya, Turki, Bangladesh, Ukraine, Sudan Selatan dan beberapa negara lain, sedang dirancang `merebak’ di Malaysia pulak. Saudara Rahim Ghouse tidak berminat menjadi PM dan bergerak dari belakang ala remote control. Beliau juga bertindak bagi pihak seseorang dan pertubuhan asing. Alhamdulilah, PDRM dan agensi penguatkuasa lain dapat menghidu gerakan sulit mereka.

Saudara Azmin Ali pula mendapat kepopulariti dan perhatian kerana mengkritik MB Selangor (kelemahan pentadbiran dan kenaikan gaji) dan Ketua Umumnya (penerimaan keputusan PRU dan hentikan Perhimpunan Blackout 505. Rakyat menunggu pendedahan Azmin tetapi tidak `menarik atau mengejutkan’.

Ramai juga orang awam ramal Saudara Rafizi, ahli Parlimen Pandan akan di angkat dari Pengarah Strategi PKR kepada salah seorang Naib Presiden PKR dan seterusnya Timbalan Presiden PKR di dalam tempoh 5 tahun. Beliau akan bersaing atau berganding dengan Nurul Izzah di dalam PKR. Azmin semakin kurang popular di kalangan ahli PKR kerana sering menyerang PKR dan mesra UMNO (kurang menyerang BN). Jika ada pemilihan, penyokong MB Selangor tidak akan memberikan sokongan pada Azmin. Berdasarkan demograpi penduduk di Parlimen, Rafizi mempunyai penyokong dan pengundi yang `multi racial’ di kalangan pengundi Pandan, manakala Azmin mendapat sokongan ramai dari pengundi Melayu.


Penulis sendiri meramalkan Rafizi Ramli sedang `position’ diri nya setaraf dengan Ketua Umum. Beliau tidak menentang DS Anwar Ibrahim tetapi ahli PKR sendiri yang akan menjatuhkan DS Anwar Ibrahim.

No comments:

Post a Comment