Tuesday 7 January 2014

SURUH DATUK K.RAJAGOPAL GANTI JURULATIH DAVID MOYES AJE......

SURUH DATUK K.RAJAGOPAL GANTI JURULATIH DAVID MOYES AJE......

Manchester United tewas lagi dan tersingkir awal Piala FA pusingan ketiga. MANU tewas dengan Swansea 2-1 di Old Trafford. Penyokong MANU telah mula bosan dengan David Moyes.

Sebelum ini, penulis telah mencadangkan David Moyes di pecat sebagaimana amalan di UK. Pengurusan MANU nampaknya tidak peka dan bertindak pantas. Pengurusan nya jauh dari tahap terbaik kali ini. David Moyes membeli Falleni dari Everton, yang buruk prestasinya dan sekarang ini terpaksa berehat 6 bulan. MANU perlu membeli barisan pertahanan dan barisan tengah sebagai permulaan. Peruntukkan wang perlu disediakan dan campur tangan Pengurusan Atasan Kelab diwajibkan kerana dikuatiri David Moyes tersilap lagi dengan membeli Falleni kedua.

Penulis risau jika tiada peningkatan prestasi di barisan pertahanan dan tengah, penyerang Robin Van Versie dan Rooney akan meninggalkan MANU. Penulis ramalkan saham MANU akan menjunam turun dan status kelab terkaya akan terhakis tidak lama lagi.


Penulis merasa kalau begitulah prestasi David Moyes, pecat saja. MUNGKIN Datuk K.Rajagopal lebih menyerlah jika diberi peluang berkhidmat di MANU. Beliau mungkin mampu membimbing MANU memperbaiki kedudukan. Dengan status dan pengalaman pemain yang sediada dan pembelian beberapa pemain pertahanan dan tengah, MANU akan berada di Top 5 Liga Perdana Inggeris.

No comments:

Post a Comment