Tuesday, 15 January 2013

KALIMAH ALLAH..PAS BUAT U TURN

Penulis amat meminati membaca ulasan Dato Mufti Kelantan mengenai Kalimah Allah yang disiarkan pada hari Ahad 13 Januari 2013 di dalam Mingguan Malaysia. Pada hari Isnin, Majlis Syura PAS menetapkan Kalimah Allah hanya untuk orang Islam dan ianya bertentangan dengan pendirian Presiden dan Mursyudul Am PAS.
Alhamdulilah, PAS sedar kesilapan mereka.
Penulis percaya da yakin Amanat Haji Hadi Awang juga merupakan kesilapan dan berdosa besar.

Sunday, 13 January 2013

Ubah kerajaan negeri Selangor, kekalkan BN di Putrajaya: Najib

Petang Ahad tadi DS Najib melawat Little India Klang. Sambutan masyarakat India amat membanggakan. Petunjuk bahawa rakyat Selangor semakin menyokong DS Najib dan BN.

Paling respect saranan beliau.

UBAH KERAJAAN SELANGOR DAN KEKAL KERAJAAN PERSEKUTUAN DI PUTRAJAYA.

AIR ASIA DAN PENERBANGAN PERCUMA 1 MALAYSIA

AIR ASIA telah melaksanakan CSRnya terhadap negara dengan memberikan ribuan tempat duduk percuma dan tambang percuma kepada penduduk Sabah & Sarawak untuk melawat Malaysia bagi tujuan integrasi nasional.
Penerbangan pertama yang diketuai oleh DS Najib Razak dan Tan Sri Tony menaiki kapal terbang khas yang dicat dengan tema perpaduan.
Langkah yang baik ini memberikan markah yang tinggi kepada Air Asia dan Tan Sri pada matakaca DS Najib.
Ingatkah lagi di halaman terdahulu mengenai `relocation' ibupejabat dari KLIA ke Jakarta dan `pergaduhan' MAHB dengan Air Asia.
Teruskan usaha murni ini Tan Sri.

MASALAH BEKALAN AIR DI SELANGOR. SALAH SIAPA?



Menjelang PRU13, pihak BN dan PR, masing masing memberikan tekanan kepada pihak lawan. Kedua dua pihak mula mengambil langkah menyerang dan bertahan untuk mepengaruhi fikiran rakyat Selangor supaya menyelebahi pihak mereka.
BN berkata bekalan air rawatan semakin menyusut dan ada kewajaran untuk membina logi baru seperti Loji Rawatan Air Langat 2. Sebelum Selangor di ambilalih PR, perancangan berjalan lancar tanpa gangguan. Kelulusan peringkat majlis perbandaran di perolehi serta kerjasama Kerajan Negeri Pahang dan Selangor diberikan. Tetapi apabila PR mengambilalih Selangor, projek ini menjadi sukar dan tergendala. Alasannya kos projek terlalu tinggi dan projek kroni, walaupun kos ini dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan BN telah menegaskan bahawa krisis air yang teruk akan berlaku di dalam setahun dua ini jika Loji Rawatan Air Langat 2 tidak dilaksanakan dan disiapkan dengan segera. Belum sempat menunggu 2 tahun, krisis air telah berlaku apabila berlakunya kerosakan rumah pam, yang mengakibatkan bekalan air terputus di sebahagian kawasan di Lembah Klang. Permasalahan ini dilihat oleh PR sebagai strategi BN untuk membuat rakyat marah kepada Kerajaan Selangor. TV1,TV2 dan TV3 menayangkan keresahan dan kemarahan rakyat khasnya warga emas yang perlu mengangkat baldi baldi meniti tangga.
Maka timbullah `tuding menuding’ atau `salah menyalahi’ antara pihak pihak yang terlibat. Kerajaan Selangor menyalahkan Syabas kerana gagal mengagihkan bekalan air dengan baik. Ahli Parlimen PKR pula akan menghantar nota bantahan kepada Syabas yang gagal membekal air ke kawasannya. Rafizi pula menyalahkan Syabas, UMNO dan PM (Pengerusi Perhubungan Selangor). Kerajaan Selangor pula diberitakan akan mengambil tindakan undang undang terhadap Syabas. Kerajaan Selangor mengugut Syabas yang kontraknya akan dibatalkan dan akan mengambilalih sepenuhnya operasi bekalan air di Selangor. Mereka ingin melakukan seperti perkhidmatan Alam Flora di dalam kontrak pembersihan sampah di Selangor.
Rakyat Selangor sedang menghadapi masalah pengutipan sampah sarap ekoran daripada pengambilalih kontrak Alam Flora. Longgokan sampah di taman perumahan terbiar dan tidak terangkat. Didapati Kerajaan Selangor tidak bersedia memberikan perkhidmatan dengan lebih sempurna dan baik daripada Alam Flora. Agak ramai juga rakyat Selangor menganggap Kerajaan Selangor sebagai `tikus membaiki labu’ di dalam hal pengurusan pengutipan sampah di Selangor.
Kerajaan Selangor atau PKR diminta menumpukan penyelesaian masalah rakyat Selangor dan jangan asyik sibok dengan isu Najib sakit atau Najib dan Muhyiddin tidak sehaluan, isu Rosmah pergi luar negeri dan cincin jutaan ringgit, hal UMNO lemah serta BN berpecah.
Rakyat Selangor diharap sudah belajar daripada pengalaman di bawah pentadbiran PR. Menifasto ibu tunggal tidak berbayar, janji air percuma  dimungkiri, elaun pelajaran untuk pelajar taska tidak tertunai, bekalan air terputus putus manakala sampah sarap tidak terurus menjadi igauan ramai penduduk taman perumahan.
Lawatan DS Najib ke Semenyih baru baru ini, turut menegur Kerajaan Selangor bahawa air adalah keperluan rakyat dan tidak perlu dipolitikkan.

Monday, 7 January 2013

DAP..BUKAN PARTI BERBILANG BANGSA..PULAU PINANG..GUAN ENG



Pemimpin DAP kerap melaungkan slogan parti yang Competence Accountable and Transparency  serta multi racial party. Tiga minggu lepas DAP telah mengadakan Perhimpuan Agungnya di Pulau Pinang.  Di dalam perhimpuan tersebut, di adakan pertandingan untuk Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC). Keputusannya tiada seorang pun wakil Melayu yang dipilih para perwakilan yang majoritinya berbangsa Cina. Begitulah sikap sebenarnya para perwakilan dan ahi DAP yang tidak akan memilih wakil bangsa Melayu menjadi pemimpin dalam DAP. Penulis intrepatasikan tindakan mereka sama jika ditakdirkan DAP memerintah Malaysia. Akan tiada pemimpin DAP Melayu di angkat mengisi jawatan penting dalam Kerajaannya dan bilangannya mesti kecil. Tetapi pemimpin Melayu seperti Zairil Khir Johari dan lain tidak sepandai dan bersifat kemelayuan Tuanku Aziz.

DAP menerima banyak kecaman dari parti politik yang meng`confirm’kan DAP bukan parti `Multi Racial’. Tiba bila DAP, sebuah parti anak beranak yang dikatakan pandai dan cekap mentadbir, mendedahkan ada kesilapan didalam pengiraan kertas undi untuk jawatan CEC. Pemimpin Melayu, Zairil, Setiausaha Politik Lim Guan Eng, yang tidak tersenarai dahulu, kini menduduki tangga ke 20 (slot terakhir jawatan CEC). Pengarah Pilihanraya DAP mengakui  silap membuat perkiraan. Atas alasan bertanggongjawab di atas kesilapan tersebut, beliau meletakkan jawatan.

Tun Mahathir mengulas dengan baik dan logik sekali. Jika mengira undi yang senang pun salah dan silap, bagaimana DAP boleh mentadbir negara Malaysia. Zimbabwe bolehlah.

DAP dan Guan Eng amat berani membuat pencaturan politik dengan mengubah keputusan namum semuanya `calcilated’. Presapsi DAP parti berbilang kaum lebih mustahak daripada kesilapan pentadbiran pilihanraya DAP mereka. Sudah ada suara suara telah bertanya bagaimana pula dengan undi yang diperolehi oleh Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan ramai lagi. Tabiat buruk DAP ini jika diamalkan amat bahaya kepada Malaysia. Keputusan PRU boleh diubah dan ada sahaja jawapan dia. Buat bodoh je.
DAP menghadapi  banyak isu sejak sebulan dua ini. Isu gelaran Datuk yang diterima oleh pemimpin DAP Perak oleh Karpal Singh menguris hati orang Melayu. Ia diburukkan lagi kenyataan Lim Guan Eng yang mahukan kalimah ALLAH digunakan untuk pengangut Kristian. Tidak habis dengan itu, Datuk Nga dan sekutu melalui Upaya Padu Plantation telah menguasai tanah 10,000 ekar di Gua Musang dengan kos RM30juta. Diberitakan, urusniaga tersebut ialah untuk membalas jasa DAP Perak yang memberi laluan kepada PAS menjadi MB Perak suatu masa dulu.
Kesemua isu isu politik ini jika di `serang’ dengan teratur oleh BN, ia boleh membantu kemenangan BN di dalam PRU 13 akan datang.

ATM..TEMENGGONG KANANG ANAK LANGKAU DAN MAT SABU



ATM akhirnya telah mengalahkan Kelantan melalui sepakan penalti di dalam Pertandingan Piala Sultan Ahmad Shah pada malam 5 hb Januari, Sabtu yang lalu di Stadium Shah Alam. Tahniah kepada ATM dan boleh disifatkan sebagai misi membalas dendam. Permulaan yang baik buat ATM yang akan mengharungi Liga Super 2013 ini. Penulis menganggap ATM bukan saja gah mempertahankan negara malah bergaya di arena sukan. Tahniah kepada Pengurusan dan Pemain ATM.
Kejayaan ATM di dalam arena bolasepak Negara juga harus ditujukan kepada pahlawan Negara, mendiang Datuk Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau yang meninggal dunia baru baru ini. Beliau telah diberikan Upacara Penghormatan pada hari Sabtu dan Pengkebumian Negara pada hari Ahad. Besar sunggoh peranan beliau mempertahankan Negara dari ancaman komunis. Penulis terbaca beliau sungguh berani dan turut cedera di dalam pertempuran dengan komunis.
Negara mengiktiraf Mendiang Datuk Temenggong Kanang sebagai pahlawan tetapi ada  segelintir masyarakat khasnya Mat Sabu dan pengikut pengikutnya berkata sebaliknya. Komunislah sebenarnya penuntut kemerdekaan Negara.
Semoga Negara Malaysia terselamat daripada ancaman manusia berfikiran seperti Mat Sabu. Amin 

Tuesday, 1 January 2013

BN MUNGKIN MENAMAKAN CALON PRU13 LEBIH AWAL

Tahun lepas, Setiausaha Agong UMNO, DS Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangkan BN/UMNO mengumumkan nama bakal calon PRU13 dengan lebih awal lagi. Beliau mengulas yang dengan penamaan awal, ia membantu para pengundi mengenali bakal wakil rakyatnya.
Penulis ingin melontarkan persoalan iaitu berapakah tempoh yang sesuai diperlukan oleh BN/UMNO untuk menamakan calonnya. 1 bulan? 2 bulan atau 3 bulan?. Dikatakan Parlimen mesti dibubarkan selewat lewatnya bulan April 2013 ini. Ini bermakna mahu tidak mahu, penamaan nama calon perlu di lakukan di dalam tempoh 4 bulan ini.
Penulis pernah mencadangkan keadah memilih bakal calon wakil rakyat di dalam salah satu penulisannya. Ringkasnya adalah seperti berikut.
Setiap bahagian (andaian DUN tersebut di rezabkan kepada UMNO) dikendalikan leh UMNO Bahagian tersebut. mereka mesti menetapkan 5 atau 6 daripada ahli jawatankuasanya (dari Pengerusi Tetap hingga ke Pemeriksa Kira Kira) calon berpotensi untuk menjadi calon wakil rakyat.
Calon calon ini mesti diuji dengan diberikan tugas tugas termasuklah membantu tugas wakil rakyat yang sedang berkhidmat di DUN tersebut.
Calon calon juga akan diberikan tugasan supaya kemahiran calon dapat diasuh dan diasah untuk menyelesaikan masalah setempat. Tugasan boleh di dalam banyak bentuk termasuklah aktiviti kesukanan dan kemasyarakatan. Menguruskan sebuah kelab sukan bolasepak dengan jayanya adalah satu contoh pengurusan. Memberi latihan kepada belia belia supaya menjadi barisan mekanik yang baik dan berjaya dalam perniagaan juga contoh pengurusan yang baik. Menguruskan pasukan Qasidah dan bertanding di peringkat Kebangsaan juga contoh pemimpin yang berjaya. Menguruskan perjumpaan dengan rakyat dengan kos yang rendah tetapi sambutan luar biasa, boleh disebabkan oleh keakraban dengan rakyat dan kemahiran menguruskan aktiviti.
Setiap awal tahun, prestasi calon calon di`postmortem'. Selain daripada laporan bertulis dari calon calon mengenai aktiviti, kerja dan pencapaian mereka, wakil rakyat sedia ada atau Pengurusan Atasan UMNO negeri perlu mendapatkan `feedback' daripada rakyat setempat. Setiap aktiviti akan diberikan markah dan ia seumpama `performance appraisal' atau KPI yang lebih melibatkan ramai pihak, bukan `majikan' sahaja.
Penamaan nama calon lebih awal ada pro dan contranya. YB Raja Nong Cik dan DS Chua Soi Lek ada memberikan pandangan. Yang baiknya ia memberikan masa untuk calon dikenali dan buruknya pula ia memberikan waktu untuk pen`sabotaj' parti.
Cadangan penulis ialah ditetapkan nama calon calon dengan lebih awal lagi dan ditaksir semacam `succession plan' atau kesemabongan kepimpinan seperti Presiden Partidengan Timbalan Presiden Parti.
Semoga mendapat maklumbalas dari para politikus sekalian.

Selamat Tahun Baru 2013

Penulis mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada sahabat handai khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
Kepada sahabat handai, semoga tahun 2013 tahun yang lebih sejahtera dunia dan akhirat. Kepada ahli perniagaan, semoga keuntungan dapat dicapai. 
Ahli politik pula diharapkan akan lebih berjaya berkhidmat kepada rakyat. tanpa mengira masa.

Selamat Mensejahterakan Rakyat dan Memakmurkan Negara Malaysia wahai Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin serta barisan kabinetnya, juga kepimpinan Negeri.