Tuesday, 1 January 2013

BN MUNGKIN MENAMAKAN CALON PRU13 LEBIH AWAL

Tahun lepas, Setiausaha Agong UMNO, DS Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangkan BN/UMNO mengumumkan nama bakal calon PRU13 dengan lebih awal lagi. Beliau mengulas yang dengan penamaan awal, ia membantu para pengundi mengenali bakal wakil rakyatnya.
Penulis ingin melontarkan persoalan iaitu berapakah tempoh yang sesuai diperlukan oleh BN/UMNO untuk menamakan calonnya. 1 bulan? 2 bulan atau 3 bulan?. Dikatakan Parlimen mesti dibubarkan selewat lewatnya bulan April 2013 ini. Ini bermakna mahu tidak mahu, penamaan nama calon perlu di lakukan di dalam tempoh 4 bulan ini.
Penulis pernah mencadangkan keadah memilih bakal calon wakil rakyat di dalam salah satu penulisannya. Ringkasnya adalah seperti berikut.
Setiap bahagian (andaian DUN tersebut di rezabkan kepada UMNO) dikendalikan leh UMNO Bahagian tersebut. mereka mesti menetapkan 5 atau 6 daripada ahli jawatankuasanya (dari Pengerusi Tetap hingga ke Pemeriksa Kira Kira) calon berpotensi untuk menjadi calon wakil rakyat.
Calon calon ini mesti diuji dengan diberikan tugas tugas termasuklah membantu tugas wakil rakyat yang sedang berkhidmat di DUN tersebut.
Calon calon juga akan diberikan tugasan supaya kemahiran calon dapat diasuh dan diasah untuk menyelesaikan masalah setempat. Tugasan boleh di dalam banyak bentuk termasuklah aktiviti kesukanan dan kemasyarakatan. Menguruskan sebuah kelab sukan bolasepak dengan jayanya adalah satu contoh pengurusan. Memberi latihan kepada belia belia supaya menjadi barisan mekanik yang baik dan berjaya dalam perniagaan juga contoh pengurusan yang baik. Menguruskan pasukan Qasidah dan bertanding di peringkat Kebangsaan juga contoh pemimpin yang berjaya. Menguruskan perjumpaan dengan rakyat dengan kos yang rendah tetapi sambutan luar biasa, boleh disebabkan oleh keakraban dengan rakyat dan kemahiran menguruskan aktiviti.
Setiap awal tahun, prestasi calon calon di`postmortem'. Selain daripada laporan bertulis dari calon calon mengenai aktiviti, kerja dan pencapaian mereka, wakil rakyat sedia ada atau Pengurusan Atasan UMNO negeri perlu mendapatkan `feedback' daripada rakyat setempat. Setiap aktiviti akan diberikan markah dan ia seumpama `performance appraisal' atau KPI yang lebih melibatkan ramai pihak, bukan `majikan' sahaja.
Penamaan nama calon lebih awal ada pro dan contranya. YB Raja Nong Cik dan DS Chua Soi Lek ada memberikan pandangan. Yang baiknya ia memberikan masa untuk calon dikenali dan buruknya pula ia memberikan waktu untuk pen`sabotaj' parti.
Cadangan penulis ialah ditetapkan nama calon calon dengan lebih awal lagi dan ditaksir semacam `succession plan' atau kesemabongan kepimpinan seperti Presiden Partidengan Timbalan Presiden Parti.
Semoga mendapat maklumbalas dari para politikus sekalian.

No comments:

Post a Comment