Sunday 13 January 2013

MASALAH BEKALAN AIR DI SELANGOR. SALAH SIAPA?



Menjelang PRU13, pihak BN dan PR, masing masing memberikan tekanan kepada pihak lawan. Kedua dua pihak mula mengambil langkah menyerang dan bertahan untuk mepengaruhi fikiran rakyat Selangor supaya menyelebahi pihak mereka.
BN berkata bekalan air rawatan semakin menyusut dan ada kewajaran untuk membina logi baru seperti Loji Rawatan Air Langat 2. Sebelum Selangor di ambilalih PR, perancangan berjalan lancar tanpa gangguan. Kelulusan peringkat majlis perbandaran di perolehi serta kerjasama Kerajan Negeri Pahang dan Selangor diberikan. Tetapi apabila PR mengambilalih Selangor, projek ini menjadi sukar dan tergendala. Alasannya kos projek terlalu tinggi dan projek kroni, walaupun kos ini dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan BN telah menegaskan bahawa krisis air yang teruk akan berlaku di dalam setahun dua ini jika Loji Rawatan Air Langat 2 tidak dilaksanakan dan disiapkan dengan segera. Belum sempat menunggu 2 tahun, krisis air telah berlaku apabila berlakunya kerosakan rumah pam, yang mengakibatkan bekalan air terputus di sebahagian kawasan di Lembah Klang. Permasalahan ini dilihat oleh PR sebagai strategi BN untuk membuat rakyat marah kepada Kerajaan Selangor. TV1,TV2 dan TV3 menayangkan keresahan dan kemarahan rakyat khasnya warga emas yang perlu mengangkat baldi baldi meniti tangga.
Maka timbullah `tuding menuding’ atau `salah menyalahi’ antara pihak pihak yang terlibat. Kerajaan Selangor menyalahkan Syabas kerana gagal mengagihkan bekalan air dengan baik. Ahli Parlimen PKR pula akan menghantar nota bantahan kepada Syabas yang gagal membekal air ke kawasannya. Rafizi pula menyalahkan Syabas, UMNO dan PM (Pengerusi Perhubungan Selangor). Kerajaan Selangor pula diberitakan akan mengambil tindakan undang undang terhadap Syabas. Kerajaan Selangor mengugut Syabas yang kontraknya akan dibatalkan dan akan mengambilalih sepenuhnya operasi bekalan air di Selangor. Mereka ingin melakukan seperti perkhidmatan Alam Flora di dalam kontrak pembersihan sampah di Selangor.
Rakyat Selangor sedang menghadapi masalah pengutipan sampah sarap ekoran daripada pengambilalih kontrak Alam Flora. Longgokan sampah di taman perumahan terbiar dan tidak terangkat. Didapati Kerajaan Selangor tidak bersedia memberikan perkhidmatan dengan lebih sempurna dan baik daripada Alam Flora. Agak ramai juga rakyat Selangor menganggap Kerajaan Selangor sebagai `tikus membaiki labu’ di dalam hal pengurusan pengutipan sampah di Selangor.
Kerajaan Selangor atau PKR diminta menumpukan penyelesaian masalah rakyat Selangor dan jangan asyik sibok dengan isu Najib sakit atau Najib dan Muhyiddin tidak sehaluan, isu Rosmah pergi luar negeri dan cincin jutaan ringgit, hal UMNO lemah serta BN berpecah.
Rakyat Selangor diharap sudah belajar daripada pengalaman di bawah pentadbiran PR. Menifasto ibu tunggal tidak berbayar, janji air percuma  dimungkiri, elaun pelajaran untuk pelajar taska tidak tertunai, bekalan air terputus putus manakala sampah sarap tidak terurus menjadi igauan ramai penduduk taman perumahan.
Lawatan DS Najib ke Semenyih baru baru ini, turut menegur Kerajaan Selangor bahawa air adalah keperluan rakyat dan tidak perlu dipolitikkan.

1 comment:

  1. Salam semua,

    Sebagai menjawab persoalan di atas, silakan membaca tulisan saya, "Memahami sistem perbekalan air di Lembah Kelang dan Projek Langat 2 serta isu-isu berkaitan".

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html

    ReplyDelete