Pemimpin DAP kerap melaungkan
slogan parti yang Competence Accountable and Transparency serta multi racial party. Tiga minggu lepas
DAP telah mengadakan Perhimpuan Agungnya di Pulau Pinang. Di dalam perhimpuan tersebut, di adakan
pertandingan untuk Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC). Keputusannya tiada seorang
pun wakil Melayu yang dipilih para perwakilan yang majoritinya berbangsa Cina.
Begitulah sikap sebenarnya para perwakilan dan ahi DAP yang tidak akan memilih
wakil bangsa Melayu menjadi pemimpin dalam DAP. Penulis intrepatasikan tindakan
mereka sama jika ditakdirkan DAP memerintah Malaysia. Akan tiada pemimpin DAP
Melayu di angkat mengisi jawatan penting dalam Kerajaannya dan bilangannya
mesti kecil. Tetapi pemimpin Melayu seperti Zairil Khir Johari dan lain tidak
sepandai dan bersifat kemelayuan Tuanku Aziz.
DAP menerima banyak kecaman dari
parti politik yang meng`confirm’kan DAP bukan parti `Multi Racial’. Tiba bila
DAP, sebuah parti anak beranak yang dikatakan pandai dan cekap mentadbir,
mendedahkan ada kesilapan didalam pengiraan kertas undi untuk jawatan CEC.
Pemimpin Melayu, Zairil, Setiausaha Politik Lim Guan Eng, yang tidak tersenarai
dahulu, kini menduduki tangga ke 20 (slot terakhir jawatan CEC). Pengarah
Pilihanraya DAP mengakui silap membuat
perkiraan. Atas alasan bertanggongjawab di atas kesilapan tersebut, beliau
meletakkan jawatan.
Tun Mahathir mengulas dengan baik dan logik sekali. Jika mengira undi yang senang pun salah dan silap, bagaimana DAP boleh mentadbir negara Malaysia. Zimbabwe bolehlah.
DAP dan Guan Eng amat berani
membuat pencaturan politik dengan mengubah keputusan namum semuanya
`calcilated’. Presapsi DAP parti berbilang kaum lebih mustahak daripada
kesilapan pentadbiran pilihanraya DAP mereka. Sudah ada suara suara telah
bertanya bagaimana pula dengan undi yang diperolehi oleh Lim Kit Siang, Lim
Guan Eng, Karpal Singh dan ramai lagi. Tabiat buruk DAP ini jika diamalkan amat
bahaya kepada Malaysia. Keputusan PRU boleh diubah dan ada sahaja jawapan dia.
Buat bodoh je.
DAP menghadapi banyak isu sejak sebulan dua ini. Isu gelaran
Datuk yang diterima oleh pemimpin DAP Perak oleh Karpal Singh menguris hati
orang Melayu. Ia diburukkan lagi kenyataan Lim Guan Eng yang mahukan kalimah
ALLAH digunakan untuk pengangut Kristian. Tidak habis dengan itu, Datuk Nga dan
sekutu melalui Upaya Padu Plantation telah menguasai tanah 10,000 ekar di Gua
Musang dengan kos RM30juta. Diberitakan, urusniaga tersebut ialah untuk
membalas jasa DAP Perak yang memberi laluan kepada PAS menjadi MB Perak suatu
masa dulu.
Kesemua isu isu politik ini jika
di `serang’ dengan teratur oleh BN, ia boleh membantu kemenangan BN di dalam
PRU 13 akan datang.
No comments:
Post a Comment