Thursday, 31 July 2014

PRA SYARAT PERPADUAN DARI PERSPEKTIF DAP


Orang Melayu, amnya mahukan perpaduan suatu masa lalu. Tetapi penulis ingin tegaskan bahawa semakin ramai orang Melayu sudah bosan dengan orang Cina kerana sifat rasis, pembelotan dan pengkhianatan.Tiada perpaduan atau tidak berkawan dengan orang Cina pun tidak mengapa atau tidakmustahak lagi keran orang Melayu boleh hidup juga.
Benar kata Tun Hamid, orang Cina mahu perpaduan bersyarat. Pendekatan Perpaduan mereka seperti ugutan dan bisnes. Mereka mahu hak yang sama dan kebebasan sepenuhnya yang dimiliki oleh orang Melayu. Sejarah dan Perlembagaan Malaysia sudah tidak terpakai.
Tun Hamid meng`list’kan mereka mahukan hak yang sama dari segi kuota perkhidmatan awam, biasiswa, dansiswa, keistemewaan pendidkan dan latihan, permit, lesen dan sebagainya dihapuskan. Pendidkan harus berdasarkan merit dan kemasukan UiTM perlu dibuka kepada mereka. Jika pendidikan berdasarkan merit, orang Cina akan membelot 90 peratus kerusi atau tempat di dalam Universiti kerana mereka lebih layak disebabkan kemampuan menghantar tuisyen, pembelian buku, pemakanan dan sebagainya.
Islam adalah agama persekutuan tetapi selepas 50 tahun, mereka mahu hak agama yang sama. Kristian boleh disebarkan kepada Melayu secara halus dan peruntukan kuil dan gereja harus sama dengan peruntukan masjid.
Tun Hamid terus menanya samada mereka mahu menghapuskan apa yang ada pada orang Melayu tetapi mereka tidak mahu melepaskan apa yang ada pada mereka. Sanggupkah syarat kerakyatan yang diberikan dahulu dikaji semula? Sanggupkah syarikat-syarikat milik mereka dibuka kepada orang Melayu, baik sebagai pemilik saham, ahli Lembaga atau pengurusan atasan?
Sumber
http://www.tunabdulhamid.my/index.php/speech-papers-lectures/item/726-mempertahankan-prlembagaan-sebagai-asas-perpaduan-negara

TRAGEDI MH370, TRAGEDI MH17, TRAGEDI HOKI MALAYSIA


Peminat sukan hoki Malaysia dikejutkan dengan prestasi pasukan hoki lelaki Malaysia yang sedang beraksi di Sukan Komanwel Glasgow 2014. Malaysia tewas dengan England 1-8 dan yang menjadi tragedi ialah kekalahan kepada Trinidad dan Tobago 2-4. Umum tahu negara Trinidad & Tobago merupakan sebuah negara yang lemah di dalam sukan hoki. Mungkin negara ini mengunakan pelari pecut di dalam pasukannya untuk menjaringkan gol secara larian solo.

Pada penulis kekalahan ini juga tragedi buruk kepada negara Malaysia.

http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140731/su_01/Tak-sepatutnya-jadi-medan-ujian

Wednesday, 30 July 2014

PAS DULU DAN PAS SEKARANG JAUH BERBEZA


PAS sebelum kemerdekaan Tanah Melayu sangat perihatin tentang nasib orang Melayu dan agama Islamnya. Sebab itu PAS menuntut daripada British agar Melaka dan Pulau Pinang menjadi Negeri Tanah Melayu dan bukannya Negeri Selat demi menjaga hak Melayu dan Islam. Malah PAS menentang penubuhan Malaysia kerana takut kiranya orang Melayu akan hilang kuasa politik dan agama Islam akan tergugat. Itu lah semangat perjuangan PAS dari segi bangsa dan agama zaman dahulu.

Tetapi PAS zaman sekarang mementingkan Putrajaya daripada perjuangan Islam. Mereka sanggup `berkawan dan berkompolot' dengan perosak agama Islam dan Melayu demi mendapatkan tempat di dalam politik Malaysia. PAS sanggup membenarkan Kalimah Allah di gunakan oleh penganut Kristian Katolik dengan alasan yang tidak kukuh dan contoh yang tidak munasabah. Serbuan ke atas sebuah Gereja yang cuba mengkrsitiankan orang Melayu di bantah oleh PAS. Malah seorang Pemimpin (ada ramai lagi) yang menjadi jurucakap puak Kristian dan membela mereka. 

PAS mengiktiraf pemimpin yang rendah moralnya. Mahkamah telah mensabitkan kesalahan meliwat terhadapnya. Pemimipin ini walaubagaimana pun tidak mengaku salah dan terus mempertahankan benang basah. Atas dendam kepada Tun Dr Mahathir dan UMNO/BN, beliau sanggup bersahabat baik dengan Zionist dan pemimpin Amerika yang pro Yahudi dan DAP untuk menjahamkan hak Melayu dan kesucian Islam. Pemimpin PAS sekarang tidak merasa risau dengan ketaksuban penyokong dan pengundi PAS yang berjemaah ingin menjatuhkan UMNO dan BN. UMNO/BN sebenarnya telah membawa Malaysia ke persada dunia dan dihormati oleh dunia Islam. Penulis rasa jika PAS buat U Turn sekali pun (keluar daripada Pakatan Rakyat), ahli dan penyokong PAS tidak boleh di selamatkan ketaksubannya untuk meninggalkan Pakatan Rakyat. Mereka sudah sebati dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Mereka sudah menyukai amalan hidup demonstrasi, hidup tegang dan mendampini fitnah serta guling guling.

Pemimipin Melayu dan Islam khasnya PAS hendaklah bersatu dalam mempertahankan kepentingan bangsa, agama dan negara, dengan mempertahankan peruntukan Perlembagaan Malaysia yang yang sedia ada. 

Menurut Tun Hamid, caranya ialah dengan menguatkan Kerajaan Persekutuan. PAS patulah bekerjasama dengan UMNO dan BN di peringkat pusat. Di peringkat negeri ia boleh kekal seperti sekarang. Tun Hamid membuat seruan ini kerana Tun percaya bahawa dalam keadaan sekarang, mengikut hemat Tun, itu sahaja cara yang boleh kita mempertahankan Perlembagaan dan kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.

Penulis syorkan artikel ini di baca bersama dengan artikei tulisan Datuk Seri Salleh Said Keruak seperti http://sskeruak.blogspot.com/2014/07/menyelami-perjuangan-pas.html yang menerangkan sejarah penubuhan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat, delima PAS yang ingin memperjuangkan Islam atau memenangi pilihanraya, perhubungan parti PKR, DAP dan PAS,perlaksanaan Hudud di Terengganu, sebab sebab Pakatan Rakyat kalah PRU 2004 dan kejayaan besar Pakatan rakyat 2008 dan banyak lagi.

Tulisan Salleh Said Keruak adalah seperti di bawah:-


MENYELAMI PERJUANGAN PAS

Oleh SSK

Sarjana barat Islam yang sering dirujuk sebagai 
'orientalis' dan kadang-kadang sebagai 'apologis 
Islam' berhujah bahawa Islam adalah agama yang
 sering disalah fahami. Dengan cara yang 
sebahagiannya benar dan semangat yang sama
 kita mungkin boleh juga mengatakan bahawa PAS
 adalah parti Islam yang disalah fahami.

Mengimbas kembali peristiwa 1999 apabila idea 
gabungan empat pembangkang antara PKN 
(kini dikenali sebagai PKR), DAP, PAS dan 
PRM (kini bergabung dengan PKR) diilhamkan, jelas
 sekali amat sukar untuk meraih sokongan PAS
 untuk bersetuju dengan platform yang sama. PKN.
DAP dan PRM mahu mewujudkan Barisan Alternatif, satu gabungan yang bergerak
 atas landasan sekular, namun PAS menegaskan bahawa agenda Islam parti itu dikekalkan
 dan tidak digugurkan.

Selain itu, terdapat juga pertelingkahan mengenai pembahagian kerusi dan setiap
 pihak mahu bertanding sebahagian besar kerusi. Terdapat banyak tuntutan kerusi
 yang 'bertindih' dan dekat sebulan sebelum pilihan raya umum November 1999,
 terdapat "cakap-cakap" bahawa idea gabungan itu akan digugurkan dan setiap
 pihak menyertai pilihan raya secara bersendirian.

Hanya pada saat-saat akhir PAS akhirnya mengalah dan bersetuju untuk menyertai 
gabungan parti pembangkang tersebut. Ini adalah hasil hubungan baik Allahyarham
 Ustaz Fadzil Noor dengan Anwar Ibrahim. Jika ia ditinggalkan kepada 
Ustaz Abdul Hadi Awang, yang tidak menyukai Anwar, PAS akan bertanding sendirian
 yang mungkin menyaksikan persaingan tiga atau empat penjuru (atau lebih) 
berdepan dengan Barisan Nasional (BN), DAP, PRM dan PKN.

PAS diberitahu bahawa ia perlu kurang berdakwah atau menjalankan gerakan dakwah
 dan lebih kepada sebuah parti politik. Oleh itu, sebagai sebuah parti politik, ia
 perlu memberi tumpuan kepada usaha memenangi pilihan raya umum. Ramai 
pemimpinn dalam PAS, bagaimanapun, terutama puak ulama yang merasakan 
bahawa memenangi pilihan raya tidak sama pentingnya dengan menyebarkan Islam
 yang mereka ingin perjuangkan.

"Kami tidak bimbang tentang memenangi pilihan raya," kata Mustafa Ali. 
"Kami mahu berkhidmat atau memperjuangkan Islam."

Pemimpin lain PAS pula berhujah bahawa PAS perlu terlebih dahulu memenangi 
pilihan raya dan kemudian selepas ditakdirkan berkuasa ia boleh memberi tumpuan 
kepada penyebaran Islam.

Dengan kuasa yang ada, PAS boleh melakukan banyak perkara untuk Islam yang 
tidak boleh dilakukan jika ia tidak berkuasa. Ini bermakna PAS perlu mengambil
kuasa dulu dan kemudian berkhidmat kepada Islam.

Dengan perancangan itu bermain dalam fikiran mereka, PAS bersetuju untuk 
memberi tumpuan kepada memenangi pilihan raya dan meletakkan agenda Islam ke 
belakang sehingga mereka mempunyai kuasa yang cukup untuk melakukan apa yang 
mereka rancang. 
Sebab itu, tidak lama selepas PAS mengambil alih kuasa di Terengganu pada tahun
 1999, mereka cuba untuk melaksanakan hukum Hudud di negeri itu, seperti apa
 yang mereka cuba lakukan sembilan tahun yang lebih awal sebaik mereka mengambil
 alih kuasa di Kelantan pada tahun 1990.

Kedegilan PAS untuk meneruskan agenda Islam menyebabkan perpecahan Barisan 
Alternatif selepas 1999. Tetapi PAS tidak peduli tentang perkara itu. Bagi PAS,
 Islam perlu diutamakan dan walaupun ini menyebabkan kehilangan kuasa politik,
 namun ia bukan perkara besar selagi agenda Islam di dua negeri Melayu Kelantan
 dan Terengganu dipertahankan.

Sepatutnya PAS boleh dengan mudah mundur atau menarik balik rang undang-undang 
Hudud di Dewan Undangan Negeri Terengganu dan menyelamatkan gabungan itu tetapi
 PAS enggan berbuat demikian. Islam tidak boleh dikompromi untuk apa-apa 
keuntungan lain, walaupun demi kuasa politik.

Pilihan raya umum 2004 merupakan satu bencana bagi pembangkang. Namun, pada 
pilihan raya umum 2008 pembangkang bangkit semula di bawah satu gabungan 
baru yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Pada pilihan raya umum 2013, mereka
 terus berjaya dan Umno dan Barisan Nasional (BN) dilihat berada di kedudukan
 "paling lemah" sejak 1969.

Jadi sekarang sudah tiba masanya untuk PAS untuk memulihkan agenda Islamnya.
 Ramai dalam PAS merasakan bahawa parti itu telah menyimpang daripada perjuangan
 Islam dan telah lupa agenda Islamnya. Ramai mengadu bahawa PAS terlalu 
memberi tumpuan kepada kuasa politik dan tidak memberi tumpuan yang cukup 
pada Islam. Mereka berhujah PAS kini kelihatan seperti sebuah parti sekular.

Sebab itu, kita melihat perkembangan semasa dan perbezaan pendapat dalam
 Pakatan Rakyat. Walaupun DAP dan PKR mahu terus agenda sekular, puak ulama 
PAS mahu kembali ke perjuangan asalnya untuk Islam.

Perbezaan pendapat semasa dalam Pakatan Rakyat, khususnya yang melibatkan PAS,
 adalah semata-mata perang fahaman antara fundamentalis dan fahaman liberal. 
Secara kebetulan, yang liberalists juga lebih mendokong perjuangan Anwar. 
Oleh itu, apabila ulama atau puak fundamentalis menentang Anwar, ia 
benar-benar menghantar mesej kepada puak liberal bahawa "ulama" yang mempunyai
kata putus

sumber:
http://sskeruak.blogspot.com/2014/07/menyelami-perjuangan-pas.html

Tuesday, 29 July 2014

DR HATTA RAMLI: BEKERJASAMA DENGAN UMNO? I AM OUT



Pas jelas kontroversi Whatsapp - Pendapat - Sinar Harian


Seperti yang ramai sedia maklum, para AJK PAS PUSAT sedang membincangkan, secara informal,  isu berkaiatan dengan kedudukan MB Selangor dan sokongan PAS agar TS Khalid Ibrahim di kekalkan. Sokongan   Tuan Guru Haji Hadi Awang dan PAS itu telah dipertahan oleh Tuan Guru Nik Aziz.


Ekoran daripada itu, PAS Selangor akan membuat ketetapan yang sama untuk memberikan talian hayat kepada TS Khalid yang sedang di desak oleh partinya sendiri PKR agar letak jawatan. Kemungkinan besar, TS Khalid akan pertahankan jawatanya atas sebab prinsip.


PAS sedang bersedia andaikata di usulkan USUL TIDAK PERCAYA di Dewan Undangan Selangor oleh PKR, bagaimana hendak bertindak selaras dengan ketetapan PAS PUSAT. PAS mesti mendapatkan simple majoriti iaitu 29 ahli DUN menyoong melalui 15 kerusi PAS + 12 kerusi BN + 1 kerusi `PKR" + 1 kerusi TS Khalid. Kerjasama dengan BN diperlukan.


Yang nyata Dr Zuhdi mencadangkan kerjasama dengan BN tetapi Dr Hatta Ramli ternyata menolak terus. Hati Dr Hatta Ramli serupa dengan hati Tuan Guru Nik Aziz yang tidak mahu bekerjasama dengan UMNO langsung.


Monday, 28 July 2014

AKTA HASUTAN 1948 MENGIKUT PANDANGAN TUN HAMID



Di akhir pembentangan Tun Hamid di forum NGO Islam baru baru ini, mantan Ketua Hakim Negara, menyebut perkara seperti berikut:-

"Bagi saya, perwujudan seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan itu adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak Bin Hussain. Maka kepada anaknya (Dato Sri Mohd najib Tun Razak) saya berseru: Janganlah mansuhkan apa yang ayah anda telah lakukan. Saya khuatir kiranya beliau tidak akan memaafkan anda kerananya."

Tun Hamid mengulas.....
Akta Hasutan 1948 ini dibuat oleh British apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan untuk mengekang penentangan kepada pemerintahan British. Secara ringkas, ia mengandungi kesalahan-kesalahan kerana menghasut untuk membangkitkan kebencian dan tidak taat setia kepada Raja atau Kerajaan, menghasut rakyat untuk mendapat perubahan dengan cara yang tak sah, menghasut orang supaya benci kepada pentadbiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Malaysia, mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum. Seksyen 3(1)(f) memperuntukkan:

“…….mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181
Perlembagaan Persekutuan.”

Bahagian III adalah mengenai kewarganegaraan. Perkara 152 ialah mengenai Bahasa Kebangsaan. Perkara 153 adalah mengenai “perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak.

Peruntukan ini dimasukkan akibat peristiwa 13 Mei. Ringkasnya, ia menghalang sesiapa sahaja daripada mempersoalkan perkara-perkara yang disebutkan itu untuk mengelak daripada berulangnya peristiwa 13 Mei

Sunday, 27 July 2014

ANTI SEMITIK


Penulis merasa dukacita Blog Tun Dr Mahathir di sekat oleh facebook buat seketika tetapi diberitakan BARU di buka sekatannya oleh kekawan Kelab Che Det. Alhamdulilah.

Penulis membaca artikel The Jews yang ringkas, padat dan senang difahamnya both Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. seperti dihttp://chedet.cc/?p=1425
Mula mula tidak berapa faham apa itu `semitik' dan `anti semitik'. Setelah membaca dua tiga artikel, barulah faham erti sebenarnya.

Salah satu artikei yang di tulis oleh Mazlee Malek bertarikh 14 Feb 2005 (selalu di panggil sebagai moderator WACANA SINAR HARIAN), menarik perihatian penulis. Mengapa ?

Setiap kita yang mengulas #SAVE GAZA adalah di anggap Anti Semitik dan boleh diambil tindakan.oleh Amerika Syarikat dan PBB, juga Peranchis.

Antara penulisannya ialah
Pada bulan Oktober yang lalu (2004), Presiden AS, Goerge W. Bush Jr. telah menandatangi satu undang-undang untuk mensabitkan kesalahan mana-mana pihak yang terlibat dengan tindakan ?Anti-Semitik? di seluruh dunia. Di pihak yang lain pula, Setiausaha Agung PBB juga telah menyokong tindakan AS itu dengan komentarnya: ?Setiap individu Yahudi di serata dunia sepatutnya merasakan PBB sentiasa bersama mereka?.

Perkembangan ini merupakan sesuatu yang amat menakutkan dunia. Ianya meletakkan semua pihak di seluruh dunia di dalam bahaya. Setiap individu di serata dunia adalah potensi untuk menjadi pesalah jenayah Anti-Semitik yang bukan hanya dikuat kuasakan oleh AS, malah juga PBB. Undang-undang ini membawa maksud:

Jika anda mengkritik keganasan dan kezaliman rejim Zionis Israel, maka anda adalah Anti-Semitik, dan anda bersalah!

Jika anda menyokong tindakan para pejuang Palestin menentang tentera Zionis yang mengganas, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengatakan rejim Zionis adalah pengganas dan penjajah bumi Palestin, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengutuk serangan tentera Zionis ke atas orang awam Palestin di Gaza, Jenin, Rafah, Nablus dan di mana-mana bumi Palestin, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengecam tembok pemisah di Tebing Barat, anda juga Anti-Semitik!

Jika anda menulis sesuatu yang mendedahkan kezaliman rejim Zionis, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda bersimpati terhadap anak-anak, wanita dan juga keseluruhan rakyat Palestin yang telah kehilangan nyawa, rumah, tanah dan negara mereka, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda menolak cadangan pelan damai anjuran Zionis yang lebih merupakan lakonan mereka untuk melaga-lagakan di antara rakyat Palestin, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mendedahkan kepalsuan dakwaan-dakwaan Zionis terhadap sejarah lampau mereka, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengutuk tindakan Zionis satu hari nanti merobohkan Masjid al-Aqsa, anda adalah Anti-Semitik!

Begitulah bahayanya jerangkap yang terbuka menanti semua orang dari seluruh dunia untuk dihukum dan dilabelkan sebagai penjenayah setaraf dengan Hitler semata-mata kerana mempertahankan keganasan dan kejahatan sekumpulan manusia beraqidah Zionis di dalam millennium yang baru ini.

Peranchis, walau bagaimanapun telah mendahului AS dalam perkara ini semenjak tahun 1990 lagi. Mereka telah pun mempunyai undang-undang yang dikenali sebagai ?Undang-undang Fabious Jasbou? yang meletakkan sesiapa sahaja yang menafikan bahawa Kum Yahudi pernah dibakar oleh Hitler.

Antara manusia yang telah menjadi mangsa undang-undang draconian tersebut ialah pemikir Islam berbangsa Perancis, iatu Dr. Roger Graudy. Beliau telah dipenjarakan pada tahun 1998 kerana kajiannya yang mendedahkan kepalsuan dakwaan bahawa 6 juta kaum Yahudi telah dibakar oleh Hitler di dalam bukunya ?Dongeng Institut Politik Israel?. Antara kandungan di dalam bukunya itu ialah pertikaiannya terhadap jumlah enam juta itu dengan komentarnya: ?Bagaimana mungkin enam juta Yahudi telah dibunuh oleh Hitler sedangkan jumlah keseluruhan orang Yahudi di Eropah tidak pun sampai tiga juta orang?.

Selepas sahaja buku tersebut berada di pasaran, lobi Yahudi di Peranchis telah mendakwanya di mahkamah yang kemudiannya mendapati beliau bersalah. Oleh kerana ?jenayah?nya itu, beliau dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan, disamping dikenakan denda yang tinggi dan bukunya diharamkan dari pasaran Peranchis. Kejayaan lobi Yahudi di Peranchis itu telah menjadi amaran kepada setiap pemikir, penulis, pengkaji dan juga pakar analisis politik di seluruh Eropah agar mereka sentiasa berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya menyentuh apa-apa yang berkaitan dengan pihak Yahudi dan Zionis.

Lobi Yahudi tidak terhenti setakat itu sahaja, hukuman ke atas Garudy itu telah menyebabkan banyak kajian-kajian dan buku-buku lain digam, diharamkan dan ditarik dari toko-toko buku dan perpustakaan-perpustakaan di seluruh Eropah. Semuanya hanya kerana apa yang dinamakan sebagai ?Jenayah Anti-Semitik?. Malah ruang `Anti Semitik tersebut pun tiada sempadannya. Jika dahulunya ianya ditafsir sebagai segala tindakan berbau perkauman ke atas bangsa Yahudi yang pernah menjadi mangsa kekejaman Hitler kerana dasar ?Eugenic?nya dan juga jenayah ?Holocaust?. Kini ianya menjadi sesuatu yang tidak bersempadan. Apa sahaja kritikan, kutukan, kenyataan yang tidak selari dengan politik Zionis adalah Anti-Semitik. Malah apa sahaja usaha untuk menyentuh walaupun sedikit dari polisi Zionis di Negara haram Israel, walaupun ianya bertentangan dengan kemanusiaan dan juga undang-undang antarabangsa juga dikategorikan sebagai Anti-Semitik.

Di Jerman pula, lobi Zionis di bawah bayangan undang-undang Anti-Semitik juga telah berjaya menyebabkan seorang ahli Parlimennya telah dilucutkan jawatannya di atas tuduhan Anti-Semitik. Ini menunjukkan lobi Zionis dengan senjata Anti-Semitiknya bukan hanya menguasai bidang undang-undang, malah turut mempunyai pengaruh ke atas bidang politik di Eropah.

Mereka jugalah yang telah melakukan kempen besar-besaran di serata dunia mengutuk kenyataan mantan Perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Muhammad yang pernah mengatakan bahawa kaum Yahudi menguasai dunia melalui proksi-proksi mereka. Cuma beliau bernasib baik kerana tidak membuat kenyataan tersebut di mana-mana Negara yang mempunyai lobi Zionis yang kuat. Jika tidak sudah tentu tindakan undang-undang akan dikenakan ke atasnya.

Lobi ini juga telah membawa puaka sentiment Anti-Semitik ini ke seluruh dunia di dalam bidang media. Di Timur Tengah pula, seorang pengarang akhbar terkenal berbahasa Arab pernah didakwa di mahkamah Peranchis di atas dakwaan Anti-Semitik semata-mata kerana beliau membenarkan sebuah artikel yang mereka kategorikan sebagai Anti-Semitik. Di Mesir pula, duta AS dan duta Israel telah berjaya mengenakan tekanan ke atas pengarang sebuah akhbar tabloid di Kaherah yang akhirnya menyebabkan beliau dipecat kerana membenarkan sebuah artikel yang dikategorikan sebagai Anti-Semitik disiarkan di akhbar tersebut. Penulis artikel itu juga telah diharamkan dari menyumbangkan tulisannya kepada akhbar tersebut.

Di Peranchis, televisyen satelit al-Manar juga telah diharamkan dari disiarkan di Peranchis di atas dakwaan yang sama. Di AS pula, al-manar pula telah dikategorikan sebagai media propaganda pengganas dan dimasukkan ke dalam senarai pertubuhan pengganas CIA. Begitu hebatnya lobi Zionis di serata dunia, dan betapa gigihnya mereka melakukan onar secara global.

Hakikatnya kita semua terdedah kepada kebuasan lobi Zionis bersenjatakan sentimen Anti-Semitik ini. Dengan senjata tersebut, pihak Zionis dan AS bermaharajalela mencabul segala hak asasi manusia, samada ianya hak bersuara, hak mengeluarkan pendapat, hak akademik dan juga hak untuk mempertahankan diri. Segala medium, dari percetakan, media, akademik, undang-undang, politik dan apa-apa sahaja yang wujud adalah terdedah untuk dimanipulasi oleh golongan ini menggunakan sentiment Anti-Semitik. Akhirnya mereka menjadi kebal dan bebas melakukan apa sahaja di serata dunia, terutamanya di Palestin, kerana undang-undang Anti-Semitik menjadi tangkal kebal mereka.

Tanpa disedari oleh ramai pemonopolian mereka terhadap gelaran Semitik ini telah berjaya menipu masyarakat dunia bahawa mereka sahajalah yang layak menjadi keturunan Semitik. Sedangkan pada hakikatnya sejarah, kajian akademik dan juga ilmu Antropologi telah berijmak bahawa bangsa Arab juga merupakan bangsa Semit. Sayangnya, jika fakta ini cuba dikemukan, pastinya pembawanya akan disabitkan kesalah di bawah undang-undang Anti-Semitik kerana menghina kaum Yahudi dengan meletakkan mereka setaraf dengan bangsa Arab!

Apa yang berlaku ini benar-benar perlu diberikan perhatian kepada setiap golongan yang mempunyai kesedaran tentang bahayanya projek Zionis kepada masyarakat dunia dan masyarakat Islam khususnya. Jika mereka bercita-cita untuk menghentikan kegilaan Zionis, mereka perlu terlebih dahulu melepasi pagar berduri yang bernama ?Anti-Semitik? yang telah berjaya mencederakan banyak mangsanya.

Saturday, 26 July 2014

PRESIDEN PAS AKUI PENDEKATAN POLITIKNYA SUDAH BERUBAH

Presiden Pas akui pendekatan politiknya makin berubah



Semalam Presiden PAS mengecewakan rakan rakan didalam Pakatan Rakyat. Presiden PAS menyokong supaya Tan Sri Khalid Ibrahim di kekalkan sebagai MB Selangor sekurang kurangnya  sehingga tamat tempoh penggalnya. 



Presiden PAS membuat pengumuman di Marang Terengganu kemungkinan besar untuk mengelakkan hujanan telefon oleh DS Anwar Ibrahim dan rakan rakan untuk menganyakan mengapa Haji hadi membuat keputusan tesebut.



Apabila di tanya pemberita mengapa membuat keputusan menyokong TS Khalid, Haji Hadi menjawab pendekatan  politiknya sudah berubah berdasarkan dan faktor pengalaman, ilmu pengetahuan dan suasana politik negara mencorakkannya.  Penulis ingin menanbah iaitu keuzuran di Hospital Tukri dan kemudiannya di IJN. Mungkin keuzuran yang membuatkan seseaorang insaf akan keegoan masing masing. Penziarahan PM ke IJN serta pendekatan persahabatan, membuatkan sesorang memikirkan kembali pendirian lama.





Alhamdulilah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140726/po_03/Presiden-Pas-akui-pendekatan-politiknya-makin-berubah#ixzz38YOqa9uQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

AZIZULHASNI, THE ROCKET POCKET MAN, MINTA MAAF





Penulis memuji tindakan pantas dan perihatin pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang memohon maaf kepada Persekutuan Sukan Kommenwel kerana sokongan terbuka kepada Palestine. Beliau  menyarung sarung tangan berloga `SAVE GAZA.


Beliau menjelaskan tiada langsung political protest dan tindakannya telah menyebabkan salah faham.


Alhamdulliah beliau masih boleh bertanding dan mewakili Malaysia. 


Sebelum ini penulis mengulas isu ini di 



http://nasirwise.blogspot.com/2014/07/the-rocket-pocket-man-bakal-di-kenakan.html



sumber

Azizulhasni mohon maaf

SELAMAT HARI RAYA....KEMAAFAN DI PINTA


Selamat Hari Raya Idil Fitri diucapkan kepada semua sahabat dan pengguna fb. Penulis ingin memohon maaf zahir dan batin khasnya kepada pemimpin pembangkang serta pengundi dan penyokong pembangkang jika berita yang dituliskan itu ada berunsur fitnah, walaupun penulis tidak mengamalkan tulisan tidak bertanggongjawab.

Berita yang penulis katakan banyak sindiran dan nasihat supaya Malaysia lebih aman, agama Islam dimertabatkan bukan di hina, perlembagaan di sanjungi dan di patuhi, hak bangsa Melayu terpelihara dan dihormati, menghindari perbuatan mungkar, semangat kesukanan diamalkan dan sebagainya.

Sekali lagi berhati hati di jalanraya dan jumpa lagi.

Friday, 25 July 2014

THE ROCKET POCKET MAN BAKAL DI KENAKAN HUKUMAN KERANA GAZA







Malaysia menjadi topik utama media antarabangsa sejak 17 Julai 2014 yang lalu apabila sebuah pesawatnya MH17 dengan 298 penumpang dan krew di tembak jatuh oleh pihak pemisah Ukraine. Kesemua nya maut di dalam nahas udara itu.



Berita semakin hangat kerana pasukan penyelamat Malaysia dan negara lain dan ICAO tidak dapat memasuki kawasan kemalangan kerana ia di kuasai oleh pihak pemisah. Setelah dua hari berlakunya kemalangan, pasukan penyelamat dapat memasuki kawasan dan melakukan pemeriksaan dan pengurusan mayat. Kuasa besar seperti Rusia dan Amerika serta Australia tidak dapat berbuat apa.



Tanpa di duga, DS Najib telah berunding terus dengan Ketua Pemisah, Alexander Borodai. Dengan izin Allah, rundingan berjalan lancar dan cepat. 3 perkara utama dipersetujui. Mayat mayat akan segera di `kereta apikan' ke Kharkiv untuk di hantar ke Amsterdam. Penghantaran mayat telah dibuat dengan serta merta. Keduanya 2 kotak hitam di serahkan kepada Malaysia untuk penganalisaan ICAO. Kotak hitam telah diserahkan. Ketiga ialah jaminan keselamatan untuk pasukan penyelamat dan penyiasatan melakukan tugasan. Ini sedang di muktamadkan. Pemimpin dunia dan Malaysia mengkagumi usaha peribadi DS Najib.



MH17 mengorbankan 198 penumpang rakyat Belanda. Belanda mengistiharkan hari berkabung dan penghormatan negara jenazah jenazah yang dihantar ke Amsterdam.



Pada 24 Julai yang lalu, Kontigen Sukan Malaysia berada di Glasgow untuk upacara pembukaan Sukan Kommanwel. Malaysia berarak membawa bendera separuh tiang, para atlet memakai lilitan hitam di lengan dan beberapa atlet lagi memakai pakaian pramugara dan pramugari MAS.



Pelumba Malaysia membikin sensasi lagi. kali ini pelumba basikal negara Azizul Hasni Awang menyarungkan `glove' yang menyebut SAVE GAZA. Media Israel dan pro Israel telah memainkan sentimen anti Israel oleh pelumba Malaysia. Ini diberitakan mendapat perhatian penganjur Sukan Kommanwel yang mungkin mengenakan denda terhadap pelumba Malaysia.











Penulis ingin mencadangkan Menteri Belia dan Sukan mengambil perhatian dan kurangkan kegiatan menyokong GAZA pada saat ini. Rakyat Malaysia tahu para atlet Malaysia amat bersempati dengan penderitaan rakyat Palestin. Tolong simpan di hati masing masing dan bertanding hebat. Penulis tidak mahu penyertaan kita terbatal dan ia merugikan duit rakyat.



http://riziqin.blogspot.com/2014/07/the-rocket-pocket-man-bakal-dikenakan.html?spref=bl

MALAYSIA WAJAR BELI BUK KERANA PRESTASI.

Kalau saya menjadi Menteri Pertahanan, antara kelengkapan perang yang akan dicadangkan untuk Malaysia memiliki nya ialah BUK. Ia nampaknya sangat berkesan untuk pertahanan negara seperti Malaysia. Di dalam kita menangis dan kesedihan di atas kehilangan 298 penumpang dan krew kapal, pembuat BUK, di jangka menerima banyak tempahan hasil prestasi yang baik.

Saya harap Penganjur LIMA akan dapat membawa BUK ke Langkawi tahun depan supaya rakyat Malaysia dapat melihat sendiri kecanggihan sistem pertahanan ini. 

Apa itu BUK?

BUK ialah satu sistem peluru berpandu darat ke udara. Sistem ini juga dikenali sebagai SA6 ataupun ataupun SA-17s oleh pihak USA. Dan bagi NATO mereka mengelarnya sebagai GRIZZLYS.

Peluru berpandu-BUK (surface to air missile SAM) ialah sejenis kumpulan senjata berjarak serdahana yang bergerak sendiri (dengan sistem radar khusus) selepas sasaran ditetapkan oleh sistem sokongan. Bergerak sangat laju sehingga sukar dikesan dan mampu mengejar sasaran pada altitude sehingga 22,000 meter. Ataupun lebih kurang 72,000 kaki atas udara.

Bersaiz = 16'
Berat = 680.4 KG (kenderaan)
Kelajuan = 2684 MPH (Miles Per Hour)
Berat peluru berpandu = 70 KG

Nota ** Pesawat jenis komersil seperti #MH71 biasanya bergerak pada kelajuan 500-600 miles per hour.  


Bagaimana rupa bentuk BUK-missile?

Siapakah yang layak mengendalikan BUK-Missile?

Sistem ini perlu dikendalikan oleh 4 orang yang mahir dan pakar dalam mengendalikan BUK-missile. Bagi mereka yang tidak terlatih, mereka tidak boleh mengoperasikan sistem ini disebabkan tidak tahu bagaimana pengoperasian sistem dijalankan.

Macam kita guna komputer la. Kalau tak pandai guna komputer, boleh ke kita menaip, buka email dan sebagainya? Maka sistem ini hanya boleh dikendalikan oleh mereka yang benar2 terlatih dan terbukti pakar.

Bagaimana ia beroperasi?

Sistem ini mempunyai 4 komponen utama (kenderaan yang berbeza).

Radar navigasi dan sasaran : bertugas mengenalpasti dan mengesan sasaran. Juga berperanan untuk menentukan pelbagai sasaran dan masa pelancaran misil.

Komponen perintah : Memberikan arahan berdasarkan kepada maklumat yang diterima dari radar sasaran. Menyampaikan arahan selanjutnya kepada pelancar peluru berpandu.

Pelancar peluru berpandu : Membawa peluru berpandu.

Komponen logistik : Membawa peluru berpandu tambahan dan alat-alatan perang yang berkaitan dengan tujuan melancarkan (menyokong) operasi perang.

Secara umumnya, sistem radar akan mengenalpasti sasaran yang berpotensi dan melaporkan kepada unit arahan. Unit arahan akan bertindak untuk meletakkan sasaran tertentu dan unit peluru berpandu akan melancarkan misil tepat ke arah sasaran yang telah dikenalpasti dan logistik akan membekalkan peralatan tambahan seperti peluru berpandu setelah ia habis dilancarkan. 

Keupayaan radar peluru berpandu BUK membolehkan ia mensasarkan pelbagai sasaran dari sudut yang berbeza dalam satu masa yang sama. Maksudnya dia boleh mensasarkan sehingga 4 jenis sasaran yang berbeza sebelum lancarkan peluru berpandu pada sudut yang berbeza dengan jarak sasaran yang berbeza.

Siapa yang membangunkan sistem senjata ini?

Dibangunkan pada era Soviet Union pada tahun 1972 dan diterima masuk sebagai sebahagian dari alatan perang moden pada tahun 1980. Sistem ini sentiasa diperbaharui dari segi kapasiti, kelajuan, saiz dan keupayaan secara berterusan dan ia mempunyai lebih dari satu jenis model yang direka mengikut kesesuaian dan permintaan dari negara-negara lain.

Siapa yang memiliki sistem BUK ini?

Rusia sudah tentu. Sebagai pengeluar dan pencipta. Ia juga dijual kepada negara lain samada secara terbuka atau sulit. Namun Rusia hanya menjualnya kepada proksi yang mahu bersekutu dengannya seperti Syria. Ukraine juga memiliki peluru berpandu BUK ini. Ukraine adalah bekas Soviet Union. Maka tidak hairan la kenapa Ukraine memiliki sistem persenjataan ini.

Kenapa sistem ini dicipta?

Bertujuan untuk melancarkan (mengelak/mempertahankan) serangan dari jet pejuang pemandu atau tanpa pemandu dan juga bom pintar (bersasaran).

Jika, satu2 misil dilancarkan, ia akan mengeluarkan bunyi dan menghasilkan asap yang sangat tebal ketika pelancaran. Pelancaran bersasaran bermaksud sekali target sudah ditetapkan dia akan kejar sampai dapat. 3 kali lebih laju dari kelajuan udara dan setakat pesawat komersil, MAS bukan siapa2 untuk lawan peluru berpandu BUK ini. Apatah lagi radar MAS juga tidak boleh (tidak sempat) mengesan kehadiran misil itu disebabkan kelajuan peluru tersebut.

Jika ia terkena di hadapan pesawat, berbanding di bahagian ekor maka tidak aneh la kenapa tiada mana2 pilot mampu memberikan panggilan kecemasan kerana ianya telah termusnah dalam serangan tersebut.

BUK misil hanyalah salah satu dari keluarga kumpulan persenjataan darat ke udara. Selain dari BUK, Rusia juga membangunkan pelbagai lagi jenis persenjataan darat ke udara (SURFACE TO AIR MISSILE = SAM).

Rajah menunjukkan bahawa ;

1. Pesawat tentera Ukrainian AN-26 ditembak jatuh dengan misil pada Julai 14.

2. Sekali lagi pesawat tentera Ukrainian SU-25 (Sukhoi) ditembak, kali ini dengan menggunakan jet pejuang kumpulan pemisah. Pada 16 Julai.

3. Kehadiran pesawat ketenteraan di atas ruang udara di kawasan yang bergolak memberikan gambaran kepada kumpulan pemisah bahawa Ukraine mungkin mahu melancarkan serangan dan ini penyebab kenapa pesawat2 tersebut diserang.

4. Dan pada julai 17, #MH17 ditembak jatuh menggunakan misil jenis BUK. Misil ini dipercayai dilancarkan oleh kumpulan pemisah seperti yang diwar2kan oleh presiden Ukraine selepas berlakunya insiden. Namun pihak Rusia dan kumpulan pemisah menafikan penglibatan mereka dalam hal ini sebaliknya menuduh Ukraine adalah dalang.

5. Untuk rekod, ketiga2 kumpulan yang bertelagah dalam insiden ini (Rusia, Ukraine dan kumpulan pemisah pro Ukraine) mempunyai senjata jenis ini.

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/29830-fakta-peluru-berpandu-darat-ke-udara-buk

Thursday, 24 July 2014

TRAGEDI MH17 MENYATUKAN AHLI PARLIMEN DAN MAJORITI RAKYAT



MH17 adalah penerbangan MAS dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Sesampai di Grabovo dekat bandar Donetsk, Ukraine, bersempadan dengan Rusia, pesawat ini telah di tembak oleh peluru berpandu yang di katakan di lepaskan oleh pihak pemisah. Kawasan kemalangan juga di `control' oleh pihak pemisah.

Seramai 298 penumpang dan krew pesawat, yang seramai 198 adalah dari Belanda, terkorban di dalam insiden ini.

Insiden ini mendapat perhatian dan kemarahan pemimpin dunia seperti Malaysia, Belanda, Rusia, Australia, Britian ,Amerika Syarikat dan lain. Persekutuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) telah membuat ketetapan agar sebuah  badan penyiasatan antarabangsa untuk mengenalpasti punca kemalangan tersebut..

Pasukan Penyelamat dan Penyiasatan dari beberapa negara bergegas ke Keiv tetapi tidak dapat memasuki kawasan kemalangan. Mayat mayat bergelimbangan dan beg beg bertaburan. Hanya selepa sehari, pasukan penyelamat OASE di benarkan masuk tetapi hanya untuk 1 jam. Setelah di desak negara lain, pasukan penyelamat dapat masuk dan melakukan `salvage'. Namum ada mayat mayat dan kotak hitam telah di bawa keluar oleh pihak pemisah.

DS Najib secara sulit telah berunding dengan Ketua Pemisah, Alexander Borodai dan dengan kecekapan `persuasive' DS Najib, Ketua Pemisah bersetuju tanpa syarat (ada yang khuatir DS Najib membayar pampasan menggunakan duit rakyat) 3 perkara iaitu pengurusan mayat, penyerahan kotak hitam (walaupun berwarna oren) dan jaminan keselamatan untuk memasuki kawasan.Selepas 2 hari kemalangan, mayat mayat berjaya di bawa keluar dan kotak hitam diserahkan kepada Malaysia.

Insiden ini berjaya membawa ahli parlimen Malaysia untuk bersatu dan mengutuk tindakan kejam menembak jatuh pesawat MH17. Mereka nyatakan pendirian mereka di dalam Persidang Tergempar Sidang Parlimen pada Rabu pagi 23 Julai 2014 di Dewan Rakyat. Usul tergempar mendapat sokongan Ahli Parlimen Pembangkang 100 peratus. Ada juga cadangan cadangan tindakan yang perlu di ambil oleh Kerajaan Malaysia demi menuntut keadilan.

Penulis gembira kemalangan ini menyatukan Ahli Parlimen Malaysia. Masing masing menghargai tindakan PM menyelesaikan masalah pengurusan mayat, penyelamat dan `salvage'. kotak hitam dan jaminan keselamatan untuk pasukan penyiasat.

Persidangan hari Rabu ini menunujukkan professionalisma ahli Dewan Rakyat. Tiada kedengaran teriak melaung, berhujah dengan sopan, memberikan cadangan kepada masalah, tiada label melebal. Ini lah yang di namakan Dewan yang mulia bukan Pasar Borong Ikan.

SIDANG KHAS PARLIMEN - MH17


Saya menonton TV1 Persidangan Khas Dewan Rakyat Mengenai MH17.

PM telah membentangkan usulnya mengutuk tindakan kejam pihak yang menjatuhkan pesawat MH 17 sehingga menngorbankan 298 penumpang dan krew penerbangan. Ucapan PM kemudian di bahas dan di sokong oleh Ketua Pembangkang. 

Seramai 12 pembahas dari BN dan 10 dari pembangkang .di beri peluang membahaskan usul dari Perdana Menteri. .

Berdasarkan pemerhatian pembahasan sessi pagi dan fokus kamera, penulis simbulkan 2 senario. 

Pertama, tidak kelihatan kelibat Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. Penulis dapat merasakan kedua duanya sedang menghadapi kemelut politik yang tersendiri. Seorang di cadangkan di lucutkan jawatan MBnya dan seorang lagi tidak dicalonkan menjadi MB walaupun dicadangkan oleh partinya. Kedua dua seteru ini sekarang mempunyai `musuh' yang sama iaitu DS Anwar Ibrahim. Macam macam perasan yang berlaku. Ada yang kecil hati, geram, marah kerana mungkir janji dan sebagainya. 

Kedua, showdown diantara Presiden dan Timbalan Presiden MIC. Di dalam sessi pembahasan ini MIC memperkenalkan dua orang pembahas iaitu Datuk G Palanivel dan Datuk S. Subramaniam. Melalui media massa, Datuk Seri Samy Vellu sedang `marahkan' Datuk G Palanivel. Kelihatan mereka menunjukkan kehebatan bercakap dan berbahas. Semasa Perhimpuan MIC yang lalu, Presiden MIC hampir hampir di lawan oleh Timbalan Presiden dan gandingannya YB Kalamanathan. Mereka ini katakan berkrisis. 

Wednesday, 23 July 2014

MB `PUPET' PERTAMA DI MALAYSIA


Andaikata, segala `move' dan perancangan DS Anwar Ibrahim berjalan lancar serta TS Khalid Ibrahim menuruti permintaan PKR dan diperkenankan Sultan  Selangor, juga kebenaran Dewan Undangan Selangor, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, ADUN Kajang, akan dilantik sebagai Menteri Besar yang baru. Beliau mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. 

Maka terbentuklah satu Kerajaan Pupet yang pertama di Malaysia. Menteri Besar yang sebenarnya bukan di Bangunan Sultan Salehuddin, tetapi apartmen kecil di Sg Buluh atau pejabat PKR di Tropicana mahupun  rumah banglo di Bukit Segambut.

MB Selangor akan mempunyai ramai EXCO yang akan membantu tugasan MB. MB ini akan mempunyai penasihat sampingan kerana beliau tidak berpengalaman di dalam pengurusan sebuah negeri.

Yang penulis paling takut ialah MB baru (of course atas nasihat para penasihatnya) akan mengkaji semula perjanjian penstrukturan air yang di tandatangani oleh Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Selangor. Walaupun perjanjian itu `binding', mereka akan mencari jalan untuk di jadikan sebagai alat untuk berunding agenda pembangunan dan politik.

Jika ini berlaku, kemungkinan rakyat Selangor akan berhadapan dengan krisis air sekali lagi. Mereka akan mencari isu yang memungkinkan ia di kaji semula atau di batalkan.

Adakah rakyat Selangor sudah bersedia membeli tangki dan baidi untuk simpanan air bersih. Sudahkan rakyat Seangor sudah `exercise' untuk menguatkan otot otot untuk mengangkat air ke rumah masing masing. Adakah rakyat Selangor bersedia membeli air mineral untuk urusan harian termasuk mandi manda? Adakah rakyat Selangor bersedia melayan kerenah anak anak kecil yang perlu pencucian? Mungkin rakyat Selangor suka mandi sekali sehari?

Adakah pelabur dan peniaga sanggup menanggung kerugian berterusan jika bekalan air tidak kunjung tiba?






Monday, 21 July 2014

JENAMA CADBURY DAN MAS ROSAK AKIBAT SABOTAJ DAN KEMALANGAN





MAS bukan EMAS lagi. Inilah tajuk penulis saya sebelum ini semasa tragedi MH370 4 bulan lalu. http://nasirwise.blogspot.com/2014/02/mas-bukan-emas-lagi-beri-tugas-kepada.html




Pada masa itu pun, saham MAS merosot sedikit dan dan kejadian terbaru MH17,saham MAS terus merosot. Para peanalisis jenama MAs sudah tercalar sedikit.


Tetapi penulis berpendapat jenama MAS masih baik ekoran perkhidmatan baik buat sekian lama. Kemalangan ini bukan di sebabkan oleh kelemahan pengurusan atau teknikal, tetapi mungkin tindakan sabotaj dan serangan pemberontak.


Kelazimannya, seseorang melakukan sabotaj kerana jenama tersebut sudah `establish'. Jalan pintas untuk merosakkan reputasi dan jenama ialah melalui kerja kerja sabotaj. Pesawat di selenggara dengan baik dan berjadual.


MAS dilaporkan mencatat kerugian bersih sebanyak RM443 juta pada suku pertama tahun ini berbanding RM279 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Pada 2013, syarikat itu mencatatkan kerugian RM1.17 bilion.







Jenama Cadbury juga telah rosk seketika akibat daripada kerja kerja sabotaj iaitu produk tersebut mengandungi DNA Babi. Setelah di periksa dan dibuat analis makmal, JAKIM dapati tiada DNA Babi. Jualan merosot beberapa bulan tetapi sekarang selepas 3 bulan, jualan semakin meningkat.


PETRONAS TUBUH DANA AWAL BAGI MH17, SUMBANG RM17JUTA



Petronas tubuh dana awal bagi MH17, sumbang RM10 juta



PETRONAS telah mengambil inisiatif dengan penubuhan `Care for MH0017' dengan dana RM10 juta sebagai langkah membantu Kerajaan menyokong keluarga mangsa nahas udara di Ukraine pada 17 Julai 2014 yang lalu.


PETRONAS berharap dengan penubuhan dana pemulaan RM10 juta ini, lebih banyak lagi syarikat korporat menghulurkan bantuan ke dana ini.


Di atas keperihatian tersebut, penulis ucapan syabas dan tahniah. CSR sebegini yang di harapkan daripada GLC  GLC.


Penulis mohon syarikat berkaitan dengan 10 bilionair Malaysia menyumbang sejumlah wang ke dalam dana Care for MH0017 ini.




PIALA DUNIA 2018. BAIKOT RUSIA DAN ISRAEL.


Andaikata Piala Dunia FIFA tamat selepas 17 Julai 2014 (tarikh berlakunya nahas MH17 di Ukraine), sudah pasti desakan dan tekanan dunia untuk  `membaikot' penganjuran Rusia pada 2018, akan kedengaran. Mungkin banyak negara akan bersetuju penganjuran Piala Dunia di Rusia ditarik balik oleh FIFA.

Selepas Jerman mengalahkan Argentina 1-0, Presiden FIFA Sepp Blatter, Presiden Brasil dan Presiden Rusia berada di dalam majlis menyerahkan tugas penganjuran dari Presiden Brasil ke Presiden Rusia.


Begitu juga halnya dengan GAZA. Andaikata serangan Israel ke wilayah GAZA berlaku sebelum 14 Julai 2014 (hari terakhir Piala Dunia 2014), nescaya kehangatan Piala Dunia tidak semeriah tahun ini. Penonton akan merasa tidak seronok kerana ada rakyat yang menderita.
Sesungguhnya pemberontak dan Israel pembunuh mengambil kira, temasya Piala Dunia di dalam perancangan melakukan tindakan keganasan.
BAIKOT RUSIA DAN ISRAEL DI DALAM BOLASEPAK UNTUK MEMBENTUK DUNIA YANG AMAN.

Sunday, 20 July 2014

KEKAWAN `GAY TUA' SEDIH DAN TAKUT.


Tradegi MH17 merupakan tindakan kerakusan manusia yang tidak berhati perut, tidak bertamadun dan kejam. Sebuah pesawat komersial pun di tembak jatuh demi mendapatkan perhatian atau membalas dendam keatas kononnya kezaliman orang lain terhadap kumpulannya. Pemberontak atau pemisah Pro Rusia diberitakan bertanggonjawab di dalam tradegi ini.

Pesawat ini mengorban kesemua 295 penumpang dan anak kapal termasuklah beberapa pakar penyelidik HIV/AID, Dr Joep Lange. Kempulan penyelidik ini telah menjalankan banyak kajian dan penyelidikan tentang HIV/AID dan diberitakan berada di peringkat memberansangkan. 

Penulis merasa sedih kerana wabak HIV/AID akan terus merebak kerana para penyelidik akan `start all over again' untuk mencari ubat untuk HIV/AID mahaupun keadah pencegahannya. Mungkin akan mengambil masa sedikit, jika tidak bernasib baik.


Kekawan Gay Tua merupakan golongan yang paling sedih dan takut. Sedih kerana mereka terpaksa membataskan aktiviti mereka kerana wabak ini belum di ketemui ubatnya. Mereka kurang gembira kerana terpaksa`ber riadah' secara berhati hati dan bukan neutral. Dengan terbatasnya aktiviti songsang LGBT ini, bilangan ahli kumpulan mungkin akan `static'. Takut kerana mereka yang sudah dijangkit HIV/AID seakan akan sudah confirm akan mati tidak lama lagi. 

Saturday, 19 July 2014

MH17 PUN SEBESAR CABARAN MH370


MH17 dan MH370 sama besar cabarannya.

MH370 hilang secara misteri. Pesawatnya hilang entah di mana walaupun dengan bantuan 26 negara dengan teknologi canggih di gunakan. Fasa pertama menggunakan pinger locator kemudian Bluefin apabila signal Black Box tidak dikeluar selepas 40-50 hari. Sebelum ini, kecanggihan radar dan satelit di gunakan dan perjalanan di katakan berakhir di Lautan Hindi. MH370 menjadi sejarah dunia kerana secanggih pesawat BOEING yang bernilai jutaan ringgit, mudah di manipulasi melalui memadamkan transponder dan komunikasi secara manual. Sehingga hari ini, lebih 4 bulan, pesawat MH370 belum di jumpai. Cabarannya lautannya dalam dan meluas serta gelap.

MH17 juga bercabaran. MH17 di tembak jatuh oleh Pemberontak Pro Rusia di Ukraine (belum 100 peratus sahih) walaupun laluan dan ketinggian di dalam makluman ICAO, badan pengawas ruang udara. Yang masalahnya, kita tahu pesawat di tembak dan lokasi pesawat terhempas, tetapi kawasan tersebut tidak boleh di masuki kerana di kawal oleh pemberontak. Pasukan Penyelamat dan Penyiasatan menghadapi kesukaran untuk menjalankan tugasnya. Mungkin ada lagi mayat yang belum terurus. Kita tidak tahu keadaan mayat. Blackbox yang amat kritikal mungkin di manupulasi oleh pihak ProRusia untuk menghilangkan bukti.

Kita tahu kawasan ini di bawah pihak Pemberontak dan mereka di sokong peralatan ketenteraan oleh Rusia. Ukraine pula mendapat sokongan Amerika Syarikat. Masing masing mempunyai kepentingan di dalam konflik ini. Masing masing menuding jari satu sama lain. Rakaman percakapan komunikasi oleh Perisik Ukraine menunjukkan Pro Rusia mengaku menembak pesawat MH17.

http://www.youtube.com/watch?v=WdQOnQuTGWg

Kedua dua insiden ini melakar sejarah dunia dalam banyak segi. Malaysia malah dunia  mendapat pengajaran berguna walaupun banyak nyawa terkorban dan aset negara musnah. 

Doa restu rakyat Malaysia di pohon supaya kedua dua insiden ini dapat di selesai kan segera.