Tuesday, 1 July 2014

KEMENTERIAN PENDIDIKAN SUDAH BERTINDAK. KEMENTERIAN KEWANGAN PULAK.


Penulis ingin memetik kenyataan oleh UM mengenai Dekan UMCEDEL, yang tempoh perkhidmatan Professor Datuk Dr Mohammed Redzuan Othman tidak dilanjutkan berikutan proses pengundian yang telus.

UM menafikan ada campurtangan politik khasnya Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyingkir Dekan berkenaan.

UMCDEL, menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dahalan Rahman, banyak melakukan survey dan rumusan yang pro pembangkang manakala penyelidikan mereka banyak meragukan.

Pada penulis. Alhamdulilah Professor Datuk Dr Mohammad Redzuan di `tidak lanjutkan perkhidmatan'. Penulis lebih suka perkataan `di singkirkan' atau `dipecat' dari UM kerana itu lah hakikatnya. Sesiapa yang berani dan telus, boleh menerima pemecatannya. Apa ada kisah, Anwar Ibrahim boleh atur Professor kerja di Amerika Syarikat atau negara luar. Anggaplah ia ketentuan Allah.



Syukur juga, seorang lagi bekas Ahli MT, Datuk Saifuddin Abdullah yang menjadi Felo Penyelidik Kanan turut meletakkan jawatan. Kurang semak sikit UM.

Penulis mengucapkan BRAVO kepada pengurusan UM dan Kementerian Pendidikan kerana berani bertindak keatas anggota pekerjanya. Penulis anggap ia sesuatu `Ops Daulat' di dalam institusi pendidikan negara.

Penulis sedang menunggu Jabatan Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan melaksanakan proses pemecatan Presiden PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, yang diberitakan mengaku ahli PKR Cabang Shah Alam.

Kementerian Kewangan ada kepahlawanan ke?

1 comment:

  1. "Kementerian Kewangan ada kepahlawanan ke?"
    kenapa tak tukar je "Kementerian Kewangan ada telur ke?"
    biar berani menegur, asal niatnya baik. berlapik sangat nanti orang tak faham.

    ReplyDelete