Friday 18 July 2014

PENGETAHUAN BARU TENTANG TRADEGI MH17


Terdahulu, penulis sempat menggariskan perbezaan diantara Tradegi MH370 dan MH17. Penulis melihat 2 perkara pokok di dalam kes ini. http://nasirwise.blogspot.com/2014/07/mh17-berbanding-mh370.html



MH370 berkemungkinan besar terhempas di Lautan Hindi. Proses pencariannya melibatkan Kapal  Ocean Shield yang dibantu oleh aset lain seperti Kapal Terbang Pada mulanya Ocean Sheild berlayar dengan menurunkan `pinger locator' untuk mengesan signal ping yang dikeluarkan oleh Black Box. Apabila Black Box tidak lagi mengeluarkan signal, Kapal Ocean Shield di gunakan membawa kenderaan Bluefin.

Kejadiann kehilangan MH370 mendedahkan terma baru buat penulis. Penulis dapat pengetahuan mengenai radar, satelit, transponder, bunyi ping dan teknologi suara ping atau sonar dan Bluefin iaitu pengimbas imej di dasar laut.

Tradegi MH17 ini mendedahkan penulis kepada negara Ukraine dan kawasan kemalangan yang sedang bergolak. Kerajaan Ukraine sukar menghulurkan bantuan kerana kawasan ini dikuasai oleh pemberontak Pro Rusia.

Keduanya, penulis belajar tentang Sistem Peluru Berpandu jenis BUK buatan Rusia. MH17 dikatakan di tembak jatuh oleh persenjataan ini.

Sekarang berlaku cabar mencabar siapa yang patut di persalahkan. Kerajaan Ukraine menuduh Rusia terlibat bersama sama dengan Pemberontak Pro Rusia. PihakUkraine telah berjaya memintas percakapan  perisik Rusia dengan pemberontak.

No comments:

Post a Comment