Thursday 31 July 2014

PRA SYARAT PERPADUAN DARI PERSPEKTIF DAP


Orang Melayu, amnya mahukan perpaduan suatu masa lalu. Tetapi penulis ingin tegaskan bahawa semakin ramai orang Melayu sudah bosan dengan orang Cina kerana sifat rasis, pembelotan dan pengkhianatan.Tiada perpaduan atau tidak berkawan dengan orang Cina pun tidak mengapa atau tidakmustahak lagi keran orang Melayu boleh hidup juga.
Benar kata Tun Hamid, orang Cina mahu perpaduan bersyarat. Pendekatan Perpaduan mereka seperti ugutan dan bisnes. Mereka mahu hak yang sama dan kebebasan sepenuhnya yang dimiliki oleh orang Melayu. Sejarah dan Perlembagaan Malaysia sudah tidak terpakai.
Tun Hamid meng`list’kan mereka mahukan hak yang sama dari segi kuota perkhidmatan awam, biasiswa, dansiswa, keistemewaan pendidkan dan latihan, permit, lesen dan sebagainya dihapuskan. Pendidkan harus berdasarkan merit dan kemasukan UiTM perlu dibuka kepada mereka. Jika pendidikan berdasarkan merit, orang Cina akan membelot 90 peratus kerusi atau tempat di dalam Universiti kerana mereka lebih layak disebabkan kemampuan menghantar tuisyen, pembelian buku, pemakanan dan sebagainya.
Islam adalah agama persekutuan tetapi selepas 50 tahun, mereka mahu hak agama yang sama. Kristian boleh disebarkan kepada Melayu secara halus dan peruntukan kuil dan gereja harus sama dengan peruntukan masjid.
Tun Hamid terus menanya samada mereka mahu menghapuskan apa yang ada pada orang Melayu tetapi mereka tidak mahu melepaskan apa yang ada pada mereka. Sanggupkah syarat kerakyatan yang diberikan dahulu dikaji semula? Sanggupkah syarikat-syarikat milik mereka dibuka kepada orang Melayu, baik sebagai pemilik saham, ahli Lembaga atau pengurusan atasan?
Sumber
http://www.tunabdulhamid.my/index.php/speech-papers-lectures/item/726-mempertahankan-prlembagaan-sebagai-asas-perpaduan-negara

No comments:

Post a Comment