Wednesday 30 July 2014

PAS DULU DAN PAS SEKARANG JAUH BERBEZA


PAS sebelum kemerdekaan Tanah Melayu sangat perihatin tentang nasib orang Melayu dan agama Islamnya. Sebab itu PAS menuntut daripada British agar Melaka dan Pulau Pinang menjadi Negeri Tanah Melayu dan bukannya Negeri Selat demi menjaga hak Melayu dan Islam. Malah PAS menentang penubuhan Malaysia kerana takut kiranya orang Melayu akan hilang kuasa politik dan agama Islam akan tergugat. Itu lah semangat perjuangan PAS dari segi bangsa dan agama zaman dahulu.

Tetapi PAS zaman sekarang mementingkan Putrajaya daripada perjuangan Islam. Mereka sanggup `berkawan dan berkompolot' dengan perosak agama Islam dan Melayu demi mendapatkan tempat di dalam politik Malaysia. PAS sanggup membenarkan Kalimah Allah di gunakan oleh penganut Kristian Katolik dengan alasan yang tidak kukuh dan contoh yang tidak munasabah. Serbuan ke atas sebuah Gereja yang cuba mengkrsitiankan orang Melayu di bantah oleh PAS. Malah seorang Pemimpin (ada ramai lagi) yang menjadi jurucakap puak Kristian dan membela mereka. 

PAS mengiktiraf pemimpin yang rendah moralnya. Mahkamah telah mensabitkan kesalahan meliwat terhadapnya. Pemimipin ini walaubagaimana pun tidak mengaku salah dan terus mempertahankan benang basah. Atas dendam kepada Tun Dr Mahathir dan UMNO/BN, beliau sanggup bersahabat baik dengan Zionist dan pemimpin Amerika yang pro Yahudi dan DAP untuk menjahamkan hak Melayu dan kesucian Islam. Pemimpin PAS sekarang tidak merasa risau dengan ketaksuban penyokong dan pengundi PAS yang berjemaah ingin menjatuhkan UMNO dan BN. UMNO/BN sebenarnya telah membawa Malaysia ke persada dunia dan dihormati oleh dunia Islam. Penulis rasa jika PAS buat U Turn sekali pun (keluar daripada Pakatan Rakyat), ahli dan penyokong PAS tidak boleh di selamatkan ketaksubannya untuk meninggalkan Pakatan Rakyat. Mereka sudah sebati dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Mereka sudah menyukai amalan hidup demonstrasi, hidup tegang dan mendampini fitnah serta guling guling.

Pemimipin Melayu dan Islam khasnya PAS hendaklah bersatu dalam mempertahankan kepentingan bangsa, agama dan negara, dengan mempertahankan peruntukan Perlembagaan Malaysia yang yang sedia ada. 

Menurut Tun Hamid, caranya ialah dengan menguatkan Kerajaan Persekutuan. PAS patulah bekerjasama dengan UMNO dan BN di peringkat pusat. Di peringkat negeri ia boleh kekal seperti sekarang. Tun Hamid membuat seruan ini kerana Tun percaya bahawa dalam keadaan sekarang, mengikut hemat Tun, itu sahaja cara yang boleh kita mempertahankan Perlembagaan dan kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.

Penulis syorkan artikel ini di baca bersama dengan artikei tulisan Datuk Seri Salleh Said Keruak seperti http://sskeruak.blogspot.com/2014/07/menyelami-perjuangan-pas.html yang menerangkan sejarah penubuhan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat, delima PAS yang ingin memperjuangkan Islam atau memenangi pilihanraya, perhubungan parti PKR, DAP dan PAS,perlaksanaan Hudud di Terengganu, sebab sebab Pakatan Rakyat kalah PRU 2004 dan kejayaan besar Pakatan rakyat 2008 dan banyak lagi.

Tulisan Salleh Said Keruak adalah seperti di bawah:-


MENYELAMI PERJUANGAN PAS

Oleh SSK

Sarjana barat Islam yang sering dirujuk sebagai 
'orientalis' dan kadang-kadang sebagai 'apologis 
Islam' berhujah bahawa Islam adalah agama yang
 sering disalah fahami. Dengan cara yang 
sebahagiannya benar dan semangat yang sama
 kita mungkin boleh juga mengatakan bahawa PAS
 adalah parti Islam yang disalah fahami.

Mengimbas kembali peristiwa 1999 apabila idea 
gabungan empat pembangkang antara PKN 
(kini dikenali sebagai PKR), DAP, PAS dan 
PRM (kini bergabung dengan PKR) diilhamkan, jelas
 sekali amat sukar untuk meraih sokongan PAS
 untuk bersetuju dengan platform yang sama. PKN.
DAP dan PRM mahu mewujudkan Barisan Alternatif, satu gabungan yang bergerak
 atas landasan sekular, namun PAS menegaskan bahawa agenda Islam parti itu dikekalkan
 dan tidak digugurkan.

Selain itu, terdapat juga pertelingkahan mengenai pembahagian kerusi dan setiap
 pihak mahu bertanding sebahagian besar kerusi. Terdapat banyak tuntutan kerusi
 yang 'bertindih' dan dekat sebulan sebelum pilihan raya umum November 1999,
 terdapat "cakap-cakap" bahawa idea gabungan itu akan digugurkan dan setiap
 pihak menyertai pilihan raya secara bersendirian.

Hanya pada saat-saat akhir PAS akhirnya mengalah dan bersetuju untuk menyertai 
gabungan parti pembangkang tersebut. Ini adalah hasil hubungan baik Allahyarham
 Ustaz Fadzil Noor dengan Anwar Ibrahim. Jika ia ditinggalkan kepada 
Ustaz Abdul Hadi Awang, yang tidak menyukai Anwar, PAS akan bertanding sendirian
 yang mungkin menyaksikan persaingan tiga atau empat penjuru (atau lebih) 
berdepan dengan Barisan Nasional (BN), DAP, PRM dan PKN.

PAS diberitahu bahawa ia perlu kurang berdakwah atau menjalankan gerakan dakwah
 dan lebih kepada sebuah parti politik. Oleh itu, sebagai sebuah parti politik, ia
 perlu memberi tumpuan kepada usaha memenangi pilihan raya umum. Ramai 
pemimpinn dalam PAS, bagaimanapun, terutama puak ulama yang merasakan 
bahawa memenangi pilihan raya tidak sama pentingnya dengan menyebarkan Islam
 yang mereka ingin perjuangkan.

"Kami tidak bimbang tentang memenangi pilihan raya," kata Mustafa Ali. 
"Kami mahu berkhidmat atau memperjuangkan Islam."

Pemimpin lain PAS pula berhujah bahawa PAS perlu terlebih dahulu memenangi 
pilihan raya dan kemudian selepas ditakdirkan berkuasa ia boleh memberi tumpuan 
kepada penyebaran Islam.

Dengan kuasa yang ada, PAS boleh melakukan banyak perkara untuk Islam yang 
tidak boleh dilakukan jika ia tidak berkuasa. Ini bermakna PAS perlu mengambil
kuasa dulu dan kemudian berkhidmat kepada Islam.

Dengan perancangan itu bermain dalam fikiran mereka, PAS bersetuju untuk 
memberi tumpuan kepada memenangi pilihan raya dan meletakkan agenda Islam ke 
belakang sehingga mereka mempunyai kuasa yang cukup untuk melakukan apa yang 
mereka rancang. 
Sebab itu, tidak lama selepas PAS mengambil alih kuasa di Terengganu pada tahun
 1999, mereka cuba untuk melaksanakan hukum Hudud di negeri itu, seperti apa
 yang mereka cuba lakukan sembilan tahun yang lebih awal sebaik mereka mengambil
 alih kuasa di Kelantan pada tahun 1990.

Kedegilan PAS untuk meneruskan agenda Islam menyebabkan perpecahan Barisan 
Alternatif selepas 1999. Tetapi PAS tidak peduli tentang perkara itu. Bagi PAS,
 Islam perlu diutamakan dan walaupun ini menyebabkan kehilangan kuasa politik,
 namun ia bukan perkara besar selagi agenda Islam di dua negeri Melayu Kelantan
 dan Terengganu dipertahankan.

Sepatutnya PAS boleh dengan mudah mundur atau menarik balik rang undang-undang 
Hudud di Dewan Undangan Negeri Terengganu dan menyelamatkan gabungan itu tetapi
 PAS enggan berbuat demikian. Islam tidak boleh dikompromi untuk apa-apa 
keuntungan lain, walaupun demi kuasa politik.

Pilihan raya umum 2004 merupakan satu bencana bagi pembangkang. Namun, pada 
pilihan raya umum 2008 pembangkang bangkit semula di bawah satu gabungan 
baru yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Pada pilihan raya umum 2013, mereka
 terus berjaya dan Umno dan Barisan Nasional (BN) dilihat berada di kedudukan
 "paling lemah" sejak 1969.

Jadi sekarang sudah tiba masanya untuk PAS untuk memulihkan agenda Islamnya.
 Ramai dalam PAS merasakan bahawa parti itu telah menyimpang daripada perjuangan
 Islam dan telah lupa agenda Islamnya. Ramai mengadu bahawa PAS terlalu 
memberi tumpuan kepada kuasa politik dan tidak memberi tumpuan yang cukup 
pada Islam. Mereka berhujah PAS kini kelihatan seperti sebuah parti sekular.

Sebab itu, kita melihat perkembangan semasa dan perbezaan pendapat dalam
 Pakatan Rakyat. Walaupun DAP dan PKR mahu terus agenda sekular, puak ulama 
PAS mahu kembali ke perjuangan asalnya untuk Islam.

Perbezaan pendapat semasa dalam Pakatan Rakyat, khususnya yang melibatkan PAS,
 adalah semata-mata perang fahaman antara fundamentalis dan fahaman liberal. 
Secara kebetulan, yang liberalists juga lebih mendokong perjuangan Anwar. 
Oleh itu, apabila ulama atau puak fundamentalis menentang Anwar, ia 
benar-benar menghantar mesej kepada puak liberal bahawa "ulama" yang mempunyai
kata putus

sumber:
http://sskeruak.blogspot.com/2014/07/menyelami-perjuangan-pas.html

No comments:

Post a Comment