Monday 14 July 2014

AMALAN `JAGA TEPI KAIN ORANG' MENYEBABKAN AKTA HARMONI.DI KAJI SEMULA.


Rakyat dan Ahli UMNO sudah peka sekarang. Alhamdulilah. Rakyat sudah mula `menjaga tepi kain orang'. Andaikata ada sesuatu benda yang akan merugikan orang Melayu/Bumiputera, Islam dan Malaysia, rakyat akan bersuara.

Bersuara pun banyak level. Dari seorang pemandu teksi sehinggalah mantan Pegawai Tinggi  PDRM, mantan Ketua Hakim Negara dan mantan Perdana Menteri. Rungutan pemandu teksi kurang di dengar oleh pemimpin negara tetapi suara mantan mantan ini di ambil perhatian serius. Penulisan blog menghimpunkan rungutan pemandu teksi dan mantan mantan tadi. Rangkaian ini  bertambah erat dan hidup. Tulisan blogger `muda' juga kurang `catchy' berbanding blogger `tua'.

Akta Hasutan 1948 ialah satu akta yang bertujuan memelihara keharmonian masyarakat. Ia sepatutnya memberi peringatan kepada rakyat dan blogger agar tidak mengeluarkan perkataan yang berbau hasutan. Perkara perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan tidak boleh dipertikaikan and jika segelintar rakyat yang mempersoalkannya, ia di anggap menghasut dan boleh di ambil tindakan.
.
NDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 15
AKTA HASUTAN 1948

Suatu Akta untuk memperuntukkan hukuman bagi hasutan.
[Semenanjung Malaysia —19 Julai 1948,
Ord. No. 14 tahun 1948;
Sabah—28 Mei 1964, P.U. 149/1964;
Sarawak—20 November 1969, P.U.(A)476/1969]

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hasutan 1948.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini—

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan mana mana Negeri di Malaysia;

“menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan
dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau
apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan,
penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai
kecenderungan menghasut;

“penerbitan” termasuk semua perkara bertulis atau bercetak dan
segala benda sama ada atau tidak serupa jenisnya dengan perkara
bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang
boleh dilihat atau yang mengikut rupanya, bentuknya atau dengan
apa-apa cara lain boleh menggambarkan perkataan atau gagasan,
dan juga termasuk tiap-tiap naskhah dan keluaran semula atau
keluaran semula substansial apa-apa penerbitan;

“perkataan” termasuk apa-apa ungkapan, ayat atau bilangan
perkataan atau gabungan perkataan yang berturut-turut yang lain,
sama ada secara lisan atau bertulis;

Kecenderungan menghasut

3. (1) Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan—

(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau
bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap
mana-mana Raja atau Kerajaan;

(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau
penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh
mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan
perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah,
apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di
dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah
oleh Kerajaan itu;

(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau
bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap
pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana
Negeri;

(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak
setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau
rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan
penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;

(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan
permusuhan antara kaum atau golongan penduduk
yang berlainan di Malaysia; atau

(f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf,
kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif
yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan
Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara
152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.


(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1), sesuatu
perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain tidak
boleh disifatkan sebagai menghasut semata-mata oleh sebab perbuatan, uacapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu mempunyai kecenderungan -
(baca sepenuhnya dSINI)
sumber: Keris7lok.blogspot.com

Akta Hasutan ini amat penting dipertahankan malah dikuatkuasakan. Seperti pandapat ramai, pelampu hanya tahu ketegasan, bukan diplomasi. Alangkah buruknya jika Akta di mansuhkan, rakyat yang kononnya di tindas oleh hak keistemewaan orang Melayu tadi (sebagai contoh), menuntut hak tersebut di samaratakan dengan kaum Cina yang jauh lebih kaya dan maju.

Penulis difahamkan melalui media dan blog, Akta Hasutan akan ditukar dengan Akta Harmoni dan 2 lagi Akta berkaitan. Persoalannya adakah ia satu duplication Akta Hasutan 1948 atau atau ruang membuat tuntutan perkara perkara pokok Perlembagaan? Jikalau ia satu `duplication Akta Hasutan 1948' tetapi di beri nafas yang lebih tegas, penulis dan rakyat akan menerimanya.

Lebih buruk lagi, deraf awal Akta Harmoni ini di `swastakan' kepada MKPN yang keanggotaan dari parti pembangkang dan kaum Cina dan India. Majlis Peguam Malaysia (Malaysian Bar Council) adalah rakan strategik puak pembangkang. Pegerusi MKPN ialah Dr Mujahid Rawa dari PAS.

Setelah di kritik hebat oleh rakyat dan mantan mantan serta blogger blogger, Kerajaan menjawab deraf  Akta Harmoni akan diputuskan oleh Kabinet. Di dalam Kabinet pun, ramai yang Yes Man kerana menghormati PM.

Datuk Sri Mohd Najib cuba meredakan denyutan nadi yang kuat dengan mengumumkan satu panel di dalam UMNO untuk mengkaji Akta Harmoni yang baru ini.

Cadangan penulis ialah BATALKAN CADANGAN MEMANSUHKAN AKTA HASUTAN 1948 tetapi beri  nafas ketegasan yang lebih yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan. Jadikanlah iktibar pemansuhan Akta ISA dan EO yang memporak perandakan negara.Akta SOSMA sesuai untuk militan tetapi ada penambahan baik. Tahanan boleh di tahan 28 hari (berbanding 60 hari di dalam ISA) dan selepas itu perlu dibicarakan. Potensi penyalahanguna kuasa Polis di tiadakan. Akta baru Perhimpunan Aman banyak kelemahan dan `contestable'. 
MKPN di beri peranan non legislative matter tetapi bagaimana hendak memupuk perpaduan kaum di malaysia dengan lebih detail. Mereka pakar di dalam bidang pecah membelah masyarakati dan sudah tentulah mereka mempunyai formula untuk memupuk perpaduan semula.

JANGAN MANSUH AKTA KERANA DEPA (TUNTUTAN PEMBANGKANG) KERANA DI KHUATIRI APA YANG SEDANG DI KENDONG OLEH KERAJAAN (SOKONGAN) AKAN KECICIRAN.


2 comments:

  1. sokong kupasan saudara admin. berusahalah sedaya mungkin. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Selagi ada kudrat yang Allah SWT berikan atau pinjamkan, insyALLAH saya akan terus berkarya.

      Delete