Friday 11 July 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA YANG TIDAK BERSTRATEGI


Bulan Ramadan bulan yang mulia. Bersedekah atau menjamu selera membuka puasa menjadi amalan banyak pihak termasuklah pemimpin UMNO. Majlis Berbuka Puasa jika melibatkan PM atau TPM semestinya besar perbelanjaannya kerana jemputannya besar. Kerajaan Negeri atau UMNO berbesar hati membiayai kos mengadakan Majlis Berbuka Puasa.

Penulis perhatikan Majlis seumpama ini sebagai majlis makan makan sebagai membalas jasa kerana menjadi Ahli UMNO dan mengundi BN. UMNO/BN tidak mahu menggunakan Majlis Berbuka ini sebagai platform menambah ahli dan penyokong UMNO/BN. Majlis ini untuk ahli UMNO bermesra di antara mereka dan berseronok mendengar ucapan dan menjamu selera. Malah ada tetamu sibok memikirkan apa yang hendak di makan petang ini.

UMNO/BN lebih suka menunggu minggu akhir tahun 2017 untuk berkerja menarik penyokong UMNO/BN. Dengan sekali jamuan tidak mencukupi, Kena di adakan sekerapnya sebelum hari pengundian. Mungkin sudah terlewat.

Penulis amat minat melihat Ketua Perhubungan setiap negeri mengarahkan dan mensyaratkan pemimpin atasan di cawangan cawangan membawa seorang dua jiran atau tetamu yang statusnya `atas pagar' atau penyokong pembangkang, ke Majlis Berbuka ini. Andaikata seorang AJK membawa isteri, beliau ada 2 orang di tempat duduk belakang kereta. Samada jiran tadi pergi seorang atau berdua dengan isteri beliau. Sesampai di sana kenalkan jiran tadi dengan pembesar negeri. Dudukkan semeja dengan pegawai penerangan atau ahli UMNO berpengalaman untuk mendapatkan feedback. Beri mereka pengiktirafan dan penghormatan. Jika ada buku penerangan, hulurkan supaya mereka dapat membacanya ketika pulang atau berada di rumah.

Apa yang penulis perhatikan di setiap Majlis Berbuka Puasa, asyik asyik Datuk ABC dan penyokong tegar atau kroni yang hadir. Mereka sahaja yang kenyang. Mereka sahaja yang mendengar amanat. Mereka sahaja yang dijemput dan berada di Majlis seterusnya. Pi Mai Pi Mai Orang itu aje. Ketua Perhubungan UMNO yang bijak ialah yang pandai `delegate' kerja seperti mencari dan mendaftar ahli baru. Monitoring mesti dan mustahak. Ketua mesti ingatkan kroninya men`convert' seseorang yang atas pagar atau penyokong pembangkang seramai 50 orang sebulan minima. Apa yang berlaku UMNO/BN berkobar kobar memberi ceramah kepada ahli UMNO tegar. Tak guna sebab mereka tetap akan mengundi BN. UMNO/BN perlukan undi rakyat Malaysia bukan Datuk ABC dan kroninya sahaja.

UMNO/BN mesti menggunakan platform Majlis Berbuka untuk menarik orang Melayu  menjadi ahli Umno atau menyokong UMNO/BN. Mesti konsisten dan dilakukan dari sekarang. AJK tadi perlu berhubungan rapat dengan jiran tadi. Jika ada lagi Majlis Berbuka, pelawa lagi.

Ahli UMNO/BN tidak boleh leka dengan makan makan semata mata tetapi mesti berkerja sambil makan makan.. Tidak perlu memberikan ingatan kepada ahli UMNO/BN kerana mereka akan mengundi BN nanti. 

UMNO Melaka ada meletakkan sasaran pengrekruitan ahli baru UMNO tetapi tidak di ketahui pencapaiannya. Berdasarkan senario yang `sejuk' di perjiranan penulis, besar kemungkinan petugas petugas UMNO sedang `honey moon'. Pemimpinnya sibok melayan tetamu yang datang dari negeri lain dan penuh dengan mesyuarat. Kelekaan ini bahaya. Mana pergi para penasihatnya dan kroninya. Oleh kerana mereka ini banyak di `upah' dengan projek, mereka sepatutnya berkerja keras mencari ahli baru.

Ahli Parlimen Tanggabatu, YB Datuk Dr Abu Bakar Mohamed Diah semasa merasmi Mesyuarat Agong Persatuan, beliau ada memberitahu yang DAP sudah memindahkan 2000 ahli dan penyokong DAP Kota Laksamana dan Kota Melaka ke DUN Paya Rumput. Strateginya ialah untuk memenangi kerusi DUN Paya Rumput yang BN menang majoriti 1,300 undi (=+). Ketua Perhubungan UMNO dan Ketua Bahagian tidak risau ke?. Penulis harap sesuatu sedang dan telah dilakukan. Jamuan Makan no 2, tetapi mengimbangi kemasukan 2000 pengundi baru ini lebih mustahak. 




2 comments:

  1. nak tumpang komen. umno dah lama tahu dan strategi dap pindah pengundi macam ni dah lama bocor. tapi, umno macam biasa la. contoh paling jelas, umno tahu dap sudah lama memindahkan pengundi ke gelang patah. bohong la kalau tak tahu. dap buat kerja ni bukan sekejap, dah lama dan bertahun-tahun. ada umno buat apa-apa? umno macam biasa, buat bodoooo je. berdegar2 bagi ceramah, tapi pada ahli sendiri yang pasti akan undi umno. yang atas pagar dan sokong pembangkang, haram tak usik pun... mampoooos macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah kerisauan saya. Mereka tahu tetapi no action. Talk sahaja.

      Delete