Thursday 17 July 2014

MUSIM MURKA DAN MARAH MARAH


Minggu ini banyak sangat peristiwa MURKA dan MARAH.

Umum tahu, Selasa lepas di suatu Majlis di Sepang, Sultan Selangor, tanpa berselindong, membaca tek ucapan kemurkaannya terhadap Khalid Samad. Baginda sifatkan Khalid Samad seorang yang biadap dan jahil tentang penubuhan Kerajaan Selangor serta peranan sebagai Ketua Agama Negeri. Khalid cuba menjadi `hero' dan terkenal di kalangan member pakatan rakyat, mencadangkan mengurangkan kuasa eksekutif MAIS. Secara halus ia akan mengurangkan kuasa Ketua Agama Negeri. Khalid belajar dari DAP cara dan gara melayani Sultan.

Jika tidak suka dengan Selangor dan undang undang Selangor, apa susahnya, hijrah le ke Pulau Pinang. Boleh menjadi penasihat Pertubuhan Kristian atau ke Kelantan, memangku jawatan Ketua Mursyidul Am PAS yang sedang keuzuran.

Peristiwa kedua nya berlakunya insiden seorang wanita Melayu mengamuk apabila seorang pemandu kereta bangsa Cina terlanggar `bontot. kereta baru Peugeot Putih CDM25. Wanita tersebut hilang pertimbangan dan mengacukan batang stering lock kepada pemandu dan mengetuk kereta Cina tersebut. Para pengiat media sosial meyemarakkan lagi kemarahan dengan mencampur adukkan bangsa dan pegangan politik masing masing. Satu negara marah dan sempati dengan wanita Melayu dan pemandu Cina itu.Masing masing dengan alasannya.

Sebelum ini, berlaku kejadian tembak menambak dan penculikan di Pulau Mubul, Semporna, Sabah. Seorang anggota keselamatan terkorban dan seorang lagi hilang, dipercayai di culik oleh pengganas. Menteri KDN dan Ketua Polis Negara mengklassifikasikan kes ini sebagai bunuh dan culik atas alasan pengganas MARAH terhadap anggota keselamatan yang berjaya menyelamatkan beberapa kes penculikan sebelum ini.

Sempena dengan `musim murka dan marah' ini, penulis ingin panjangkan nasihat Prof Muhaya yang di tulis oleh sahabat Zubir Zainuddin.

Extract from # Zubir Zainuddin fb
Quote : Beautiful advices from Prof Dr Muhaya

Stay away from anger
It hurts only YOU and nobody else
If u are right, then there is no need to get angry
and if u are wrong then u don't have any right to get angry

Patience with family is love
Patience with others is respect
Patience with self is confidence and
Patience with GOD is faith

Never think hard about the past, it brings tears
Don't think more about the future, it brings fear
Live this moment with a smile, it brings cheer

Every test in our life makes us bitter or better
every problem comes to make us or break us
The choice is ours whether we become victims or victorious

Search for a beautiful heart and not a beautiful face
Beautiful things are not always good but good things are always beautiful

Do u know why God created gaps between fingers?
So that who is special to u
comes and fills those gaps by holding your hand forever

Never forget this advice....
Happiness keeps Us sweet
Trials keep Us strong
Success keeps Us Glowing

BUT ONLY ALLAH KEEPS US GOING....

Tetapi kemurkaan Sultan Selangor terhadap Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, merangkap jurucakap penganut Kristian, amat tepat dan bersesuaian dengan diri dia yang sangat hina, pada kaca mata penulis.

Tahniah warga Shah Alam kerana mengundi Khalid Samad. Bukan sahaja penulis membencinya, Sultan Selangor pun murka kat dia.

1 comment:

  1. Pengundi shah alam majoriti islam tp undi pengkhianat islam. Apa masalah pengundi islam shah alam ni? Kurang kasih sayang ke...

    ReplyDelete