Thursday 31 July 2014

TRAGEDI MH370, TRAGEDI MH17, TRAGEDI HOKI MALAYSIA


Peminat sukan hoki Malaysia dikejutkan dengan prestasi pasukan hoki lelaki Malaysia yang sedang beraksi di Sukan Komanwel Glasgow 2014. Malaysia tewas dengan England 1-8 dan yang menjadi tragedi ialah kekalahan kepada Trinidad dan Tobago 2-4. Umum tahu negara Trinidad & Tobago merupakan sebuah negara yang lemah di dalam sukan hoki. Mungkin negara ini mengunakan pelari pecut di dalam pasukannya untuk menjaringkan gol secara larian solo.

Pada penulis kekalahan ini juga tragedi buruk kepada negara Malaysia.

http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140731/su_01/Tak-sepatutnya-jadi-medan-ujian

8 comments:

  1. Apa dh jd dgn mohd dharmaraj? Makin lumpuh hoki kita. Ada yg tak kena ke memang dh terkena.... Haduiii, apalah nasib!!!

    ReplyDelete
  2. 'Kekalahan bersejarah'
    http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140801/su_01/Kekalahan-bersejarah

    ReplyDelete
  3. Lemah kerana tiada sasaran http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140801/su_02/Lemah-kerana-tiada-sasaran

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Malaysia dibelasah lagi
    http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140801/su_04/Malaysia-dibelasah-lagi

    ReplyDelete

  6. 'Dhaarma Raj wajar dipecat'
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DhaarmaRajwajardipecat_/Article

    ReplyDelete
  7. Pemain hoki ‘boikot’ Jelajah Eropah
    2014/08/09 - 02:57:43 AMn


    Dhaarma (kanan) memerhatikan anak didiknya semasa latihan untuk persiapan hadapi Sukan Komanwel 2014 baru-baru ini.
    Tersinggung kerana dituduh pergi ‘melancong’ ketika Sukan Komanwel

    Kuala Lumpur: Selepas dicemuh susulan prestasi buruk di Piala Dunia The Hague Belanda dan Sukan Komanwel Glasgow, skuad hoki negara dikatakan berkecil hati dan merajuk.


    Justeru, mereka yang sepatutnya menyertai siri Jelajah Eropah sebagai persediaan menghadapi Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan mulai Isnin ini hingga 3 September depan sepakat enggan menyertai siri jelajah itu.

    Menurut sumber dalaman Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), tindakan pemain itu berpunca daripada rasa kecewa apabila dilabel atlet ‘melancong’ gara-gara prestasi hambar dalam kedua-dua kejohanan itu.

    Malah serangan yang dibuat Naib Presiden MHC, Manjit Majid Abdullah terhadap Muhammad Dhaarma Raj Abdullah juga makin melemahkan semangat juang mereka.

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pemainhoki__8216_boikot__8217_JelajahEropah/Article

    ReplyDelete
  8. DHARMA PASRAH DI HUKUM

    Oleh ZAZALI JAMIAN
    sukan@utusan.com.my
    KUALA LUMPUR - "Ini bukan tentang diri saya tetapi masa depan skuad hoki kebangsaan.

    "Saya harap pemain dapat memberi komitmen penuh di bawah jurulatih baharu."

    Itu kenyataan ringkas Muhammad Dharma Raj Abdullah selepas menerima hukuman yang sudah dijangkakan apabila direhatkan sebagai jurulatih hoki kebangsaan.

    Semalam, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bertindak merehatkan pengendali berusia 45 tahun itu ekoran aksi hambar yang ditunjukkan skuad negara.

    Malah, Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut menegaskan, seluruh pasukan berdepan risiko dihukum seandainya terus mempamer aksi tidak meyakinkan.

    Bagi Dharma, tiada sedikit pun dendam dalam dirinya atas apa yang berlaku, sebaliknya beliau mengucapkan terima kasih kepada peluang yang diberi MHC selama ini.

    "Saya ingin berterima kasih kepada Presiden MHC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kerana memberi peluang kepada saya pada empat kejohanan (Piala Sultan Azlan Shah, Cabaran Juara-Juara 1, Piala Dunia dan Sukan Komanwel).

    "Begitu juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong," katanya lagi.

    Biarpun hanya 'direhatkan', namun Dharma dilihat tidak lagi mempunyai masa depan bersama skuad kebangsaan selepas MHC mengakui sedang mencari jurulatih asing.

    Tengku Abdullah berkata, tempat Dharma akan digantikan oleh pengendali skuad remaja kebangsaan, Arul Selvaraj selaku jurulatih sementara untuk menghadapi Sukan Asia. Dia akan dibantu oleh Tai Beng Hai yang bertindak sebagai pengurus.

    "Semua kini terpulang ke atas pemain. Jika mereka terus dengan sikap yang tidak positif saya ingat ada kemungkinan kita tidak akan hantar pasukan ke Sukan Asia.

    "Pemain perlu bangkit dengan segera. Kalau ada yang bersikap sambil lewa maka saya sedia membuat keputusan drastik.

    "Dalam keadaan ketika ini Arul akan memilih pemain yang dikehendaki.

    "Ini adalah cabaran buat Arul untuk membimbing skuad kebangsaan dan cabaran sentiasa ada bagi semua jurulatih," katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

    Dharma berdepan situasi sukar sepanjang membimbing skuad kebangsaan apabila gagal merealisasikan sasaran tempat ke-10 pada Piala Dunia di Belanda, Mei lalu.

    Skuad kebangsaan juga gagal mempamer aksi menarik pada Sukan Komanwel di Glasgow, termasuk diaibkan Trinidad & Tobago 2-4.

    Tengku Abdullah menambah, keputusan dibuat tanpa sentimen bersifat keperibadian.

    "Saya juga berterima kasih kepada Muhammad Dharma atas sumbangannya selama ini," katanya lagi.



    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140812/su_01/Dharma-pasrah-dihukum#ixzz3A8D5VsBX
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete